episod 4

213 5 0
                                    

Majlis pernikahan Inayah berlangsung secara sederhana. Majlis itu turut dihadiri oleh Dato-Dato dan Datin seri. Tidak ketinggalan dengan si Fareq. Dia pun turut menghadiri majlis tersebut.

Semua kelengkapan telahpun siap. Hafiz dan tok kadi telah duduk di tempat melafazkan nikah. Tinggal tunggu Inayah untuk turun ke bawah saja.

Fareq menghadiri majlis pernikahan ini atas undangan dari Dato' Zainal. Kalau tak? Tak mahunya dia kemari. 

"sabar Fareq. Ramai lagi awek lain dekat luar tu. Tunggu je. Rezeki selalu tak salah alamat?" gumamnya dalam hati.

Apabila Inayah turun dari tingkat dua. Dia diiringi oleh Datin Noor, ibunya. Inayah memakai pakaian yang sangat cantik dan sopan. Fareq terpegun, tergamam malah terkentut. Cantiknya ciptaan mu ya Allah? Rasa dulu selekeh gila. Sekarang bukan main lagi. huhu

Mereka telah bersedia untuk menikah. Dan tiba-tiba... korang suka kan dengan perkataan tiba tiba ni? Hah!

Apabila Hafiz dan tok kadi ingin bersalaman. Tiba-tiba muncul di paparan skrin di belakang mereka. Tahu kan kerja kotor sapa? Hehe 

Skrin itu memperlihatkan Hafiz sedang mengendong seorang perempuan masuk ke sebuah hotel. Atau lebih details. Bilik! Semua yang berada di situ terkejut bukan kepalang. 

"woi apa ni Hafiz?" jerit beberapa suara.

Inayah sempat tersenyum sinis. Apabila Hafiz memandangnya dia buat muka seakan-akan tidak percaya dengan apa yang berlaku. Innocent. Tetapi dia langsung tidak mengetahui bahawa Si Fareq hanya melihat muka dia dari tadi. Dan Fareq tahu apa maksud disebalik senyuman tadi.

"papa. Fiz.... Hafiz" dia terkedu di kaki kedua orang tuanya. Serta dihadapan Dato' Zainal. Wajah ketiga tiga orang tua itu tampak bengis.

"papa tak sangka. Hafiz macam ni kan? Astagfirullahaladzim" mengucap panjang Dato' Zainal.

"Hafiz.. Hafiz berdosa papa, Hafiz tahu" Hafiz cuba merayu.

"patut la Haura beria-ia nak batal kan perkahwinan ni. Rupanya dia dah tahu siapa sebenarnya kamu" keluh Dato' Zainal. Datin Noor turut memegang bahu suaminya. "sabar bang" lembut dia cuba menenangkan Dato' Zainal

"maafkan kami Dato'. Kami tak tahu anak kami macam ni Dato" Dato' Khalid. Malu dengan tindakkan anaknya. 

"kamu dah conteng arak dimuka kami Hafiz!" Marah Dato' Khalid.

"habis tu macam mana ni abang?" Tanya Datin Rodziah isteri kepada Dato' Khalid.

"kita kahwinkan Hafiz dengan perempuan tu. Entah-entah perempuan tu dah mengandungkam zuriat Hafiz" kata Dato' Khalid. Dia turut memegang kepalanya.

"sabar Dato' Khalid. Kita tanya pada Hafiz betul ke apa jadi tu?" Tariq mula bersuara. Mata mereka semua tertumpu pada Hafiz. Izzah menundukkan kepalanya.

Lambat lambat Hafiz mengangguk mengiyakan kata-kata Tariq.

"kebetulan perempuan tu datang majlis ni?" Jay terus masuk campur. Perempuan yang bernama Nurul Izzah itu sedang menundukkan kepalanya. Malu.

"elok la tu. Kahwinkan saja anak kau dengan perempuan ni Khalid. Aku izin kan anak kau nikah kat sini. Dah alang-alang tu. Kesian anak aku" Sempat mereka memandang wajah cantik Inayah. Inayah turut menyeka air mata nya. Kena pandai berlakon awaknyaa.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now