8

755 27 0
                                    

Falliq pula yang memberi ucapan . "Terima kasih yang hadir .. Saya tak tahu apa yang saya patut cakap sekarang . But , untuk si isteri . Saya nak berterimakasih pada awak sebab hadir dalam hidup saya walaupun kita kenal sekejap sahaja and  I want you to know that , I will take care of you till the rest of my life . Im not promising moon and star , but I'll do my best , sayang" Ucap Falliq .

Farha sedikit terharu mendengar ucapan dari Falliq . Namun dia tahu itu hanya sekadar lakonan .

Semua menjerit . "WUUU suwit la pengantin laki ni" Jerit Amiya , cousinnya .

Namun dalam ketika mereka bersorak - sorak , ada yang tidak puas hati .

"He should be mine ! Dasar sundal perampas" Gumam seorang perempuan dan berlalu pergi .

Selesai majlis Farha mereka balik ke haluan masing masing , Puan Fazilah dan Puan Farah telahpun menempah hotel khas untuk mereka .

Mereka pun bertolak kesana . Sesampainya dibilik tersebut , Farha terus membaringkan tubuhnya tanpa membuka tudung .

"Woi ! Bangun sekarang . Kau nak tido mandi dulu . Taknak aku tido dengan busuk busuk ni" Kata Falliq . Farha terjaga namun matanya hanya dibuka sipi sipi .

"Hm ? Nanti la saya penat la sir" Kata Farha lemah . "Kau nak aku mandikan ke , nak mandi sendiri ?" Ugut Falliq .

Pantas Farha berdiri . "S-saya mandi sendiri !" Balas Farha takut . Ee dasar gatal !

Selesai mandi , dia terlupa luggage nya tertinggal didalam kereta sewa yang dibawa oleh abang nya .

"Aduhh bodoh betul lah ! Macam mana nii" Rungut Farha . Dengan teragak agak dia mengetuk pintu bilik air tersebut .

"S-sir.." Panggil Farha takut takut . "Ape?" Tanya Falliq dingin . "S-saya tertinggal luggage dalam kereta sewa tadi.." Balas Farha perlahan .

"Hah?" Tanya Falliq kembali , dah cakap pun perlahan betul ! "SAYA TERTINGGAL LUGGAGE DALAM KERETA SEWA TADI !" Jerit Farha lalu menekup mulutnya .

"Hah ?! habistu ape kena mengena dengan aku?" Tanya Falliq senada .

"M-macam mana saya nak keluar ?" Tanya Farha gelisah . Takkan la nak keluar pakai tuala je ?!

"Tak yah la pakai baju . Lagi aku suka ." Balas Falliq bergurau . "SIRRR ! Jangan la main mainn" Jerit Farha .

"Nah ambik ni pakai dulu baju hoodie aku" Kata Falliq lalu menghulurkan baju hoodie dan seluar track nya .

Farha hanya mengeluarkan tangan lalu pentas mengambil . Selesai memakai baju hoodienya , Farha menilik badannya .

"Sir.. besar sangat lah baju ni" Rungut Farha . Dah sampai lutut hoodienya .

"Pakai jelah . Dah takde option lain . Ke kau nak bogel je" Tanya Falliq sinis . "Eh tak tak . Pakai macam ni punnn dah bersyukur kehadrat illahi" Balas Farha sekali nafas .

"Esok ikut aku cari baju kau" Kata Falliq . Farha mengangguk lalu memanjat katil . "Sir.. boleh tak , sir tidur bawah . saya tak selesa la" pinta Farha .

"Asal lak ? Taknak aku . Engkau tak selesa , pi tidur bawah . Aku taknak" Balas Falliq dingin . "Ala sir.." Pujuk Farha dengan mata puppynya .

"Please eh ni bukan cerita tv3 kahwin paksa kena tidur lain bilik ke sorang atas sorang bawah ek . Cliche betul ! Dah kahwin , nama pun sah kan . Duduk jela sekatil . Gedik betul le" Balas Falliq marah .

"OKAY FINE!" Akhirnya Farha mengalah . Dia nak tidur bawah ? Memang tak lahh

Farha menarik selimut dari tubuh Falliq . "Woi ! selimut aku tu" Jerit Falliq lalu menarik semula selimut itu .

"Tak boleh ! Ni selimut saya lah !" Balas Farha tak mahu kalah . Mereka bermain tarik tarik selimut .

"Kongsi lah" Kata mereka serentak . Sama sama pakat saling menjeling . Akhirnya mereka berkongsi . Tapi dua dua membelakangi sesama sendiri dan duduk dihujung katil .

Mereka terlelap dalam keadaan begitu , tetapi Farha terbangun apabila alarmnya berbunyi .

Dia bangun lalu mengejutkan suami nya . "Sir , bangun .. Solat asar" Kejut Farha . Falliq mengusap matanya .

"Hm ? Ha cepat ambik wuduk aku bentang sejadah dulu" Kata Falliq .

Selesai solat , Falliq meminta Farha untuk menundukkan kepala , lalu dia menyentuh ubun ubun , Farha sambil membaca suatu doa .

"Dah , kau pakai tudung . Kita makan kat bawah" Kata Falliq . Farha mengangguk lalu mengambil tudung sarung yang dia spare didalam beg tangannya .

"Sir , dah siap" Kata Farha . Falliq memandangnya atas bawah . "Kau memang takde tudung labuh sikit ke ? Dah macam tudung sport je ni . Pendek betul . Memang saje nak tayang ke ape ?" Tanya Falliq tegas .

"Alah , ini je yang ada .. pakai jela . Lagipun baju sir ni kan oversize , tak nampak lah" Kata Farha . Walaupun terasa sikit .

"Haih , yelah yelah . Lepasni aku nak kau beli tudung labuh sikit" Pesan Falliq .

Diluar bilik , Falliq terus mengenggam jari jemari Farha . Farha terkedu .

"Aku pegang ni , takut kau hilang je . Dahla kecik" Kata Falliq dingin . Farha hanya mengiyakan . Sadar diri loh ..

Selesai makan mereka pergi mencari baju Farha . Bab dalam dalam semua tu Farha halang Falliq mengikutnya , namun Falliq tetap mengikutnya . Katanya takut ada orang bagi gula gula .

"Sir , nak ni boleh?" Tanya Farha sambil menunjukkan baju yang sedikit ketat . Pantas Falliq menggeleng .

"No . Ketat sangat . Biar aku la cari" Kata Falliq tegas . Farha mencebik . Selesai membeli baju , mereka pergi ke kedai tudung pula .

Itu pun Falliq yang pilih . Dia beli tudung bawal bidang 50 dan tudung sarung labuh . Farha hanya menjeling .

"Sir , saya rimas la tudung labuh labuh ni!" Bentak Farha setelah lama menahan .

"Rimas tak rimas lah ! Even aku tak cinta kan kau sekalipun , kau tak rasa ke aurat kau patut dilihat oleh suami kau yang sah ? Kau tak rasa mahal ke bila aurat kau hanya untuk yang halal ?" Tanya Falliq bengang .

Farha terasa , lalu terdiam . Falliq keluar dari tempat parking dan membawa laju kereta nya .

Sampai di hotel Falliq mengangkat semua pakaian Farha namun sedikit pun dia tidak memandang Farha .

Farha sebersalah . Didalam bilik juga Falliq tidak memandang Farha . Dia sengaja bermain phone .

Farha duduk disebelah Falliq dengan teragak agak . "S-sir" Panggil Farha takut-takut .

Falliq tidak membalas . Farha mencucuk sedikit lengan berotot Falliq . "Sir.. saya minta maaf lah.. saya janji saya akan usaha jaga aurat saya hanya untuk sir je" Pujuk Farha .

Falliq menoleh . "Betul ?" Tanya Falliq ingin kepastian . Farha mengangguk pantas . "Okay.. tapi sekali aku nampak kau pakai baju ketat , tudung pendek .. tunggu jelah akibatnya nanti" Kata Falliq memberi amaran .

Farha menelan air liur . "O-okayy" Balas Farha tergagap

That's all from me for today ! Ape eh hukuman yang Falliq nak bagi kalau Farha langgar janji tu ?

That's all from me for today ! Ape eh hukuman yang Falliq nak bagi kalau Farha langgar janji tu ?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

(hoodie Falliq)

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now