"Hah?! Kenapa? Najihah cedera ke?" Tanya Falliq. Risau yang teramat. "Tak!! Ibu Farha masuk hospital. Dalam emergency lagi ni. Saya nak mintak sir bagi semangat kat Farha. Kesian saya tengok dia sir" Kata
"Allahuakbar, ha ye saya gerak sekarang" Balas Falliq. "Ya Allah kuatkan lah semangat isteriku" Getus hati Falliq
Falliq yang ingin bergegas ke hospital tiba tiba terhenti pergerakannya apabila pintu bilik kerjanya diketuk.
Falliq mendengus. "Ha come in" Kata Falliq. Mia. Mia yang berada diluar bilik tersebut.
"Yes? Ada ape ape masalah ke?" Tanya Falliq. "Ehm, saya tak faham la pasal assignment yang sir suruh buat tu.." Kata Mia sambil mengigit bibirnya
Fikir Falliq tergoda ke?
"Haih, lain kali pay attention. Saya rushing ni ada emergency, tanya classmate yang lain." Balas Falliq sambil mengshut down komputer
Mati senyuman Mia. 'Ish ni mesti sebab Farha sundal tu, semak betul lah' Gumam Mia.
"So, you may go now?" Falliq menghalau dengan cara halus. Yelah berdiri macam tunggul. Dah cakap tadi dia rushing.
"O-Ouh, sorry sirr!" Kata Mia lalu keluar dari bilik Falliq.
Sesampainya di hospital, Falliq terus mencari kelibat isterinya. Ya, dia risau sangat keadaan isteri dia sekarang. Ujian datang berturut turut
Farha duduk termenung menunggu doktor keluar. Dah dekat 2 jam tak keluar keluar lagi. Gelisah hatinya.
"Najihah" Panggil Falliq. Farha yang terkejut terus menoleh. 'Ya Allah ujian ape yang kau nak beri pada aku lagi ni' Rintih hati Farha.
Sangkaan Farha bakal dimarah Falliq meleset apabila Falliq terus menarik Farha kepangkuannya.
"Allah, I'm so worried of you.." Kata Falliq lega sambil mencium ubun ubun Farha. Farha terkedu
Namun tanpa disangka Farha mengalirkan air matanya. Falliq yang terasa bajunya basah terus menggosok gosok belakang isterinya.
"Shh, lepaskan semua. I trust you sayang" Pujuk Falliq. Pelukan dieratkan lagi. Farha membalas pelukannya. Ya, dia sangat memerlukan sokongan
"Aw-awak say-saya tak buat semua tu" Rintih Farha dengan tersedu sedu. "Dah, aku percaya kau sayang.. Tu semua fitnah.. Kau jangan risau okay? aku akan pastikan benda tu tak tersebar seluruh kampus. I'll protect you. Relax.. No one can harm you. Aku ada dengan kau ni. I'll always with you. Zikir, tenangkan diri.. InshaAllah ibu okay.. Jangan seksa diri kalau kau dah penat. You can sleep on my lap." Kata Falliq lembut.
Hafizah yang turut disitu terpegun dengan satu lagi sisi Sir Falliq itu. Sangat soft spoken dan nampak begitu material!
Tiba tiba pintu bilik kecemasan dibuka. "Ehm, ahli keluarga yang mana ye?" Tanya doktor tersebut. Farha terus berdiri.
"Saya." Kata Farha sambil mendekat kearah doktor. "Awak tahu ke yang Puan Nazirah ada kanser?" Tanya Farha. Hampir luruh jantung Farha mendengar pernyataan tersebut
Laju Farha menggeleng. "Come, let me explain what's going on to your mother" Kata doktor itu. Farha dan Farees hanya mengikut langkah doktor tersebutWalaupun Fareez sudah mengetahui, lebih baik dia merahsiakan dahulu supaya Farha tidak kecewa dengan dirinya
"Puan Nazirah menghidap leukemia tahap 3. Puan Nazirah memang tak pernah check kat hospital ke?" Tanya doktor itu.
"Ehm, saya yang teman ibu pergi buat test tu, and memang doktor tu recomended untuk buat chemoterapy. Tapi ibu memang decide taknak berusaha pun nak sembuh semula. Saya cuba pujuk dia. Tapi dia kata dia rindu ayah. Dia nak jumpa ayah. I know it's dangerous dan saya tak sepatutnya ikut apa yang dia nak masatu, tapi I can't do anything kalau dia taknak." Jelas Fareez
"Saya faham.. Puan Nazirah sah menghidap leukemia bila ya?" Tanya doktor itu lagi. "Dalam setahun lepas" Balas Fareez.
Farha terkedu disitu. Dia langsung tak tahu apa apa.
"Sebelum ni, family awak ada yang menghidap leukemia ni juga ke?" Soal doktor itu. "Ada, opah kami. Opah dah lama meninggal. Tapi ibu cakap sebab leukemia lah" Balas Fareez
"Ouh, genetic lah ni.. Jenis leukemia yang ibu awak hidap sekarang ni chronic myeloid leukemia or know as (CML). Bagi peluang untuk ibu awak sembuh hanya 60%. Sepatutnya boleh diselamatkan lagi, tapi disebabkan ibu awak memang takde langsung buat treatment memang susah sikit. Ibu awak sudah ditidurkan, mungkin dalam beberapa jam lagi dia bangun. Bagi dia semangat, pujuk dia. Kami akan cuba yang terbaik dan jangan risau.." Kata doktor itu.
Setelah mereka keluar dari bilik itu, Farha terus mencengkam kolar baju abangnya. "Ape pasal kau tak bagi tahu aku hah?" Tanya Farha geram
"Ibu yang amanahkan aku supaya aku tak bagitahu kau. Ibu taknak jejaskan pembelajaran kau. Ibu taknak kau fokus kat ibu, ibu nak kau berjaya. Aku mintak maaf. Aku tahu benda ni serious." Jelas Fareez . Cengkaman dikolar Fareez dilonggarkan.
"Tapi benda ni serious sangat abang.. Kalau aku tak balik rumah ibu, memang aku tak tahu apa apa kan? Dahlah, semua benda nak dirahsiakan, payah la hidup! Teruk betul aku langsung tak ambik tahu pasal ibu sendiri.." Kata Farha. Dia menyalahkan diri sendiri.
"Dah, bukan salah kau.. Ibu yang tak nak kau tahu. Nanti nak tengok ibu, jangan menangis depan ibu. Kau nak menangis kau habiskan kat luar. Jangan bagi ibu sedih tengok kita sedih" Pesan Fareez.
"Ha, lepastu kau ikut Falliq balik dulu. Mandi, rest. Biar aku jaga ibu harini." Kata Fareez . "hm" Balas Farha
"Falliq, bawak isteri kau balik." Arah Fareez. Falliq memimpin isterinya dek Farha seperti longlai dan tidak ada semangat.
"Kau tidur dulu, nanti dah sampai aku kejut kau" Kata Falliq lembut. "Hm" Itu sahaja balasan Farha.
Sesampainya dirumah, Farha terus naik kebiliknya. Otaknya sungguh serabut sekarang.
Malam itu Farha tetap menggagahkan diri bagi menyiapkan makan malam untuk Falliq. Dia tiada selera untuk makan.
"Falliq saya dah siap masak. Awak makan lah, saya naik atas dulu ye" Pamit Farha. "Kau tak makan ke?" Tanya Falliq.
"Tak, saya tak de selera." Balas Farha.
Falliq tidak senang duduk mengenangkan Farha yang tidak makan. Dia terus mengambil tray dan meletakkan makanan itu bersama air.
Pintu bilik Farha dibuka. Nampaknya Farha sedang menyiapkan assignment dia.
"Najihah, makan dulu. Nanti kau sakit." Kata Falliq. "Takpe, saya takde selera" Balas Farha lemah.
"Aku suruh kau makan.. Makan lah. Jangan bagi aku risau please" Rayu Falliq. "Haih, yelah letak situ. Nanti saya makan" Balas Farha.
Halo gais dah la aku pun tak tahu ape pasal chap ni mcm ni.. Lantak lah aku malas nak edit dah.. Jangan lupa vote and by the way boleh jemput follow ig Falliq.
@f.zaqn
Byeeee!!!
YOU ARE READING
Mr's Falliq
RomanceNur Farhatul Najihah Binti Fahmi Adlan . Sebaris nama itu boleh membuatkan seorang lelaki gembira . Namun , derita yang dihadapi oleh Farhatul sangat dasyat . Dibaling telur , dicaci maki , difitnah . Itu cukup membuat Farhatul mendapat tekanan . De...