episod 18

155 4 0
                                    

Melangkah masuk ke dalam Villa milik Keluarga. Fareq dan Fitri tergamam melihat kesemua ahli keluarganya berdiri dihadapan sofa sambil memeluk tubuh. Dari Encik Adrian, kemudian Puan Tania, seterusnya Farah, disamping Farhan, selain itu Ayra malahan si kembar dua ketul itu.

Kedua beradik itu menelan air liur. "explain this, Fareq. Fitri" Encik Adrian duduk di sofa single. Maka kesemuanya duduk di sofa dihadapan Televisyen. Farhan dan si kembar bermain di laman belakang rumah.

"hmm.. sebenarnya" Fareq bercerita mengenai isu yang terjadi pagi tadi. Jelas di wajah mereka adalah riak wajah terkejut.

"ridiculous! But nice" Encik Adrian. Kesemua mata tertumpu ke arah Encik Adrian.

"maksud Papa?" pelik Fareq di buatnya. Berkerut seribu dahinya.

"kalau Qas dah salah type. Mesti jualan Vase kamu tu tak Viral macam hari ni. Lagi pun papa dah tengok dah pun berita hari ni. Fitri dah terangkan dah segalanya" ujar Encik Adrian. Telefon pintarnya diserahkan kepada kedua anak lelakinya. Berita hari ini.

"Tuan Fitri. Boleh ke tuan cerita apa yang sudah berlaku sehingga menggegarkan satu Malaysia tentang vase viral ini?" tanya wartawan cantik itu. Juru kamera di belakang sedia merakam wawancara khas daripada COO syarikat.

"hmm. Sebenarnya hal ni pun saya tak sangka akan viral sampai macam ni. Tentang iklan yang telah dilancarkan itu pula hanyalah satu uji cuba dan tak sangka pula kami akan dapat sambutan sehingga begini" tenang Fitri menjawab soalan wartawan tersebut.

"kalau macam tu, boleh kami tahu.. Glass Vase Cylinder ini akan kembali lagi selepas ini?" wartawan itu teruja

"insyaallah dalam masa terdekat. Sebabnya selepas jualan hari ni, kami sudah kehabisan stok.. dan kilang pula hanya boleh keluarkan 200 vase sehari. Dan insyaallah kami akan keluarkan model terbaru untuk Glass Vase" Fitri menerangkan kenyataan bahawa stok baru akan diperkenalkan tidak lama lagi.

"boleh kami tahu. Adakah ini idea Tuan untuk jadi kan Tuan Dani sebagai model untuk Vase itu?" wartawan itu menghulurkan mikrofon kepada Fitri.

"pada asalnya. Mereka mahukan saya yang jadi model untuk iklan pemasaran itu. Tetapi saya menolak atas sebab-sebab tertentu. Jadi setelah dirunding oleh beberapa ahli staf yang lain. Maka mereka bersetuju untuk jadi kan Tuan Dani sebagai model Glass Vase Cylinder itu" tenang Fitri menjawab.

"wah. Ok baiklah. Itu sahaja persoalan kami pada hari ini. Terima kasih Tuan Daiyan kerana berkongsi cerita ini bersama kami. Ok baiklah kembali ke studio"

Telefon pintar itu dimatikan dan diserahkan kembali kepada Encik Adrian.

"terima kasih sebab dah maju kan bisnis papa" ujar Encik Adrian.

"sama-sama papa" Fareq dan Fitri serentak.

"kamu cuti berapa hari ni?" tanya Puan Tania pula. Dia melihat kemesraan Farhan dan kedua cucu kembarnya itu sebelum memandang wajah anak teruna yang akan berkahwin esok.

"3 hari je my" Fareq senyum melihat wajah cantik berseri mummynya.

"oklah tu. Dah pergi naik. Rehat. Esok nak nikah kan? Nanti bangun lewat pula" Puan Tania berkata seraya melangkah ke arah dapur diikuti Encik Adrian.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now