25

712 30 1
                                    

Habis sahaja kelas, Farha terus kebilik Falliq seperti biasa. Hafizah pun sudah pulang kerumahnya sendiri.

Hari ini Falliq pulang lewat, terpaksa lah dia tunggu. Ikut hati nak aje naik grab balik rumah. Penat

Kringgg

Husb🙏

"Ye awak kenapa?" Sapa Farha. "Waalaikumussalam, abang tunggu kat kereta ni. Cancel balik lewat. Cepat kesini. Kau lambat aku tinggal" Ugut Falliq.

Terus dimatikan call tadi, belum sempat Farha nak maki dia.

Dibukanya pintu kereta berjenama itu. Sedikit dihempas. "Awak ni kenapa eh? semalam kata balik lewat, penipu la awak ni" Kata Farha geram.

"Lah, abang pun baru cancel kelas tadi. Kita kena pegi balik rumah umi. Ayah pengsan tadi" Kata Falliq.

Terus ditekan pedal minyak. Kereta berjenama itu menyelusuri lebuhraya dengan laju.

Sampai sahaja dirumah Puan Farah, Falliq berlari masuk kedalam rumah. Tidak dihiraukan isterinya. Otaknya hanya memikir tentang ayahnya 

"Assalamualaikum, ayah mana?" Tanya Falliq pada Mak Jah. "Bilik, ada dengan Puan Farah" Balas Mak Jah.

Tok! Tok!

"Umi" Sapa Falliq lalu menyalam tangan tua uminya. "Kenapa dengan ayah mi?" Tanya Falliq risau.

"Sakit jantung.. Kan haritu dapat tahu syarikat kita ada yang seleweng duit, tadi dapat call baru tahu sape dalang semua ni and it's very unexpected lah." Terang Puan Farah.

"Astaghfirullah, siapa pulak ni mi" Tanya Falliq. "Orang kanan ayah. Itu yang ayah terkejut tu. Orang yang selamani dia percaya buat macam ni kat dia" Kata Puan Farah. Falliq meraup muka

"Orang zaman sekarang demi duit pun boleh buat ape ape je. Habistu macam mana dengan orangnya?" Tanya Falliq. "Polis dah angkut dia tadi, ha Farha mana?" Tanya Puan Farah kembali.

"Entahlah, hehe tadi Falliq risau sangat kat ayah, terlupa terus kat si isteri" Kata Falliq dengan sengihan

"Astaghfirullah, kamu ni pun... Hah umi nak turun, tolong tengokkan ayah. Dia bangun nanti bagi air." Pamit Puan Farah.

Falliq melabuhkan punggung nya diatas kerusi.

"Umiii" Panggil Farha meleret. Terus didakapnya tubuh tua itu. Farha menyalam tangan Puan Farah.

Sejuk je hati tengok menantu cantik, muka menenangkan ni.

"Umi sihat?" Tanya Farha. "Sihat gitu gitu ajele, yang tak sihat nya yang kat atas tu" Kata Puan Farah.

"Astaghfirullah terlupa ayah.. Tengok muka umi terlupa semua benda. Mungkin sebab umi terlali cantik kut" Puji Farha. "Puji, puji ni nak ape ape ke Far?" Tanya Puan Farah dengan senyuman melebar. Ada ada je menantu sorangnya itu

"Hehe, puji pun salah umi ni. Em, Farha nak jenguk ayah sat" Pamit Farha. Puan Farah hanya mengangguk sambil tersenyum

Tok! Tok! Krikk!

"Assalamualaikum" Ucap Farha perlahan. Takut ayah terjaga. "Ayah macam mana?" Tanya Farha.

"Tak sedar lagi.. tapi stabil lah. Sakit jantung" Balas Falliq. "Oh, haih kesian ayah, kenape boleh sampai kena serangan jantung tu?" Tanya Farha

Falliq pun menceritakan apa yang diberitahu oleh Puan Farah tadi.

Tiba tiba mata Tengku Filham terbuka sedikit. "Ayah dah jaga? Nak air?" Tanya Falliq prihatin.

Tengku Filham hanya mengangguk kepalanya. Rasa kering pulak tekak. Setelah air diteguk, Falliq mengusap belakang ayahnya itu

"Feeling better?" Tanya Falliq. Farha dari tadi menenung suaminya. Alangkah manisnya kalau dia yang sakit. Eh astaghfirullah..

"Ehm, haih macam mana dengan orang kanan ayah?" Tanya Tengku Filham sayu. Sedih bila orang kepercayaannya mengkhianati dirinya.

"Dah kena cekup, ayah jangan risau. Falliq handle benda ni" Kata Falliq menyedapkan hati ayahnya itu.

Selesai melawat Tengku Filham, mereka pulang semula kerumah.

Suasana didalam kereta sunyi tanpa sebarang suara. Walaupun radio.

Farha yang sedang mengelamun tersentak apabila tangannya ditarik kepeha suaminya. Falliq mengusap-usap jari jemari Farha.

Rasa terbuai dengan sentuhan sang suami. Terasa kurang bebanan diotak. "Why? is there's something that disturb your mind, hm?" Tanya Falliq lembut.

"Takde ape.. Stres sikit pasal assignment" Kata Farha. Padahal bukan itu yang difikirkannya.

"Don't lie to me Najihah. I know there's something else kan? Come on, I'm your husband, kenapa nak berahsia?" Pujuk Falliq.

Air mata Farha sudah pun bertakung. Tunggu masa je nak jatuh. "Saya tak tahu apa salah saya sampai orang fitnah saya, apa salah saya sampai dorang sanggup sebarkan fitnah tu. Until now, saya masih terima kecaman walaupun sikit tapi it still damaged me. Sakit abang.. Saya dengar je ape dorang cakap tapi saya saja pekakkan telinga, butakan mata. Tapi day by day, saya ingat saya dah lali tapi it's getting more hurt. Kenapa ye? Saya memang tak layak bahagia ke Falliq?" Luah Farha dengan suara yang bergetar. Sudah lama dipendam isi hatinya.

Farha menarik nafas lalu menghembus kembali. "It's okay to not be okay, nangis lah.. Abang tak dapat nak peluk sayang, abang tengah memandu ni. Jangan tahan air mata tu, nanti lagi sakit." Kata Falliq. Seusai suaminya berkata begitu, terletuslah air matanya.

"Tsk, sa-saya tak tahu apa yang saya dah bu-buat sampai Allah uji saya macam ni. Umi sakit, fitnah, kena kacau dengan Kha-" Farha menghentikan percakapannya apabila tak sengaja hampir tersebut nama Khaisar. Dia tidak pernah menceritakan tentang Khaisar pada Falliq

"Sape kacau kau?" Tanya Falliq dingin. Aura gelap menyeluruhi satu kereta. "Ta-Tak, sa-saya salah sebut" Dalih Farha. Tak jadi lah nak nangis, takut 

"Better kau sebut Najihah. Aku tahu kau bukan salah sebut" Kata Falliq dingin. Terus dihentikan kereta ditepi jalan. Lagi lah menggeletar lutut Farha

"Kh-Kha-Kh" Tergagap gagap Farha. "Apesal kau takut ni sayang? Aku tak marah kau la.. Say it. Abang tak marah.. Abang tak makan sayang pun, balik ni tak tahu lah makan ke tak" Kata Falliq dengan senyuman gatalnya

"Ish, Khaisar. Abang jangan apa apa kan dia eh. Nanti orang syak saya ape pulak" Farha memberi amaran. "Khaisar budak bermasalah tu ke? Haih, budak tu patut keluar jelah. Jadi beban je" Kata Falliq

"Tak nak cerita ke kenapa dia kacau kau?" Tanya Falliq. "Balik rumah lah. Kat sini nanti abang tak peluk. Nak abang peluk" Kata Farha.

Tersenyum Falliq mendengar. "Lebih dari peluk aku boleh bagi sayang" Balas Falliq sambil menekan pedal minyak. "Ee, pervert." Kata Farha perlahan.

"Aku gatal dengan kau je sweetheart" Balas Falliq sambil tersenyum. "Fokus memandu lah." Marah Farha.

That's all for today, maaf takde jadul bila update bila tak update. Dia macam ikut mood. HEHEHEH SORRY.. thanks ada kesabaran menunggu. Thanks for reading, Stay tuned for the next chapter💐

 Thanks for reading, Stay tuned for the next chapter💐

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Farha main mirror sobattt

Mr's FalliqWhere stories live. Discover now