Fareq berjalan memasuki gedung besar milik keluarganya. Wajah tampan itu disapa oleh beberapa orang pekerja. Lain macam je bos hari ni? Nak kahwin ke?
Fareq turut berlalu ke kaunter pertanyaan yang berada di lobi lalu dia menegur salah seorang pekerjanya, gadis cantik bertudung yang menjaga kaunter. Putri namanya. Fareq menegur mesra.
"Putri?" panggil Fareq. Wajahnya tampak ceria sekali.
"yes bos. Apa yang boleh saya bantu?" ujar Putri. Apa kena bos aku ni? Semalam balik punyalah bengis macam nak makan orang. Mak tolong Put mak. Bos nak maki Put makkk!
"kalau orang nak kahwin ni? Dia memang excited macam ni ke?" tanya Fareq polos. Pelik dengan pertanyaan itu. Berubah air muka Putri. Kembang kempis hidungnya. Dah kenapa bos aku ni? Orang tebiat ke apa ni?
"mungkin? Saya pun tak tahu. Saya belum kahwin lagi. Kenapa? Bos nak kahwin dah ke?" teka Putri. Wajahnya nampak bersinar. Malu-malu Fareq dibuatnya.
"mana adalah. Saya tanya ajee" melerik Fareq. Jari tunjuknya dimainkan di atas kaunter. Eh orang tua ni? Dah kenapa. Gediknya. Orang hensum macam ni tiba-tiba manja. Geli la eh.
"uuu bos nak kahwin ehhh!!" duga Putri. Dia tersengih sumbing. " bos, nanti jangan lupa jemput ehh?? Saya dah lama nak makan nasi minyak bos" ujar Putri. Jari runcing tersebut bermain di dagunya.
"jangan risaulah Put. Mestilah saya jemput. Oklah byee" ujar Fareq. Dia terus berjalan menuju ke arah Lift. Tergeleng kepala Putri melihat gelagat orang nak kahwin. Mesti angau teruk bosnya ni. Ehek. Eh dia yang nak kahwin aku yang geli-geli dah kenapa? Putri menampar perlahan pipinya. Dia menyambung semula kerja yang tertangguh.
>>>
Haura berjalan memasuki lobi Syarikat Adri'nia diiringi Tariq dan Jay. Mereka menuju ke arah Lift.
"pergh. Besar juga eh syarikat Tuan Dani tu?" puji Tariq. Dia berdiri disebelah Jay yang agak kagum melihat gedung yang besar. Dengar cerita Tuan Dani ni jual pasu. Pasu apa pun mereka tak tahu. Padanlah dengan syarikat itu. Dia memiliki pasu yang agak besar di ruang lobi. Pasu itu diletakkan di tengah-tengah lobi. Ha bayangkanlah korang.
"gila kaya punya Tuan Dani ni" ujar Jay kagum. Haura hanya berjalan ke arah lift tanpa membalas apa yang mereka sembangkan. Punat 6 ditekan. Lift bergerak menuju ke tingkat 6.
Setibanya di tingkat 6. Haura menyapa Qas. "Qas. Tuan Dani ada kat dalam?" soal Haura mesra. Pelik dengan pertanyaan itu. Qas hanya mengangguk.
"ta.. tapi" belum sempat Qas menghabiskan ayatnya. Haura sudah berlalu pergi.
"ok. Saya masuk dulu ye? Korang dua. Tunggu kat luar" dia turut mengarahkan Tariq dan Jay duduk bersama Qas.
"Fareq!!" sapa Haura mesra. Terkejut dengan sapaan itu. Tersentak client yang sedang duduk di kerusi berhadapan dengan meja Fareq.
"sorry. My fiance. Haura sekejap ye?" pinta Fareq. Fareq menyelesaikan segala urusannya bersama clientnya. Mr Sham dari Dubai yang dijemput Fitri kemarin. Haura menutup kembali pintu itu. Dia berjalan ke kaunter. Dia melihat Qas, Tariq dan Jay sedang bersembang mesra.
"Qas? Kenapa tak cakap yang Fareq ada client?" soal Haura perlahan. Malu dia dibuatnya.
"saya nak cakap tadi. Tapi cik Haura dah masuk pula" kata Qas. Segan dia dengan tindakan yang lalai tadi. Minta-mintalah bos tak marah dia kali ni.
"hm apa kata, Cik Haura dan Encik-encik ni duduk kat bangku tu dulu. Saya pergi buat air?" pelawa Qas. Senyuman manis terukir di bibirnya.
"boleh. Apa salahnya" Tariq. Jarang mamat ni nak tolak pemberian orang. Lebih-lebih lagi perempuan. Cantik pula tu. Manis bertudung.
"ok tunggu kejap ye?" Qas berjalan ke arah Office break room. Tiga cawan kopi dibancuh dan di letakkan di atas sebuah dulang.
Dia berjalan kembali ke arah Cik Haura dan dua orang lelaki. Haura melabuhkan punggungnya di sofa single yang berada di situ. Jay duduk di sofa bersebelahan Tariq. Manakala Qas duduk berhadapan dengan mereka bertiga.
" Haura. Cuba cerita sikit. Macam mana kau dengan Tuan Dani ni boleh kenal?" Tariq. Sekadar ingin tahu. Dia berkenalan dengan Haura sudah lama, tetapi langsung Haura tidak pernah bercerita tentang Fareq kepada mereka. Masa itu juga dia kenal dengan Jay. Mereka satu kumpulan yang paling wanted dalam sekolah kerana kenakalan mereka. Kos yang diambil pun sama. Kira satu kelaslah. Mereka turut digelar The Trio Troll. Paling bermasalahlah kiranya.
"dia tu. Kira musuh akulah. Waktu sekolah menengah. Sebelum aku pindah kat sekolah korang tu" Haura menghirup air kopi yang dihidangkan oleh Qas sebentar tadi.
"so. Macam mana kau boleh benci dia ek?" Jay menyampuk. Dia turut meniup sedikit air kopi yang panas dan menghirupnya sedikit.
"panjang ceritanya..." ujar Haura. Air kopi tadi diletakkan diatas meja.
Tariq, Jay dan Qas sudahpun sedia untuk mendengar cerita yang bakal Haura ceritakan tentang perkenalannya bersama bakal suami yang akan mengahwini dalam seminggu lebih lagi.
TBC
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...