episod 11

184 4 0
                                    

Pintu pejabat itu di ketuk tiga kali. Tuk tuk tuk... kedengaran seseorang bersuara, membenarkannya masuk. Dia membuka pintu dan melangkah masuk ke dalam sambil memimpin tangan budak lelaki.

"dah beli dah jajannya Athar?" tanya Fareq. Matanya masih lagi fokus pada skrin komputer.

"dah uncle" ujar Athar. Dia masih memegang tangan seseorang disebelahnya.

"dah kenapa tercegat je? Pergi la du.." Fareq mengangkat wajah. Dia melihat seorang gadis yang dikenalinya. Haura.

"hm Athar, Ayran pergi masuk bilik dulu boleh?" tanya Fareq. Dia mengarahkan kedua anak buahnya itu untuk masuk ke bilik rehatnya yang berada di dalam pejabat itu.

"Fareq" panggilnya sepatah. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi di hadapan Fareq.

"buat apa datang sini?" tanya Fareq. Kini matanya tertumpu semula pada skirn komputer. Biasalah CEO. Bos mesti busy.

"saja" ujar Haura. Pelik dengan jawapan itu. Mata mereka bertembung. Dah kenapa awek ni?

"hmm maaflah Haura. Aku busy ni. Ada apa-apa lagi ke?" tanya Fareq. Kini Fareq sudah bertukar menjadi bos sepenuhnya. Mesti kawal macho dekat pejabat.

"hm tak banyak. Teman saya makan?" ujar Haura. Pelik dengan bahasa yang digunakan Haura. Saya? Senyuman senget dihadiahkan kepada Haura. Pelik dengan pandangan yang mengancamnya cepat-cepat dia kalihkan pandangan.

"apa? Nak aku temankan engkau makan? Perlu ke?" tanya Fareq pula. Kini dia pula yang jual mahal. Dia sudah tahu semuanya tentang Haura. Perempuan ni nak kenakan dia. Dia ingat dia boleh kenakan orang yang berpengaruh macam dia? Dia banyak mata kut. Dia sudah tahu semua permainan yang sedang Haura guna sekarang. Dan ya dia jadi turn off kerana dia digunakan oleh Haura. Haura hanya rapat dengannya  adalah untuk lari daripada Caden. Lelaki itu adalah musuhnya. Apabila Haura libatkannya, perempuan itu dapat lari dari kerja gila Caden. Dan kemudian dia akan tinggalkan Fareq terkontang-kanting macam tu saja? No Fareq tak bodoh.

"maaflah tapi aku busy. Qas!" jerit Fareq dari dalam pejabatnya.

"yes bos?" laju Qas membuka pintu kayu itu, terkejut dia dengan jeritan dari bosnya. 

"tolong bawak cik Haura keluar dari sini. Terima kasih" laju Fareq mengarahkan Qas.

"Fareq dengar dulu. Saya ada benda nak bincang dengan awak?" ujar Haura cuba untuk membuka bicara. Wajah bengis Fareq di pandang sayu. Meminta simpati. Malah wajah itu terus menghadap ke arah pakaiannya.

"sini pejabat. Bukan club malam" sinis sekali kata-kata Fareq. Malas dia mahu layan wanita ini. "Qas bawak dia keluar! Sebelum saya halau dia!" marah Fareq. Terkejut dengan jerkahan itu terhenjut bahu Haura. Ya ini salahnya. Lalu dia dipinpim keluar dari pejabat itu diiringi Qas.

"maafkan Tuan Dani cik. Dia dapat tahu orang yang dia sayang kianati dia. Sebab tulah dia marah sangat. Saya mintak maaf bagi pihak dia ya?" ujar Qas. 

"it's okay" tenang wajah Haura.

>>>

"geng! Plan dah lari" kata Haura apabila dia tiba di dalam restoran yang biasa mereka bertiga berjumpa.

"what?" terkejut Tariq dan Jay.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now