Majlis perkahwinan antara Hayyan Mukhriz dan Farah Dina Farhana berlangsung dengan gahnya. Majlis itu diadakan di dewan berdekatan Villa keluarganya.
Haura duduk di atas kerusi roda sambil bermain dengan anaknya. Usia anaknya baru masuk 2 bulan. Masih kecil dan sangat comel.
"iya anak mummy? Nayra sayang?" Haura sibuk bermain dengan anaknya. Dari kejauhan Fareq datang bersama Ayran. Tidak lupa juga ditangannya ada sepotong kek.
"aunty Haura?" sapa Ayran. Ayran tersenyum manis.
"hi sayang?" sapa Haura pula. Kek itu diletakkan diatas meja. Setelah itu Fareq hilang entah ke mana
"Ayran nak aunty suap boleh?" tanyanya takut-takut.
"boleh sayang" Haura meletakkan Nayra ke dalam baby stuler.
Kek itu dipotong kecil menggunakan sudu tadi. Dia menguap Ayran.
"sedap?" Ayran mengangguk laju. Athar datang menghampiri abangnya. Abangnya disapa.
"Ayran. Jom main dekat sana?" ajak Athar. Dia sudah menarik abangnya. Itu pun entah hilang kemana.
Tiba-tiba Haura disapa oleh Farhan. "akak?" panggil Farhan
Haura mengangkat kepala melihat ke arah Farhan. Ada seorang perempuan bersamanya. Haura tersenyum misteri.
"ye?" jawab Haura.
Lalu Farhan memperkenalkan Haura dengan kekasih barunya Khaira Marwa.
"hah Khai? Ini akak ipar saya. Kak Haura" Khaira terus bersalam dengan Haura.
"oh ye khai. Awak duduklah dulu borak-borak dengan akak. Kawan saya panggil. Sekejap ye?" ujar Farhan. Push hilang jugak.
"nama apa tadi?" tanya Haura. Menilik wajah cantik bertudung gadis disebelahnya.
"nama saya Khaira Marwa. Panggil Khai je" jawap Khaira. Dia tersenyum malu.
Melihat ada bayi comel yang terlena dalam baby stuler itu dia datang mendekat.
"aww comelnya. Baby tidur" ujar Khai. Haura tersenyum manis.
"Khai ni kekasih baru Farhan ke?" tanya Haura. Cuba meneka. Khaira tersenyum malu.
"mana ada la kak. Khai kawan je dengan Farhan" nafinya.
"oh baguslah kalau macam tu." Haura menguap kek tadi masuk ke dalam mulutnya.
"akak? Boleh tak Khai nak tanya? Tapi takut akak marahlah" ujar Khaira. Mukanya nampak sedikit risau. takut pula kalau-kalau soalannya sensetif.
"nak tanya apa?" tanya masih tersenyum manis. Lama Khaira menatap mata kuyu Haura sebelum dia membuka bicaranya.
"muka akak nampak cengkung. Akak sakit apa?" tanyanya. Haura tersenyum manis sekali lagi.
>>>
Pulang dari majlis itu. Haura dan Nayra terus naik masuk ke dalam bilik diiringi Fareq.
"Sweetheart duduk dulu. Kejap ye abang ambik ubat" ujarnya. Nayra diletakkan diatas katil bersebelahan dengannya.
Haura turut mengusap pipi gebu anaknya. Sesekali dia mengcium pipi gebu itu. Comel dan putih sepertinya.
"Nayra sayang? Jaga daddy okay? Nanti kalau mummy dah tak ada jaga daddy okay? Nyanyi lagu mummy hari-hari dengan daddy okay? Aww sayang mummy ni" terus dia memeluk anaknya erat.
"sweetheart?" panggil Fareq. Dulang yang bawa berisi air mineral dan ubat itu diletakkan diatas nightstand.
"ye abang?" jawab Haura. Dia duduk disebalah Haura.
"nah makan ubat" katanya. Ubat diberikan kepada Haura. Haura mengambil ubat itu terus dimasukkan ke dalam mulut. Gelas berisi air kosong diteguk rakus. Lega sikit.
"Ayra macam mana abang?" tanya Haura. Memandang adik iparnya sudah tiba masa nak beranak. Laju si Fitri membawa Ayra ke hospital. Nasib baiklah majlis bersanding Farah telah pun tamat. Mahu hura-hara dibuatnya.
Semua di hospital memandang Haura tidak berapa sihat jadi mereka hanya tunggu dirumah sahaja. Nayra pun masih kecil. Kesian dia, asyik berjalan saja.
"dekat dalam bilik bersalin lagi" kata Fareq. Dia mengosok belakang badan Haura.
"abang? Haura dah semakin kuruslah" katanya melihat wajahnya yang mula cengkung. Cincin perkahwinannya juga sudah semakin longgar.
"sikit. Tapi Haura tetap cantik di mata abang" kata Fareq. Mereka tergelak kecil.
"tadi ada jumpa dengan Tariq dan Jay?" tanya Fareq.
"ada. Dorang bawak girlfriend. Cantik girlfriend diorang" puji Haura. Fareq sudah membuka telinga mendengar cerita Haura.
Bukan dia mendengar cerita Haura. Tetapi permikiran melayan entah ke mana. Mungkin teringat kata-kata dari Harith tadi.
"dia sekarang perlukan semangat dorongan je sekarang Fareq. Semua ubat yang dia makan semua tak berkesan. Dia dah semakin teruk. Aku tak sure berapa lama lagi dia akan hidup. Insyaallah kalau kau terus berdoa. Minta petunjuk daripada yang maha esa. Insyaallah Fareq. Aku harap kau dapat terima dengan hati terbuka. Aku tahu susah" pehanya digoncang perlahan.
"abang?" panggil Haura.
"abang?" panggil Haura lagi.
"ye sayang?" balas Fareq. Dia memandang mata hitam Haura.
"abang ok tak?" tanya Haura lagi.
"ok.. okay je" sambil tersenyum nipis. Menghilangkan kekok.
Bunyi deringan telefon pintar memotong bicara mereka. Fareq mengangkat telefon pintarnya. Tertera nama mummy. Icon hijau ditekan.
'hello?'
'hello Fareq?'
'ye mummy kenapa?'
'Ayra dah selamat bersalin. Anak perempuan '
'yeke? Alhamdulillah '
' oklah. Mummy nak jumpa cucu kejap. Bye'
'bye'
Fareq meletakkan telefon itu semula di atas nightstand.
"siapa abang?" tanya Haura.
"mummy telefon. Mummy cakap, Ayra dah selamat bersalin. Anak perempuan" kata Fareq. Dia melihat anaknya diatas katil yang sudah terbuai mimpi.
"Alhamdulillah" syukur Ayra sudah selamat bersalin.
TBC
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...