15

740 27 0
                                    

"Habis kelas terus balik. Jangan lama lama, nanti aku rindu" Kata Falliq. Farha terkedu dengan pesanan yang Falliq kata.

"Ehm, o-okay... Awak jangan lupa makan ubat. Saya dah letak atas meja tu. Tak payah awak nak turun lagi. Saya gerak dulu" Pesan Farha.

Dengan sepantas kilat Farha menyalam tangan Falliq buat kali kedua. Falliq tercengang tapi bibir mengukir senyuman

Pip!

Farha yang sedang mengelamun terus tersentak. "Ish kau ni! Kalau jiran dengar, buat malu aku aje" Kata Farha geram.

Pijah mengetawakannya. "Amboi, dah insaf ke kau ni? Tiba tiba pulak pakai handsock dengan tudung bukan main labuh" Perli Pijah.

"Ish kau ni, kawan kau nak menuju kearah yang lebih baik ni. Kau main perli pulak. Patutnya bagi nasihat lagi" Kata Farha.

"HAHAHAHA sorry la.. Sejuk perut mak kau tengok kau macam ni kan? Doakan lah aku nanti jadi macam kau.." Kata Pijah. Farha mengangguk

Sesampainya dikampus, mereka masuk kekelas seperti biasa.

Tiba tiba mereka mendapat mesej bahawa kelas madam Allesya dibatalkan. Semua mengeluh

"Kenapa la tak bagitahu awal awal macam Sir Falliq tadi? Bazir duit minyak je" Keluh salah seorang pelajar

"Far, dah takde kelas la kan? Sir Falliq cancel. Madam pun cancel. Hm.. jom lepak dulu nak?" Tanya Pijah.

Dengan sebersalah Farha menolak. "Sorry do Pijah.. tak boleh la, laki aku suruh balik lepas habis kelas. Jangan merayap" Balas Farha segan

"Alah, takpe lah. Dah laki kau cakap macamtu takkan aku nak halang pulak. Aku hantar kau balik lah" Kata Pijah. "Hm, alang alang kau hantar tu mai la rumah aku.. takde orang pun. Ada laki aku dengan aku je.." Ajak Farha

Bersinar sinar mata Pijah. "Nak!!" Jerit Pijah. Farha tersenyum melihat gelagat sahabatnya itu.

Tiba tiba laluan mereka dihalang oleh Khaisar. Pijah dah kehadapan Farha sebagai pelindung.

"Kau nak ape?" Tanya Pijah kasar. "Aku nak bercakap dengan awek aku. Kau blah" Halau Khaisar menyampah

"Asal lak aku kena blah. Aku rasa kau yang patut blah. Ni laluan kitorang yang lalu dulu." Balas Pijah tak nak kalah

"Lantak kau lah minah sewel. Sayang, nah hadiah untuk you. Buka dalam bilik you nanti tau" Kata Khaisar dengan senyuman sinis sambil menghulurkan sebuah kotak

Farha masih tidak berganjak. "Jom Pijah. Tak yah layan mamat otak sebelah ni" Ajak Farha. Tangan Pijah direntap lembut.

"Hey, sayang. I takde niat ape pun.. I janji lepas you ambik kotak ni, I tak ganggu hidup you" Kata Khaisar

" Jangan percaya kata jantan tu. Jom Far" Hasut Pijah. Farha hanya mengikut Pijah lalu meninggalkan Khaisar. Khaisar mengenggam penumbuk.

"Kau jual mahal Farhatul.. Kau tunggu nasib kau nanti!" Kata Khaisar penuh dendam. Tiba tiba telefon pintarnya berdering. Nombor Myra tertera. Bibir mengukir senyuman sinis

"Hello, you jumpa tempat biasa"

"Hm, bawak laptop tu sekali."

"Ye, I bawak.. Yang penting you puaskan I nanti"

"Anything for you dear"

Sesampainya dirumah Falliq dan Farha, mereka terus turun dan masuk kedalam rumah banglo itu.

Pijah tergamam dengan keindahan rumah itu. "Cantik nya rumah ni Far.. Untung kau dapat suami kaya" Puji Pijah.

"Hehehe bukan aku yang nak, mak aku yang tentukan.. Ha duduk sini dulu. Aku buat air untuk kau, buat macam rumah sendiri" Pelawa Farha.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now