episod 32

122 4 0
                                    

Sejak kejadian beberapa minggu lalu Haura di larang keluar dari Villa tanpa ditemani oleh Fareq, Tariq atau Jay atau sesiapa saja di villa itu. Dilarang keras oleh Puan Tania dan Encik Adrian. Malahan mereka juga tidak dibenarkan pulang ke rumah kediaman mereka. Hanya tinggal di Villa itu bersama yang lain.

Memandangkan Ayra pun turut sama sedang mengandung seperti Haura. Mereka juga tidak dibenarkan pulang ke rumah mereka. Alasan utamanya adalah bahaya! Kalau kejadian seperti itu berlaku lagi macam mana? Oh ye lupa pula pasal Ayra. Ayra di sahkan mengandung tiga bulan setelah dua hari ibu bapa Haura meninggal dunia.

Haura dan Ayra duduk melunjur kaki menghadap kolam renang sambil memerhatikan gelagat dua kembar yang sedang bermain di taman mini dalam halaman yang luas itu.

"oi mak buyung oi! Tunggu laki balik ke tu?"  sapa Farhan. Empat pasang mata melihat ke arah Farhan. Farhan berjalan mendekati dua ketul mak buyung itu. Kini kandungan mereka sudah berusia 5 bulan.  

"awal balik Farhan?" tanya Haura. Haa Farhan sudah bekerja di syarikat Adri'nia dan mengambil jawatan sebagai Ketua pegawai teknologi (CTO) di syarikat itu oleh kerana Farhan lebih pandai dalam bab (IT).

"haah dah habis kerja. Mestilah balik awal. Abang ada client tadi. Lawa tau! Senyum-senyum abang Fareq dengan Fitri tengok dia. Badan dia uuuu. Mantap!" Farhan sedikit memuji orang yang hadir ke syarikatnya tadi.

"oh yeke? Abang Fitri senyum je? Dia tak mintak nombor kan?" tanya Ayra pula. Hah! Sudah bibit-bibit cemburu sudah timbul. Farhan mengapi apikan lagi keadaan yang sedia kala rentung itu.

"bukan setakat bagi nombor je kak. Siap bersalam hah! Gini ni salamnya. Punyalah lama dia salam awek tu" tambah Farhan lagi. Tangannya siap dibuat-buat seolah olah bersalaman. Haura dan Ayra telah menetap gigi nya berang dengan apa yang di perkata Farhan tadi.

" assalamualaikum! Flower?"

" assalamualaikum! Sweetheart?" serentak Fareq dan Fitri muncul, dipanggil isterinya.

"hah tu your prince charming dah balik dah tu" bisik Farhan. Dia pun berjalan meninggalkan mereka berempat di hadapan kolam renang.

"sweetheart! Abang dah balik?" Fareq mendekati isterinya sambil mendepakan tangannya minta untuk Haura memeluknya.

Haura berjalan terus naik ke tingkat atas tanpa mempedulikan Fareq.

"Flower? Abang dah balik?" Fitri mendekati isterinya juga. Tetapi hairan Ayra pun tidak mengendahkan dan hanya memanggil dua ketul kembar itu untuk naik ke bilik mereka.

"apa hal dengan bini kita? Soal Fareq. Pelik dengan perangai isterinya. Dia turut memandang wajah kacak adiknya. Fitri hanya mengangkat sebelah bahu. Tanda tidak tahu.

>>>

"Hey Sweetheart kenapa ni abang tak fahamlah? Let's talk?" ajak Fareq. Lalu tubuh Fareq terus di tolak Haura keluar dari bilik!

"no! pergi tidur luar!" marah Haura dan Ayra serentak!

Serentak dengan kejadian itu, Fitri pun turut menjadi mangsa yang sama oleh Ayra. Dia pun turut di halau untuk tidur di luar bilik.

Mereka berpandangan sesama sendiri. Lalu terus mengutip bantal dan selimut yang bertaburan akibat di baling oleh Haura dan Ayra.

"HAHAHAHAHA kena halau tidur luar ke tu???" Farhan berdiri dekat dengan kaki lima biliknya sambil menghirup kopi panas. Fareq dan Fitri memandang wajah Farhan bengang.

Ini mesti ulah si Farhan ni. Dia mesti tabur fitnah pada isteri mereka! Kalau tidak tak kan mereka nak merajuk sampai halau tidur di luar?

Laju Fareq dan Fitri mengejar Farhan. Apabila tubuh Farhan di tangkapnya terus mereka mengangkat tubuh itu keluar dari Villa keluarganya. Bukan luar pintu rumah sahaja ye! Luar pagar. Ini baru betul kena halau tidur luar! Luar rumah.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now