17

724 27 0
                                    

"Alahai, tak perlu lah.. Now, cerita kenapa kau menangis balik dari mall haritu?" Tanya Falliq serius. Terasa beku air mata mengingati peristiwa itu.

"S-saya mengantuk la... Sambung esok boleh?" Tanya Farha. "No. Kau cerita sebelum aku buat benda lain nanti" Ugut Falliq

"O-okay.. Ha-haritu waktu saya dekat bahagian perabot, ex say-" Farha tidak mampu menyambung katanya. "Takpe lah kalau kau tak kuat nak cerita kat aku. Nanti dah ready cerita dari A sampai Z. Boleh?" Tanya Falliq dengan tatapan lembut

"Tha-Thanks faham saya" Kata Farha. Farha menyelubungkan diri didalam selimut. Matanya tidak dapat ditutup kerana mindanya asyik terbayangkan peristiwa hitam dahulu

Tanpa dia sedar air matanya mengalir deras. "Najihah.. why are you you crying, hm?" Tanya Falliq lembut sambil menukar posisi Farha dari membelakanginya sehingga menghadapnya

"Sa-saya takut.." Kata Farha perlahan. Falliq terus menarik tubuh kecil isterinya rapat kedada bidangnya.

"Come, tutup mata. Aku ada kat sini... No one can harms you. I'll never let they lay their fingers on you.. Sleep. Lupakan pasal benda tu" Kata Falliq sambil menepuk nepuk Farha perlahan.

Farha tidak sedar, dia pun membalas pelukan Falliq. Tangannya melingkar ditubuh Falliq. Falliq tidak berhenti berzikir sambil menepuk tubuh Farha

Setelah Falliq melihat Farha tidur, Falliq menenung muka Farha dengan penuh minat

"I'm sorry takde dengan kau waktu tu. Aku minta maaf tak dapat nak lindungi kau.. Aku tak janji dapat jaga kau selamanya, tapi selagi aku hidup. Aku takkan benarkan diorang sakitkan hati kau lagi. Sleep well, sweetheart." Bisik Falliq. Tidak mahu menganggu tidur isterinya

Bibirnya mendarat didahi Farha, lama. Falliq mengeratkan lagi pelukannya lalu melelapkan mata

Keesokan harinya, Farha sebersalah buat Falliq berjaga malam untuk menidurkannya. "Falliq.. Dah subuh ni, bangun" Kejut Farha.

"Hm.." Balas Falliq dengan mata yang tertutup. Penat sangat kut tidurkan Farha semalam

"Awak, bangun lah.. Subuh ni penting lah" Kejut Farha lagi. Falliq mencelikkan matanya sedikit

"Kiss pipi aku dulu" Pinta Falliq dengan suara serak basah nya. Farha terkelu dengan permintaan Falliq dipagi hari ni

"Tak-Takyah nak mengada. Bangun lah" Kejut Farha lagi. Falliq terus bangun dari baringnya lalu mendekatkan pipinya dengan bibir Farha. Pantas dilekapkan sekejap

"Thankyou" Kata Falliq lalu turun dari katil dengan selamba. Farha dah terkedu disitu

"A-Apa dia buat ni" Getus hati Farha dengan pipi yang berona. Selesai mereka solat. Seperti biasa pasti Falliq akan mengucup dahi Farha.

Tapi selalunya sekejap je. Kali ni lama pulak. "Awak ni kenapa? Dari tadi macam gilakan kiss je" Perli Farha.

"Haah, aku gilakan bibir kau tu" Kata Falliq tidak bertapis. "Ish, awak ni tak malu ke?" Kata Farha geram

"Biar lah, tak de orang pun kat sini" Kata Falliq lalu mendekatkan bibirnya dengan bibir Farha. Pantas dikucup bibir munggil tersebut

"Falliq! Awak ni dah MELAMPAU ! Awak curi first kiss sayaaa" Jerit Farha. Pantas tangan Falliq menekup bibir Farha.

"Kau nak satu rumah ni dengar suara kau ke?" Tanya Falliq dingin. "Hihihihi saja je, takyah lah marah" Kata Farha dengan sengihan

"Mengada le kau. Aku nak turun ni, nak ikut tak?" Tanya Falliq. Laju Farha mengangguk.

"Jap, tunggu saya nak lipat telekung" Kata Farha. Selesai melipat telekung dan sejadah, mereka turun sambil berpegangan tangan

Sebenarnya, Farha pun agak terkejut jugak bila Falliq terus rentap tangan dia. Nak marah tapi bila tengok muka Falliq yang serious lain macam terus matikan niatnya

"Amboi, dalam rumah pun nak berpegangan tangan.." Tegur Mak ngah. Suka betul tengok pasangan ni.

"Ni lah, dia ni main rampas je tangan orang" Kata Farha sambil memberi side eye pada Falliq. Mak ngah tergelak melihat gelagat Farha

"hahahaha, Wan.. wan tak nak berenggang dengan bini langsung ye" Kata Mak ngah. "Bukan ape takut budak ni hilang je. Rumah ni besar, nanti merayap sana merayap sini.. jumpa jumpa kang dah terjun dalam kolam tu" Balas Falliq sedas

"Hahahaha ape ape jelah kome ni. Penat mak ngah nak layan" Kata Mak ngah dan berlalu pergi.

Tanpa mereka sangka, Nia sejak tadi memerhati mereka. Api dengki makin membara.

"Dasar sundal. Abang wan aku punya lah" Gumam Nia geram. "Awak lepas lah, saya nak masak ni" Kata Farha apabila Falliq tidak mahu melepaskan tangannya

"Tak payah. Kau dah penat buat kerja semalam. Kalau semua kau nak buat, habistu bibik kat rumah ni nak buat ape?" Tanya Falliq dingin. "Saya nak tolong je.. Please, abang Falliq" Rayu Farha dengan suara meleret.

Melebar terus senyuman Falliq apabila Farha memanggil nya sebagai 'abang'. Dah dapat idea nak kenakan budak ni

"Ha, boleh. Tapi start hari ni. Kau kena panggil aku abang. Deal?" Tanya Falliq. Farha dah memaki diri sendiri. Dia bukak game kan dia lah kena tamatkan

"Ye, lepaslahh" Kata Farha menyampah. "Lepaslah siapa?" Tanya Falliq mengusik

"Lepaslah, abang.." Kata Farha perlahan. "Tak dengar.." Makin galak Falliq mengusik Farha. "Boleh tak lepaskan saya, abang?" Tanya Farha dengan nada yang sedikit tinggi

Falliq tergelak kecil. "HAHA, marah ye kau.. Ha, kau sebut nama aku lagi.. ada banyak lagi hukuman untuk kau" Kata Falliq. Farha hanya menjeling dan berlalu pergi ke dapur.

"Eh, Puan Farha buat ape disini?" Tanya Mak jah. "Saya nak tolong Mak jah la." Kata Farha sembil membasuh tangannya sebelum memulakan kerja.

"Tapi, Puan Farah tak bagi Puan Farha jejak kaki disini nak menolong.." Kata Mak Jah. "Mak jah panggil saya Far jelah. Takpe pasal umi tu nanti saya bodek la dia.. Meh sini saya tolong buat sambal" Kata Farha.

Tak sempat nak menegah, Farha terlebih dahulu merampas sudip. "Aduh, habislah Mak Jah kena pecat nanti Far" Kata Mak Jah risau

"Takpe.. Nanti saya pujuk lah dia.. Dah buat je kerja, okay?" Kata Farha. Mak Jah menggeleng kepala melihat kedegilan Farha.

Sementara Falliq yang sedang bermain phone diruang tamu tiba tiba dikacau oleh Nia.

"Abang..." Panggil Nia meleret. Naik bulu roma dengarnya. Falliq tidak mengendahkannya

"Abang, Nia panggil ni" Panggil Nia lagi. Geram tengok Falliq yang buat buat tak nampak dia

"Kau nak ape?" Tanya Falliq menyampah. "Jom keluar nanti. Nia dah search tempat best kat sini." Ajak Nia teruja

"Aku banyak kerja. Pegi ajak pakwe kau" Tolak Falliq senada. "Abang nak sebok ape? Spendtime dengan betina tu ke? Eh abang, Nia kenal abang lagi lama dari dia tau. Kenapa abang tak habis habis nak menangkan dia je" Tanya Nia geram

"Kau ulang balik, kau panggil dia ape tadi?" Tanya Falliq dengan pandangan yang tajam. Terkelu lidah Nia ditenung begitu.

"Memang betul pun, betina. Sesuai lah untuk dia yang tak sedar diri." Balas Nia berani. Puan Nazirah yang lalu disitu terus berhenti.

"Awak tengok dulu pakaian awak baru nak bagi title kat orang lain" Perli Puan Nazirah. Sakit telinga dengar ada yang mengutuk anaknya

"Eh makcik, sebok je" Kata Nia menyampah. "Kau jangan nak biadap, Nia. Sebelum tangan aku ni sampai kat pipi makeup seinchi kau tu. Baik kau blah" Kata Falliq tegas. Amarahnya sedang ditahan

"Ish, abang ni! Berani ke nak tampar Nia? Tamparlah!" Cabar Nia. "AKU KATA BLAH, BLAH LAH! KAU NAK SANGAT KE MERASA PENAMPAR AKU?!" Tengking Falliq.

That's all for todayy, sorry tak update. Kita lupa la wak.. By the way nanti sekolah dah buka, saya tak update dahh.. hiatus eh? Ye kut.. time cuti baru saya update. Enjoy

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now