episod 29

117 3 0
                                    

Sudah hampir 3 bulan usia perkahwinan mereka. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Biasalah kalau ada salah faham antara satu sama lain pasti diselesaikan dengan cara yang baik. 

" kau tengok tutorial kat YouTube ke?" tanya Tariq. Sekarang ni Haura bersama Tariq sedang menuju ke Adri'nia untuk memberi bekal tengahari Fareq. Haura masak tau.

"eh kauu! Aku belajar dari Ayra lah. Adik ipar aku. Aku harap sangat Fareq suka mi sup ni" ujar Haura teruja. Pertama kalinya dia memasak. Teruja? Gemuruh? Semestinya. Apa riaksi Fareq nanti? Terkejut? Tak sabar nak tengok muka tu nanti.

"oh. Mestilah Tuan suka punya. Isteri kesayangan yang masak kan?" sempat menyindir Tariq. Tiba-tiba tekak berasa loya. Rasa nak muntah.

Huwekk.

Kereta Vios itu berhenti dibahu jalan.

"eh Haura kenapa ni?" Tariq cemas. Ha kenapa pulak ni. Haura terus keluar dari perut kereta dan muntah di dalam longkang di bahu jalan itu.

Tariq terus mendapatkannya dan menepuk-nepuk belakang badan Haura.

"Haura.. Kau ok tak? Kita pergi klinik jom?" ajak Tariq prihatin.

"aku ok" Haura cuba menolak pelawaan itu.

"no kita pergi klinik juga" Tariq tetap berkeras. Mati dia nak jawab dengan Fareq kalau si Haura ni tiba-tiba sakit.

>>>

"Taniah Haura. Awak mengandung hampir 11 minggu" kata Doktor Harith. Jelas di wajah Haura terkejut. Apa? Dia mengandung?

"Doktor? Betul ke?" Haura ingin kepastian. Doktor Harith tersenyum manis. Dia mengangguk beberapa kali.

"ye. Tahniah Haura" ujar Doktor Harith sekali lagi. Tariq disebelah Haura terus bersorak riang.

"yeahhh aku dah jadi uncle! Kena bagitahu Tuan ni" Tariq teruja. Lalu telefon pintarnya dibuka. Sempat dihalang Haura.

"nanti! Biar aku yang surprise kan dia" Haura tersenyum nipis. Tariq kembali menyimpan telefon ke dalam kocek seluarnya.

"oh ye Haura. Kalau boleh elakkan buat kerja berat ye. Kandungan masih lemah. Angkat angkat barang tak boleh" pesan Doktor Harith. Tariq terus menyampuk.

"baik Doktor. Nanti saya bagi tahu Tuan" ujar Tariq. Gayanya seperti seorang askar yang sedang berkawad. Tercetus ketawa mereka.

"by the way Haura. Siapa ni?" tanya Doktor Harith.

"ni kawan Saya. A.k.a bodyguard. Fareq yang suruh jaga saya" Haura menerangkan secara ringkas.

"betul tu. Kami kawan dari kecik. Saya pun sayang Haura macam adik saya" ujar Tariq. Doktor Harith hanya senyum seraya melihat keakraban mereka berdua.

"eh jomlah. Nak hantar makanan ni" ajak Haura.

"terima kasih Doktor" ujar Haura lagi.

"sama-sama. Eh nanti jangan lupa datang balik. Check up" pesan Doktor Harith.

"baik Doktor" balas Tariq pula.

Setibanya di Adri'nia Haura dan Tariq jalan beriringan masuk ke dalam syarikat megah itu. Mereka disapa oleh beberapa pekerja disitu.

Lift mula mendarat di tingkat pejabat Fareq. Dia melangkah ke arah bilik kerja suaminya.

Apabila dia mengetuk pintu itu kedengaran suara garau itu membenarkannya masuk. Pintu dikuak besar.

Terlihat Fareq yang duduk dimeja kerja itu mengangkat wajahnya memandang gerangan yang datang.

Tiba-tiba satu panggilan masuk dari telefon Haura. Haura melihat nama pemanggil.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now