29

791 34 6
                                    

Sesampainya dirumah, Farha terus keluar dari kereta tanpa menunggu Falliq. Menyampah. Suka sangat menangkan perempuan tu

"Hey, najihah" Panggil Falliq lalu mengejar langkah kecil isterinya. Falliq terus menarik lengan Farha dan menyebabkan Farha hampir jatuh. Namun sempat ditangkap Falliq

"Ape masalah awak ni?! Kalau jadi ape ape kat anak saya, saya tak maafkan awak!" Jerit Farha. Nasib tak gugur jantung.

"I'm sorry.. Maafkan abang please sayang.." Kata Falliq lembut. Lembut tak lembut tengok muka dia rasa nak sepak je

"Lepaslah!" Jerit Farha lagi lalu melepaskan genggaman tangannya. Setelah dapat dilepaskan, Farha terus naik ke bilik lamanya.

Klak! Pintu dikunci

Falliq tidak mahu mengeruhkan keadaan terus berlalu kebilik mereka.

Farha duduk didepan pintu lalu menangis.

Farha mandi dan solat seperti biasa, perang masih berjalan. Perang tak perang, tugasnya sebagai isteri tak dilupakan.

Farha turun memasak makan malam. Tiba-tiba tekaknya terasa loya. Terus dia berlari ke sinki dan memuntahkan segalanya. Terasa ada tangan yang mengusap belakang tubuhnya.

Badan Farha lemah, lalu disambut Falliq. Falliq terus mendukung Farha ke ruang tamu. Api didapur ditutup

"Kenapa masak? Dah tahu awak mengandung, tak payah masak. Degil sangat" Kata Falliq tegas.

"Saya nak masak je, nanti awak pulak yang kebulur" Balas Farha dingin. "Marah lagi ke, sayang?" Tanya Falliq lalu melabuhkan punggungnya disebelah Farha.

"Sape je tak marah? Awak tak habis habis nak menangkan dia tu. Haritu pun nak menangkan dia, kahwin jela dengan dia" Balas Farha geram. "Abang tak menangkan dia sayang, abang tak nak sayang jadi biadap" Balas Falliq.

"Dah lah abang, pergi la kat dia. Saya malas la nak sembang bendani, buat sakit hati je" Kata Farha sambil bangun dari duduknya.

Tiba tiba tubuhnya ditarik atas riba Falliq. Falliq terus melingkari tangannya dipinggang Farha.

"Abang minta maaf, please sayang? Abang janji abang takkan berduaan dengan dia dah, abang takkan menangkan dia lagi. Please jangan buat abang macamni, jangan buat abang terseksa.. Kesian baby dalam perut tu, tengok ibu ayah dia bergaduh" Pujuk Falliq.

"Janji awak semua tak boleh pakai" Balas Farha dingin. Masih ego.

"Then let me prove it." Balas Falliq. Tiba-tiba suara esakan Farha terdengar. Terus Falliq memusingkan tubuh isterinya dan menarik kedalam pelukannya.

Muka Farha tersembam didada bidang Falliq. Favourite place tu.

"Tadi saya excited nak jumpa awak, tapi awak buat saya macam ni" Adu Farha sambil tersedu sedu.

"Forgive me, please sayang.." Pujuk Falliq sambil mengusap belakang Farha.
"Hm, jangan buat saya macam ni lagi.. Rindu nak peluk" Kata Farha lagi.

"Tau pun rindu, nak jugak merajuk lama lama" Usik Falliq. Farha terus membalas pelukan Falliq. "Rindu" Balas Farha

"Ye, i'm yours peluk la abang macam mana pun" Kata Falliq. "Abang, nak spageti boleh?" Tanya Farha.

"Untuk isteri abang mesti la boleh" Kata Falliq lembut. "Jom bersiap makan luar" Ajak Falliq. Namun Farha nemberi gelengan.

"Tak nak luar punya, nak abang yang masak" Balas Farha dicelah dada bidang Falliq. "Okayy boleh! Sayang tunggu sini abang masak" Kata Falliq lalu melonggarkan pelukan.

"Taknak, nak ikut" Kata Farha manja. "Macam mana abang nak masak kalau Najihah tak lepaskan abang ni, hm?" Tanya Falliq seakan memujuk.

"Masak jela, Far nak tengok abang masak" Kata Farha lagi. "Boleh sayang.. Lepaslah abang dulu" Kata Falliq lembut.

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now