Bunyi kasut tumit tinggi satu inci yang dipakai oleh seorang guru wanita melangkah memasuki kelas 2 Aktif diikuti seorang gadis dibelakangnya.
"Assalamualaikum kelas.." kata Cikgu Jasmin. Semua murid berdiri dan menjawab salam tersebut.
"baik la duduk. Hari ni kita ada kawan baru... Haura? Awak boleh masuk" pinta Cikgu Jasmin. Semua mata tertumpu pada pintu. Seorang gadis berikat bertocang, rambutnya ikal maya, wajahnya cantik jelita, memakai beg berwarna khaki memasuki kelas 2 Aktif. Senyuman manis turut menghiasi bibir mungkilnya.
Fareq melihat gerangan yang masuk ke dalam kelasnya terus terpukau dengan kejelitaan Haura. Bulu matanya lentik, bibirnya merah jambu dan nipis, matanya? Tak payah cakap, cantik bersinar seperti ada permata di dalamnya.
"baik la. Haura, sila memperkenalkan diri kamu" Cikgu Jasmin.
"Hi? Nama saya Haura. Inayah Haura.. selamat berkenalan" kata Haura. Gadis itu tersenyum nipis dihadapan kelas. Malahan satu kelas turut cair akan senyum cantik dari sang Haura.
"ok Haura. Awak boleh duduk sebelah Fareq" kata Cikgu Jasmin. Haura melihat meja yang kosong di sebelah seorang lelaki. Haura melangkah mendekati meja yang telah disambungkan menjadi dua. Dia menegur Fareq.
"hi? Boleh aku duduk sini?" minta Haura. Fareq yang masih melihat wajah cantik itu terus menampar muka kacaknya. Terkejut Haura melihat telatah Fareq. Dia tersenyum nipis. Shit Fareq! Kau ter fallen in love ke? Laju dia mengalihkan pandangan. Dia menjatuhkan kepala beberapa kali. Haura terus duduk disebelahnya.
"nama aku Haura" Haura menghulurkan tangannya. Ingin bersalaman. Berkerut kening Fareq. Salam? Really? Namun Fareq hanya mengabaikan tangan itu.
"Fareq. Dani Fareq" kata Fareq. Dia menongkat dagunya. Matanya tertumpu pada papan hitam yang masih kosong.
Haura menarik kembali tangannya. "aku harap kita jadi kawan baik" katanya lagi. Malu dia apabila tanganya tidak disambut. Dia terus menumpukan segala tumpuannya ke arah Cikgu Jasmin.
6 bulan kemudian...
"woi Fareq! Bagi la balik pen kesayangan aku! Mana kau sorok hah?!" marah Haura. Begang dia dengan sikap Fareq ni. Walaupun sudah 6 bulan mereka berkawan, adakalanya mereka macam kawan baik, adakalanya mereka macam musuh abadi.
Si Fareq pula kuat menyakat. Si Haura pula pantang di sakat. Dua dua tak nak mengalah, malah asyik nak menang sahaja. Pening satu kelas dibuatnya.
Hari hari mesti bergaduh. Tak kira la siapa yang mula dulu. Pasti Cikgu Jasmin yang akan selesaikan. Ketua serta penolong kelas sudah tidak tahu mahu buat apa kalau mereka berdua bergaduh. Dah macam perang antara Rusia dan Ukraine.
Tapi kalau mereka mula menyakat rakan kelas yang lain. Bukan main lagi bergabung. Sampai digelar Couple of the bahan orang. Si Haura di gelar Queen of gelak, si Fareq di gelar King of bahan. Kalau dah mula sesi membahan mereka, sampai seminggu diaorang akan ungkit. Kadang kadang sakit juga hati rakan kelasnya. Tapi tak mengapalah kerana mereka juga kelakar. Tetapi Fareq dan Haura tidak pernah mengusik sehingga mereka gaduh satu kelas. Tidak. Mereka tahu limit mengusik. Orang tua tua cakap, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
"tadi aku pinjam. Ada kat dalam pensel box aku" katanya. Dia menyelak halaman 12 di buku teks sejarah. Subjek yang paling dibenci ramai pelajar. Termasuk Fareq. Malahan berbeza dengan Haura, kerana itulah subjek kegemarannya. Dia selalu mendapat markah yang lebih tinggi berbanding rakan kelas yang lain.
"suka suka je pinjam tak bagi tahu" bebel Haura. Dia mengambil bekas pensel milik Fareq dan menyelongkarnya, mencari pen kesayangan.
"ada pun" barang barang yang diselongkar tadi. Di masukkan semula ke dalam bekas pensel dan di zip kemas. Dia menyerahkan kembali kepada Fareq.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romantizmsecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...