Beg bagasi itu dimasukkan ke dalam bonet kereta Mercedes benznya, diikuti dengan barang-barang lain. Haura diiringi Puan Tania masuk ke dalam kereta Mercedes benz milik anaknya.
Dia sempat bersalam dan berlaga pipi dengan Puan Tania dan Encik Adrian sebelum masuk ke dalam perut kereta.
"dah? Semua barang dah bawak dah?" tanya Puan Tania. Kut kut yang yang tertinggal?
"dah mummy semua dah ada" balas Fareq. Dia turut berjalan mendekati mummynya, mereka bersalaman dan berlaga pipi.
"baguslah kalau macam tu. Nanti kirimkan salam ye pada tok ma?" pesan Puan Tania. Fareq tersenyum nipis.
"baik mummy. Mummy? Papa? Fareq gerak dulu" sempat dia menyalam tangan papanya sebelum masuk ke dalam keretanya.
"elok-elok bawak kereta Fareq" pesan Encik Adrian. Kereta itu keluar dari perkarangan Villanya. Sempat mereka lambaikan tangan sebelum kereta itu hilang dari pandangan mereka.
"kenapa Fitri dengan Ayra tak jadi ikut, abang?" pecah soalan yang ingin dia tanyanya sedari tadi. Kedengaran bunyi radio sahaja.
"sebab Fitri ada hal. Katanya minggu depan mereka semua balik. Tak tahulah jadi ke tidak" Fareq hanya fokus pada pemanduannya.
"oh" sempat dijeling Haura sekilas. Mukanya agak pucat. Mungkin keletihan kerana mengemas semalam?
"sayang rehatlah dulu. Tidur ye? Nanti dah sampai abang kejut. Kalau nak berhenti nak syeh syeh cakap tau" pesan Fareq. Biasala ibu mengandung ni pasti akan ulang alik ke tandas.
"baik" Haura pun menurunkan seat kereta itu. Kedudukannya dibetulkan agar lebih selesa. Bantal berbentuk petak itu diletakkan disisi perutnya. Takut berlaga dengan pintu.
Terasa mata semakin memberat. Tidak sampai beberapa minit akhirnya Haura terlena jua. Tangan Fareq naik mengusap perut boyot isterinya.
>>>
Akhirnya mereka tiba juga di rumah Puan Zaiton. Banyak kali juga mereka berhenti di rnr gara gara perut Haura yang mogok nak ke tandas. Sempat juga mereka singgah membeli keropok lekor, buat kudap kudapan dalam perjalanan ke rumah Puan Zaiton.
Kereta mewah itu selamat diparkir di hadapan rumah kayu itu. Apabila kelibat kereta itu tiba. Laju puan Zaiton keluar dari rumahnya. Menyapa cucu sulungnya.
"Fareq!" jerit Puan Zaiton. Rindu dengan cucunya. Cucu kesayanganlah katakan.
Haura diiringi Fareq keluar dari perut kereta sebelum menyapa Puan Zaiton. Disalamnya lama. Mereka turut berlaga pipi.
"rindunya tok ma. Dengan Haura. Baru jumpa sekali masa sanding kamu tu. Dah besar dah perutnya?" puan Zaiton mengusap perut boyot Haura.
"eh marilah masuk?" jemput Puan Zaiton.
>>>
"mana Epul, tok ma?" tanya Fareq setelah kelibat sepupunya tidak kelihatan. Epul adalah salah seorang cucu kepada Puan Zaiton yang bekerja di kampung. Dia ialah pengurus kilang disitu.
"Epul kerjalah. Macam biasa. Kejap lagi baliklah tu" kata Puan Zaiton. Kini mereka berada di dapur. Haura melabuhkan punggung di kerusi meja makan.
"Haura ok ke duduk rumah kampung ni? Takut Haura tak selesa pula" kata Puan Zaiton. Haura mengeleng laju.
"Haura ok je tok ma. Best juga suasana kampung ni. Nyaman je. Tok ma? Petang ni kita pergi pantai nak? Haura tak pernah sampai sini lagi" ajak Haura. Puan Zaiton sempat mengerling Fareq sekilas.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...