26

713 31 1
                                    

Setelah dua minggu berlalu. Sejak seminggu lepas, Farha berasa tidak sihat. Sering sakit kepala. Kadang rasa nak pitam. Mood pun berubah-ubah.

Tapi digagahkan jua diri pergi ke kampus, maklumlah last year.

Kebelakangan ni, Falliq lebih banyak menghabiskan masanya dia kampus. Itu tidak menjadi masalah kepada Farha. Namun, yang buat Farha kecewa apabila dia mengetahui, Falliq sering keluar berdua bersama lecturer baharu yang bertutup litup itu.

Apabila ditanya, hanya dibalas hal kerja. Farha semakin rasa terabai.

Di kampus, Falliq langsung tidak memandangnya. Dia pun tak tahu apa salah dia pada Falliq. Padahal minggu lepas elok je.

Tapi Farha mematikan fikiran negatif tersebut. Mungkin stres kerja..

Seperti biasa, selepas habis kelas Farha akan ke bilik kerja Falliq. Namun yang membuatkan dia terkejut adalah apabila, dia perasan gambar kahwin mereka yang diletakkan diatas meja Falliq sudah tiada. Farha sedikit terkilan walaupun selama ni ada gambar mereka, wajahnya ditutup.

Rasa ingin tahu semakin membuak. Tak sabar nak tanya Falliq. Setelah beberapa jam menunggu Falliq didalam bilik, Farha mengerling jam tangannya. 6.30 ?

"Mana Falliq ni? Aku tak solat lagi ni" Getus hati Farha. Farha terus keluar dan menuju ke surau. Selesai solat, Farha cuba menelefon suaminya.

Namun panggilan itu hanya masuk kedalam voicemail. "Kemana pulak Falliq ni?" Kata Farha sendirian. Kepalanya berdenyut denyut.

Farha ke tempat parking Falliq biasa letak kertanya. Namun tiada kereta suaminya itu. Farha mengambil keputusan untuk menaiki abangnya.

Nasib baik abangnya mengangkat panggilan adiknya itu. "Kenapa kau naik aku ni? Mana Falliq?" Tanya Fareez pelik.

"Nanti aku explain lah. Boleh hantar Far balik rumah ibu tak? Nak jumpa ibu" Pinta Farha. "Dah mintak izin ke belum?" Tanya Fareez

"Dah. Tapi dia tak balas lagi. Nanti dia baca lah tu, bawak je please" Kata Farha dengan suara yang bergetar. Air matanya bertakung. Dirinya amat terkilan dengan sikap Falliq kebelakangan ini

"Apesal kau diam je ni? Bukan kau selalu bising ke" Tanya Fareez apabila perasan adiknya hanya termenung memandang luar. Mesti ada yang tak kena dengan rumah tangga dorang

Farha hanya menggeleng. Tak mampu nak bersuara. Sekali buka mulut nanti keluar air mata. Air mata cuba ditahan.

Sampai sahaja dirumah Puan Nazirah, Farha terus naik ke bilik nya. Terus dikunci pintu bilik.

Selepas mengunci pintu Farha terduduk didepan pintu. Air mata jatuh mencurah-curah.

"Kenapa awak berubah Falliq? Saya buat salah ape??" Getus hati Farha. Farha menangis sepuasnya sampai tertidur dihadapan pintu biliknya.

Tok!Tok!

"Kenapa Farha kunci ni Fareez? Ibi risau lah" Kata Puan Nazirah. "Jap Fareez ambik kunci pendua" Kata Fareez lalu berlari turun

Apabila pintu dibuka, Puan Nazirah terkejut melihat anaknya yang terbaring diatas lantai. Dengan tudung tak dibuka.

"Far.." Panggil Puan Nazirah. Namun Farha tidak menyedarkan diri. Fareez terus mengendong adiknya untuk dibawa ke hospital. Perasaan risau menggunung

Sementara menunggu Farha keluar dari bilik kecemasan, Fareez berkali kali cuba menelefon Falliq. Namun tidak diangkat.

Apabila pintu bilik itu terbuka Farees terus mendapatkan doktor tersebut.

"Boleh saya tahu kaitan awak dengan pesakit?" Tanya doktor itu. "Saya abang dia" Balas Fareez.

"Puan Farha disahkan mengandung dan berusia 2 minggu, Disebabkan tekanan yang dirasai oleh si ibu, kandungannya lemah. Kami mintak jangan berikan dia tekanan. Kandungan dia bahaya sangat sekarang. Jangan bagi dia buat kerja berat." Kata doktor itu.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now