24

749 44 0
                                    

Terasa sakit di'situ' di pagi harinya. Farha menoleh ke sisinya. Falliq masih dibuai mimpinya.

"Tstt" Farha berdecit. Sakitnya berdenyut denyut. Falliq yang merasakan pergerakan seseorang terus terbangun.

"Ehm, sayang okay tak ni?" Tanya Falliq dengan suara serak bangun tidurnya. "Sakit sikit je, alang-alang awak dah bangun ni. Pergi mandi wajib, kita solat subuh" Kata Farha.

"Hm, Najihah mandi dulu lah. Abang penat. Lepas mandi kejut lah abang ye" Kata Falliq. Mana tak penatnya, tidur pun pukul 3 pagi.

Farha tidak membalas dan perlahan lahan turun dari katil. Selimut tebal digunakan bagi menutup tubuhnya yang tiada seutas benang.

"Abang, bangun lah. Saya dah habis mandi" Kejut Farha. "Hm.." Itu sahaja balasan Falliq.

"Falliq Zaqwan, bangun sekarang. Awak tak bangun saya tumbuk awak" Ugut Farha. Terdengar gelakan dari mulut Falliq

"Kiss abang dulu" Pinta Falliq. "Ih, taknak saya. Awak, bangun lah!! Nanti lambat solat.." Kejut Farha lagi.

"Taknak bangun selagi tak dapat morning kiss abang" Ugut Falliq pula. Farha malas nak menjawab terus mengucup sekilas pipi Falliq.

"Dah. Pegi mandi sekarang" Arah Farha. "Okayy!!" Balas Falliq dengan suara ceria. "Gatal" Gumam Farha.

Setelah solat, Farha seperti biasa menyiapkan sarapan.

Hari berlalu seperti biasa, tiada berlaku konflik namun Farha pelik sedikit lah, Mia tidak pula mengacaunya hari itu.

Tapi Alhamdulillah lah kalau dia dah tak kacau. Tenang sedikit hidup. Tapi mulanya ingatkan tak de bala lah nak kacau, rupanya ada seko bala lagi..

Khaisar yang tiba tiba duduk ditepinya. Hafizah yang dihadapan hampir meludah makanannya.

"Ape masalah kau ni?" Tanya Farha dingin. Terus Farha berdiri mengelak dari sebarang fitnah.

"Nak tengok awak makan lah" Kata Khaisar dengan senyuman tak lekang dibibir. "Blah lah, tak selera aku nak makan" Halau Hafizah. Dia pun turut berdiri.

"Sekejap. Boleh tak kau yang blah, bagi aku dating dengan awek aku jap" Balas Khaisar dengan pandangan sinis.

"Sejak bila ketika waktunya, aku awek kau? Perasan betul.. Tak sedar diri eh kau. Pegi jumpa doktor lah cek sikit otak kau tu, tah ada yang tak tersambung lagi" Kata Farha sedas lalu menarik tangan Hafizah pergi dari situ. Lagi melayan lagi dia suka

"Jual mahal eh kau Farha.. kau tunggu, aku takkan biarkan kau pijak aku la sial" Gumam Khaisar dan berlalu pergi.

"Astaghfirullah berdebar debar aku tadi weh" Kata Farha dengan memegang dadanya. "Ye we tetiba muncul macam jembalang, kalau muka elok takpelah sedap sikit nak hadam muka nya, ni muka macam jalan tar" Balas Hafizah dengan riak jijik

"Dah hilang lapar aku tadi, class lah. Jom" Ajak Farha. "No, no, no.. kau lupa ke budak junior pesan 'sir falliq' kau tu suruh datang bilik dia lepas makan" Pesan Hafizah. Nak jugak dia yang ingatkan

"Ye lah, nasib kau ingat. Harap maklum lah, aku jenisnya orang cepat lupa, hehe" Kata Farha dengan sengihan. "Bla la kau, ha jangan lupa eh mintak nombor kawan dia. Aku rasa dari haritu aku mintak. Kau sidai aku bukan main lama lah" Balas Hafizah menyampah

"Hehe, lupa jugak lah yang.. nanti aku mintak eh. Aku janji! Aku gerak dulu eh nak jumpa cik suamiii" Meleret suara Farha diayat terakhir. Gembira tak sudah

Tok!

Tak sampai ketukan kedua Farha sudah membuka pintu bilik.

Sekali lagi. Tapi kali ini dengan yang lain.

Dua pasang mata menghala kearahnya. Rasa menyesal setinggi gunung. Itu yang dirasai Farha. Rasa nak lari sambil lompat kijang.

"Ye?" Tanya wanita dihadapan Falliq. Nak kata kenal, tak pernah nampak. Tapi pakaian dia fuh, full bertutup.

"So-sorry!! Sa-saya tak sengajaa" Kata Farha sambil menunduk kepalanya berkali kali tanda meminta maaf. Kedengaran gelakan halus dari bibir wanita itu.

"Takpe lah, awak nak jumpa Sir Falliq ye? Saya keluar dulu lah. Urusan awak mungkin penting itu sebabnya awak terjah ye.." Ujar wanita itu dengan lembut. Walaupun lembut dapat dirasa seperti disindir.

"Ma-maaf puan.." Kata Farha sekali lagi. Selepas pintu ditutup, terus Farha duduk di kerusi hadapan Falliq.

"Aduh, malunya sayaa" Kata Farha sambil mengetuk kepalanya. Falliq tersenyum sambil menggeleng kepala

"Tulah, lain kali ketuk tiga kali mintak izin nak masuk. Jangan main terjah. Abang ni selalu dapat kunjungan dari orang lain.." Pesan Falliq

"Yela.. Ha kenapa abang nak jumpa?" Tanya Farha. "Nothing, rindu. Hari ni kan tak jumpa kat kelas lagi.. Abang serabut banyak kerja, tengok muka Najihah hilang serabut" Kata Falliq sambil memaku matanya tepat ke mata Farha. Lama.

Mereka bertatapan. Tiada suara. Yang hanyalah bunyi aircond. Bunyi telefon berdering menghentikan tatapan mereka.

"Ehem" Falliq berdehem. Farha membuka beg nya lalu mengambil telefon pintarnya. Hafizah?

"Hello? kenapa kau ni?"

"Jangan lupa mintak nombor!!"

"Ye, sayang"

"Okayy!!"

Tut!

"Sape yang kau panggil sayang tu?" Tanya Falliq dingin. Terus hilang panggilan lembut. jealousy mod bermula.

"Hafizah lah, abang ni cemburu lebih" Kata Farha menahan senyuman. "You're mine and i don't like sharing what's mine" Kata Falliq

"Ehem. Ha, saya nak nombor kawan abang tu. Ape ke namanya? lupa" Pinta Farha. "Asal nak nombor dia?" Tanya Falliq

"Hafizah nak lah, bukan saya.. Ish awak ni" Kata Farha. "Oh, ha nanti abang send sendiri kat number Hafizah." Putus Falliq. "Abang tak percaya saya ke?" Tanya Farha dengan nada perlahan

"Tak lah, tapi abang tak percaya kawan abang je.. Kang dia flirt isteri abang, ha mahu jadi lain nanti" Dalih Falliq. "Hm, tadi tu siapa?" Tanya Farha lagi.

'Tadi' yang dimaksudkan itu ialah wanita bertutup litup itu. "Oh, tu lecturer baru.. Kawan lama abang" Kata Falliq.

"Course ape?" Tanya Farha. Entahlah rasa berminat nak tahu. "Rasanya dia tak ajar sayang.. Course ape tu, abang lupa lah. Malas nak ambik tahu" Kata Falliq.

"Nama dia ape??" Tanya Farha lagi. "Apesal kau nak tahu sangat ni?" Tanya Falliq. "Ala, biarlah. Bukan selalu saya nak ambik tahu pasal orang" Kata Farha.

"Okay, fine. Raizatul Syarifah, orang panggil dia Miss Raiza. Ada apa apa lagi?" Tanya Falliq. "Tak. Em, saya masuk kelas dulu lah. Saya ada kelas. Bye abang, assalamualaikum" Pamit Farha sambil memulas tombol pintu.

"Waalaikumussalam, belajar rajin rajin jangan bayangkan muka abang je, tahulah abang hensem" Balas Falliq. Farha tercengang sikit lah, sebab memang selama ni kalau dia tak fokus mesti sebab terbayangkan cik suami.

halo gais, dah ni je untuk harini. Aku baru balik weh dari asrama. maap le tak update, by the way thanks do yang vote tu, mak lurve gilak. maaf kalau ada kekurangan. Enjoy!

(falliq and farha)

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now