episod 17

159 5 0
                                    

Fareq berjalan ke masuk ke dalam syarikat Adri'nia. Kaget dia melihat poster yang terpampang di hadapan lobi. Punyalah besar poster tersebut, 7 Kaki panjang dan 3 kaki lebar. Cuba hampa bayangkan..

"ni apa ni bang?" sapa Fitri, dia juga kaget melihat poster besar tersebut. Mereka berjalan memasuki gebung yang mempunya 12 tingkat itu. Terus Fareq di serbu oleh para gadis.

"aghh Tuan Fareq" jerit beberapa orang gadis dihadapannya. Semua wanita datang dan mengelilinginya. Sudah macam artis kpop.

Qas berlari kearah para gadis yang mengelilingi bosnya. "ya Allah bos". Dia cuba menenangkan keadaan.

Fareq membisikkan sesuatu diteliga Qas. "apa semua ni Qas?" 

"saya salah tulis bos, bila benda ni viral. Dari pukul 6 lagi mereka semua dah berada di sini" ujarnyanya. Dia cuba menenangkan keadaan. "sabar girls" ujar Qas.

Fitri disebelah Fareq sudah bingung dengan keadaan sekarang. Tergaru kepalanya yang tidak gatal.

"Fitri.. buat sesuatu" keluh Fareq. Fitri mengeluh kecil. Ni masalah kau. Aku juga kena setel. Lalu Fitri berdehem kecil. Mode mesra pelanggan aktif!

"Assalamualaikum para hadirin sekalian, minta bertenang dan jangan tolak-menolak... untuk sesiapa yang sudahpun membeli Glass Vase Cylinder kami, kami mintak tolong beratur untuk bergambar dengan Tuan Fareq" laung Fitri. Seperti Polis diraja Malaysia, semua para gadis beratur dihadapan mereka bertiga, sambil memegang pasu tersebut.

Pisanglah gini.

>>>

Setelah hampir 3 jam 30 minit bergambar, lenguh pipi Fareq untuk senyum, bayangkanlah lebih 500 orang yang bergambar dengannya dan sudah pelbagai gaya sudah dia buat. Sekejap begitu, sekejap begini? 

"Qas, tolong delete poster tu. Sekarang!" Arah Fitri. Kesian dia melihat wajah kacak abangnya yang sudah letih melayan peminat. Sudah macam artis kpop. Kalau buat konsert tak tahulah macam mana situasi dia sekarang.

"dah Tuan Fitri. Tapi masih ramai lagi yang beratur ni Tuan" keluh Qas. Dia melihat barisan yang panjang hingga ke luar gedung. Hampir 90 orang lagi yang masih beratur.

"lepas orang terakhir tu awak terus tutup pagar. Tulis Vase habis dijual" Arah Fitri. Dia melihat dari kaunter pertanyaan yang berada di lobi dan melihat sekilas di kaunter jualan vase. Banyak lagi stok, cuma dia hanya kasihankan abangnya. Esok adalah majlis nikah. 

"baik Tuan" Qas segera keluar dan menutup pintu pagar gedung itu. Dia pelik dengan ramai-ramai orang yang datang menbeli vase dan ingin bergambar dengan Tuan Fareq. Walaupun hari ini  cuaca panas gila.

>>>

Tepat pukul 2 tengah hari akhirnya pelanggan terakhir yang bergambar dengan Fareq sudah pun pulang. Dia melangkah ke arah Fitri dan Qas yang sedang seronok menikmati kopi.

"hah! Nak mati aku rasa" keluhan kasar dilepaskan, dia melabuhkan punggung disebelah Fitri. Cuba mencari nafas. Sudah macam mayat hidup saja gayanya.

"jangan mati lagi. Esok kau nikah. Jangan lupa" ujar Fitri setelah menghirup kopi ditangannya, dia jeling Fareq sekilas.

"hah! Aku lupa" Fareq kembali menegakkan badannya. Satu lagi benda yang dia patut fikir.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now