38

436 21 6
                                    

Semua anak buah menunduk hormat. Mereka tidak sangka bos lama mereka datang kesini semula. "Korang buat kerja ke tak?" Tanya Filham serius.

"Ka-Kami minta maaf Master." Kata anak buahnya serentak. Farhan membuka mulut. "Punca kereta Falliq meletup?" Tanya Filham. Farhan maju kehadapan lalu menghulurkan sesuatu.

"Kami tahu diorang pasang bom kat kereta bos masa bos dah memandu. Saya bersalah master. Hukum lah saya" Kata Farhan dengan suara sebak. Kehilangan Falliq amat memberi kesan padanya. Falliq merupakan seorang ketua yang bertanggungjawab.

"Dah tahu dalang?" Tanya Filham tanpa memandang Farhan yang sedang melutut dihadapannya. "Black snake" Balas Farhan. "Hah?! Bangsat tu? Memang tak pernah serik. Get ready kumpul orang penting esok. Malam esok make sure semua ada. Missing one people, kau tanggung" Filham memberi arahan tegas. Farhan mengangguk laju.

Filham mengorak langkah. "One more" Tiba tiba Filham menghentikan langkahnya. "Get rid of this clumsy boy. No need to pretending anymore. Aku tak bodoh lagi. Aku dah lama takde, korang senang senang nak pijak kepala ketua korang kan? Kau fikir perjanjian yang kau buat masa kau masuk sini tu tak wujud ke? Pernah kau nampak aku tak tunaikan?" Kata Filham sinis sebelum merempuh bahu lelaki itu.

Buat kerja tak clean. Filham tidak dapat tidur dengan lena menunggu malam esok.

Farha bangun pagi dengan mata yang kosong. Kejadian semalam terlalu pantas baginya. Farha tiba tiba menangis teresak esak. Hari ini dia dibenarkan keluar, namun bagaimana dia mahu meneruskan hidupnya tanpa sang suami yang sudah dianggap separuh jiwanya?

Puan Fazilah yang sudah sampai menenangkan anaknya. Tidak disangka dia sudah kehilangan menantunya. Sudahlah tiada mayatnya. Lagi sakit tak dapat nak tengok Falliq buat kali terakhir.

"Far, kuat kan" Pujuk Puan Fazilah. Farha mengeratkan pelukannya. Hari ini mereka akan mengadakan majlis pengebumian, bacaan yasin dan tahlil.

Farha bersiap dengan memakai semua hitam. Fairel juga sudah disiapkan. Farha mencalit sedikit lipbalm supaya tidak kelihatan terlalu pucat bibirnya. Fairel tersenyum lebar melihat ibu nya mencalit lipbalm.

Farha mendukung Fairel ke ruang tamu. Ramai orang disitu. Mereka memulakan bacaan yassin. Fairel tidak banyak ragamnya, seperti memahami perkara yang berlaku. Farha mengesat air matanya yang jatuh tidak henti henti.

Puan Farah yang duduk disebelahnya mengusap usap belakang Farha. Fairel yang memerhati ibunya mula merengek melihat ibunya menangis. Farha cepat cepat mendukung Fairel masuk ke bilik.

"Anak umi kenapa ni sayang?" Tanya Farha. Pelik masuk bilik elok pula tak nangis. Tangan Fairel cuba mencapai pipi Farha, Farha menurunkan mukanya bagi dicapai oleh Fairel.

Fairel seakan mengusap pipi Farha. Farha tersenyum lebar. Gentleman betul anaknya yang seorang ni. Farha menggomol pipi Fairel. Fairel tergelak riang.

"Fairel jangan tinggalkan umi tau." Pesan Farha lalu sekali lagi mengucup lembut pipi gebu Fairel.

Farha terpaksa duduk didalam bilik atas sebab si Fairel merengek kalau duduk luar. Nak kata panas, tak.

Farha menepuk lembut punggung Fairel. Fairel yang sudah nyenyak dipandang lama. Air mata Farha bergenang.

"Muka awak sebijik muka papa.. ma-macam mana umi nak teruskan hidup tanpa papa, sayang? Umi tak kuat.. Ke-kenapa papa tinggalkan kita disaat kita baru nak bina family? U-umi rindu papa.." Adu Farha dengan air mata yang mengalir keluar.

3 bulan berlalu.. Bulan hadapan merupakan bulan mulia iaitu, bulan ramadan. Farha sudah redha dengan pemergian Falliq, namun rasa cintanya pada Falliq tidak akan mati. Falliq tidak dapat digantikan dengan lelaki lain.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 18 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now