Pintu kayu itu dibuka apabila terdengar bunyi tangisan seseorang. Hah sapa yang buat drama air mata malam-malam ni? Fareq melangkah masuk kedalam villa milik keluarganya. Sekeliling ruang tamu luas itu dipandang. Semua sedang sibuk menonton televisyen.
Kelihatan Farhan sedang menangis serta menongeng di hadapan televisyen. Di saksikan oleh Farah, Puan Tania dan Encik Adrian.
"ni apahal ni?" soal Fareq. Dia menutup pintu kayu itu semula. Dia menapak mendekati Puan Tania.
"entahlah. Baru lepas break dia tu" ujar Farah. Dia menyuap keropok masuk ke dalam mulutnya. Mata masih lagi fokus pada televisyen.
"hah break?" pelik Fareq. Dah kenapa pulak eh? Dia mengaru kepalanya yang tidak gatal. Laju dia melabuhkan punggung disebelah Farah.
"entahlah. Mummy dengan papa pun dah tak boleh tolong dah" Puan Tania pula bersuara. Encik Adrian di sebelahnya hanya fokus ke arah televisyen. Tengah layan Drama TV3 pukul 9.
Fareq datang mendekati adik bongsunya. Dia mencangkung disebelah Farhan."kau pahal?" soalnya gaya men styels.
"tadi... aku nampak awek aku... dengan jantan lain..." cerita Farhan dalam nada menangis. Teresak-esak si Farhan menangis. Biasanya hanya adik beradik sahaja yang paham dalam situasi begini.
"lepastu... aku tegur dia... dia terus.... Terus..." semakin deras air mata membanjiri pipinya. Hingus tak usah dikatalah. Dah macam kilang cat tumpah saja negoknya.
"terus mintak break?" sambung Fareq. Faham benar dengan perangai sesetengah wanita seperti itu. Bukan semua ye? Sesetengah sahaja.
"dahlah. Tak guna nangis dekat orang macam tu. Ramai lagi yang cantik, yang setia" ujar Fareq. Dia bangun dari mencangkung dan duduk disebelah Farah. Semakin lebat Farhan menangis.
"dahlah woi! Tepi, ni drama best ni. Kau nangis tak dengar apa sial. Bla!" tempik Fareq apabila mendengar bunyi yang keluar dari mulut adiknya. Bising betul. Tak masalah sekarang ni apasal mummy dengan papanya langsung buat tak tahu sahaja? Macam tak ada apa pula? Si Farhan nangis dah macam mesin jeneretor dekat pasar malam kut. Mereka boleh khusyuk layan Nur 2. Cish
"diamlah kau. Kau mana pernah bercinta bang. Awek pun tak pernah ada" ujar Farhan yang sudah tegak di hadapan televisyen. Memandangkan tepat ke dalam mata Fareq.
"tepi. Kau nak sambung drama air mata kau. Boleh tak dekat atas? Bisinglah" ujar Fareq dengan nada malasnya. Banyak bunyi pulak. Farhan terus naik ke biliknya dengan menghentakkan kakinya.
"ha eloklah tu. Hentak-hentak!" sambung Fareq. Farah terus bercerita berkenaan kejadian yang berlalu tadi.
"tadi. Kita orang bertiga pergilah tengok wayang an. Lepas habis wayang tu, kita orang ingat nak pergi makanlah an. Farhan kata nak belanja, kami pun layankan sajalah. Lepastu masa kita orang sampai food court kita orang nampak awek dia tengah mesra main suap-suap dengan jantan. Kau tahu tak bang. Jantan tu tua siut" Farah bercerita. Tekun Fareq dan Puan Tania mendengar cerita tersebut.
"entah-entah tu bapak dia kot?" duga Fareq. Boleh jadi jugakan?
"eh bukanlah. Orang tua tu memang pakwe si ex Farhan tu. Dah kalau si sundal tu panggil jantan tua tu baby? Takkanlah panggil bapak dia baby? Haram jadahlah weh bang" tempik Farah. "kau tahu apa betina tu cakap?" Farah berdiri dan membuat gaya wanita yang diceritakannya.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...