Dalam tak sedar sudah hampir seminggu mereka tinggal disitu. Konflik bersama si Leha tu? Belum lagi setel awaknya. Tidak semudah itu ye. Ini baru hari kedua Haura merajuk dengan suaminya.
Malang pula nasib si Fareq. Apabila keluarga Encik Adrian dan sedara-mara yang lain akan pulang ke kampung hari ini. Macam mana dia nak setel dengan Haura ni. Habislah kalau kantoi dengan Mummynya. Mahu jalan itik pusing kampung ye kawan-kawan.
Malam tadi punya kes pun, Fareq tidur dibawah. Tak ada maknanya nak duduk atas katil dengan Haura. Pagi-pagi lagi Haura dah hilang dah dengan tok ma. Cari barang untuk esok malam katanya. Itu pun satu surat tergantung di peti ais. Kalau tak, dah meroyan si Fareq ni cari bini tak jumpa.
Esok malam dah kenduri doa selamat untuk pak long dan mak long nak pergi menunaikan umrah. Nasib baik keluar dengan tok ma. Kalau keluar dengan Epul memang mintak kaki.
Fareq duduk diberanda rumah. Menunggu kepulangan Tok ma dan isterinya. Apa pasal lama sangat ni? Pasar dengan rumah bukan jauh pun. Dahlah hilang kereta Mercedesnya. Tak lain tak bukan Hauralah ni rembat.
Pip pip! Kereta Audi dan Myvi milik adiknya masuk ke perkarangan rumah kayu itu.
Hah! Dah sampai dah keluarganya ni. Fareq menyambut ketibaan itu. Disalam kedua tangan mummy dan Papanya.
"mana tok ma, Fareq?" tanya Puan Tania.
"pergi pasar cari barang nak masak esok. Esok malamkan nak buat doa selamat?" kata Fareq.
"lah? Kenapa kamu ada kat sini? Tak ikut?" tanya Encik Adrian pula.
"hehe. Pagi-pagi lagi diaorang dah hilang. Epul pun entah kemana" kata Fareq. Dia turut membantu keluarganya mengeluarkan barang dari bonet dan membawanya naik ke rumah kayu itu.
>>>
Kedengaran bunyi kereta masuk ke dalam perkarangan rumah. Laju kaki melangkah ke turun dari tangga. Kereta Mercedes itu selamat diparkir. Epul keluar dari perut kereta, diikuti Puan Zaiton dan Haura.
Lah Epul pun ikut juga? Nasib baiklah. Kalau tak mesti Haura yang drive? Aku maafkan kau kali ni Epul.
Dia berjalan menghampiri ketiga orang itu. Bonet kereta dibuka, mengangkat barang-barang asas masuk ke rumah kayu itu.
>>>
Sedang orang lain sibuk di dapur, Fareq pula sibuk memujuk isterinya. Nasib baiklah Haura ni pandai berlakon. Tidaklah dia tunjuk sangat yang dia merajuk dengan suaminya.
Mummynya itu pandai menganalisis perempuan. Lagi-lagi perempuan merajuk. Hebat.
Haura duduk di pangkin bersama Ayra, mereka sedang mengupas bawang sambil bersembang. Bukan membawang ye.
"Sweetheart?" panggil Fareq. Terus kedua kepala itu menoleh ke arahnya.
"apa?" balas Haura. Fareq terus memanggilnya. Haura terus menyarungkan selipar dan berjalan ke arah suaminya.
Fareq terus menarik Haura ke depan halaman rumah, seang cerita dekat jalan. Kawasannya agak tersorok dekat dengan semak yang berada di jalan itu.
"eeee! Kenapa?" marah Haura. Dia turut menarik semula lengannya dari pegangan Fareq.
"sayang merajuk lagi ke?" tanya Fareq. Dia memandang wajah cantik isterinya. Haura tidak memandangnya. Dia malah tidak membalas pertanyaan itu.
Laju ditarik kedua pipi Haura. Cup! Bibir mereka bersatu. Membulat mata Haura. Ditolak tubuh itu menjauhinya.
"eee! Apa abang ni?" marah Haura. Dipukul dada Fareq. Fareq tersenyum manis.
"I just miss you sweetheart?" dipukul lagi dada Fareq.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...