episod 31

128 4 0
                                    

"apa lembap sangat otak kau ni?" wakie tokie yang terselit di pinggang Jay ditarik. Lalu Jay menghantar signal kepada pihak atasan.

" Kod red 2076! Ini kod red dari 2076! Kami sedang dikejar oleh tiga biji Ford ranger berwarna hitam. Dan kami sedang menuju di Dataran Kl! Tolong hantar bantuan dengan segera!" panggil Jay melalui wakie tokie itu.

"tak guna. Kau bawak rupanya natang tu!" kata Tariq. Lalu Jay mengeluarkan sebiji pistol dan di halakan kepada tiga biji Ford ranger tersebut.

"woii!! Jangan buat kerja gilalah!" Tariq cemas. Beberapa das tembakan keluar dari sepucuk pistol milik Jay.

"kau tolonglah cari bantuan! Goblok!" marah Jay. Banyak borak pulak! Tariq terus merampas wakie tokie tadi.

"ini kod red daripada 2078! Kami dalam bahaya!! Cepatlah hantar bantuan woi!" jerit Tariq. Buzzz bunyi wakie tokie itu.

"910! Kami segera ke sana sekarang Tuan!" kata salah seorang anggota polis yang memegang nombor 910.

"mantap!" kata Tariq.

Haura yang sedang memandu itu terus terkejut apabila mendengar kod red tersebut. Apa ni. Ni bukan cerita polis evo. Kejap Jay dan Tariq anggota polis?! Lalu dia terus fokus kepada pemanduannya. Dia tidak boleh gagal. Dia profesional dalam membawa supra dahulu. Setakat myvi king ni? No hal la.

"woi tunduk!" sempat Jay mengelak peluru yang hampir hinggap di kepalanya. Berdas-das tembakan dilepaskan.

"kau bawak satu je ke tadi?" tanya Tariq.

"belakang aku!" lalu Tariq menyelak kot yang dipakai Jay. Ada lagi sebiji pistol. Dia menjengahkan kepalanya diluar tingkap. Lalu dia pun membantu Jay melepaskan beberapa das tembakan.

Dua biji Ford ranger itu akhirnya berlanggar sesama sendiri. Akhirnya tinggal sebuah Ford ranger yang masih mengejar mereka.

Mereka lalu melintasi gedung itu dan tiba-tiba tepat kepala lelaki yang membawa Ford ranger itu ditembusi peluru. Akhirnya kereta itu kemalangan dan terbalik.

"ok suspek died! Good job sniper!" puji salah satu anggota polis itu.

Akhirnya kereta myvi itu berhenti tepat di hadapan dataran Kuala Lumpur. Memperlihatkan anggota polis bersedia dengan senjata mereka.
Tali pinggang keledar dilepaskan oleh Haura. Dia ingin melangkah keluar dari kereta itu apabila dia terlihat bayang Fareq bersama anggota polis yang lain.

"sabar haura. Bantu aku bawak Tariq keluar!" banyak pendarahan dikakinya. Setelah anggota polis itu memeriksa badan mereka bertiga lalu laju Tariq dan Jay dipimpin oleh anggota keselamatan yang berada di situ. Fareq berlari ke arah Haura.

"ya Allah sayang? Sayang ok kan?" dia memegang kedua sisi kepala Haura. Melihat mata mereka bertembung. Alhamdulillah Haura tiada sebarang kecederaan dimana-mana pun.

Haura terus memeluk erat tubuh Fareq. Nafasnya cuba diatur perlahan. Dan akhirnya Haura terlena dalam dakapan Fareq.

"sweetheart?" Fareq terus mencempung tubuh Haura. Tariq dan Jay sudah pun dibawa ke hospital berdekatan untuk rawatan kecederaan.

>>>

Jay masuk ke wad yang menempatkan Tariq. Dia duduk dibangku yang disediakan.

"teruk juga muka kau eh Jay?" terkejut Tariq melihat wajah Jay yang penuh dengan lebam. Terutama sekali dibahagian bibir sebelah kiri dan mata sebelah kanan. Tangan kiri Jay juga berbalut. Patah akibat hentakan kuat.

"sekurang-kurangnya kaki aku tak balut macam kau!" sindir Jay. Jay juga membuat gaya-gaya menyepak bola. Saja ingin menarik darah Tariq.

"eh. Aku boleh cebuk bontot aku pakai tangan. Kau? Balut!?" sindir Tariq pula. Hah kau.

Boom! Pintu wad itu diterjah dari luar.

Memperlihatkan Haura dan Fareq jalan memasuki wad tersebut.

"korang? Korang ok tak?" tanya Haura. Tariq dan Jay hanya menujukan ibu jari kepada Haura. Bermakna mereka baik-baik saja.

"haish! Sampai hati korang tipu aku kan? Sebenarnya korang ni polis?" sergah Haura. Berang dia dengan kedua rakannya itu.

"sabar Haura. Identiti kita orang mesti dirahsiakan. Bukan kitaorang tak nak bagi tahu" kata Tariq. Benar. Mana boleh bagitahu sesiapa pun.

"patutlah dulu aku ajak lepak asyik busy je. Ingat layan awek! Rupanya pergi bertugas! Ish!" Haura ketuk kaki Tariq yang tak berbalut itu.

"aduih! Woi! Karang tak pasal-pasal dua-dua belah pulak balut. Tuan pegang Haura!" Tariq mula cemas. Fareq terus memegang tangan kecil Haura daripada terus memukul kaki Tariq.

"I need explanation now!" sambil tangan disilangkan di dada. Rambut panjang yang terikat gaya pony tail itu dilemparkan ke belakang.

"Jay kau ceritalah" Tariq cuba menghubung kait kan Jay. Jay menarik nafas dalam-dalam dan menghenbusnya keluar.

"ok cerita dia macam ni. Waktu mula-mula kau angkut kami balik rumah papa. Papa rasa yang kami ni boleh lindungi kau atas alasan company dia dalam bahaya. Jadi lepas saja kita tamat ijazah dia hantar kami untuk menjalani latihan PuLaPol kat KL selama setahun. Sebab tu kami hilang setahun. Sebab masuk ni semualah? Lagi satu tugas inspektor ni besar. Mana boleh bagi tahu kat orang awam macam kau Haura" cerita Jay dalam nada rap. Punyalah laju dia cakap. PuLapol singkatan bagi Pusat Latihan Polis.

Tercengang muka Haura dan Fareq mendengar kenyataan itu. Lah member aku selama ni inspektor rupanya. Patutlah sonang jo dio cari maklumat pasal si Fareq dulu tu. Hok aloh!

"wow! Gempak!" puji Fareq.

"eh tak gempaklah! Habis semua anak buah papa terkorban dalam letupan tu tahu tak? Apa dah jadi sebenarnya?" soal Haura lagi. Tariq dan Jay pula yang tercengang.

Aset papa semua habis hancur terbakar. Malahan anak buah papa turut sama terkorban. Jadi mereka gagal melaksanakan misi mereka. Lebih 20 orang terkorban dan selebihnya hanya cedera ringan.

Telan air liur Tariq buat seketika. Ayat cuba dibina. Fikir Tariq Fikir! Apa aku nak goreng ni. Susah betul la soalan kali ni. Tak ada ke pilih jawapan? A ke B ke C? susah ni. Haih payah...

"Haura. Kami bukan tak nak bagitahu tapi kau kan tengah mengandung? Kalau anxiety kau keluar macam mana? Kesian kat baby? Nanti lepas beranak kami bagitahu ye?" pujuk Tariq. Haura turut memandang perutnya yang mula ke depan itu. Sudah terlihat sedikit membulat itu. Diusapnya perlahan. Benar kata Tariq, kalau anxiety keluar bagaimana dengan anaknya? Pasti terkesan.

Haura mengeluh kecil. "yelah!" Haura menarik muka. Merajuk!

"alololo siannya mak buyung ni. Muka dah merah-merah dah tu? Nak cendol? Suruh Tuan Dani belanja" Tariq tersenyum nipis seraya melihat Haura yang sudah memuncung mulutnya. Comel.

"dahlah. Tak nak kawan dengan Tariq dan Jay!" Haura terus menarik lengan Fareq keluar dari wad Tariq. Muka Jay sudah pasrah melihat Haura.

"jomlah Tariq kita pergi McDonald's belanja Haura Happy meal. Nanti happy balik?" kata Jay seraya memandang muka polos Tariq.

"nak kata bodoh kang marah. Tapi memang bodohlah!" Tariq pukul tangan Jay. Geram dia. Dah kalau kaki balut nak drive pakai apa? Kaki halimunan? Cuba bijak sikit?

"eh bolehlah. Kau drive sebab tangan aku patah. Lepas tu kau guna kaki aku tekan minyak? Setel?" Jay menayangkan wajah bangganya. Seperti ideanya begitu bernas.

"eh terbalik. Aku drive, sebab kaki aku elok. Tangan kau buat masuk gear. Shetel" ujarnya lagi.

"haah! Memang badan boleh dicabut-cabut! Kau ingat aku ni apa? Lego? Hah? Aku ingat aku ni apa? Lego Ninjago? Lego Friends hah?" bebel Tariq sendiri. Akhirnya Jay menyumbatkan telinganya dengan earphone dan berjalan semula ke wadnya.

"woi!" jerit Tariq dari katil di dalam wad persendirian itu. "nasib baik kaki aku ni tak baik lagi. Kalau tak! Memang aku dah patah-patah kan kaki panjang kau!" geram dia dengan sikap Jay yang agak beku dan polos gila babi lah dikatakan.

TBC  









Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now