Haura berjalan menuruni anak tangga. Dia melihat sekeliling, Villa ini kosong? Semua orang tak ada? Semestinya adik-beradik itu sudah ke tempat kerja. Ini papa dan mummy pula tiada dirumah.
Ayra pun tak ada. Dikas ke sekolah. Tinggal Haura seorang sahaja di Villa itu.
Family Sewel Grup chat
'mummy dengan papa pergi event ye Haura' mummy comel.
'Ayra jumpa kak Ari sekejap ye kak Haura' Ayra cantik.
Dua pesanan masuk dari telefon Haura. Oh faham.
Dia membalas
'ok'
Dia berjalan ke ruang tamu. Melabuhkan punggung disitu. Televisyen dibuka. Mencari channel yang dapat menarik minatnya.
Setelah beberapa kali bertukar channel, akhirnya dia menutup televisyen tersebut. Bosan. Kenapa semua orang keluar hari ni? Haiya.
Tiba-tiba bunyi deringan telefon pintarnya menyentakkannya. Ada panggilan masuk. Nombor yang tidak dikenalinya. Siapa ni?
Dia mengangkat panggilan itu. Perlahan-lahan dia meletakkan telefon itu di telinganya. Mendengar orang disebelah sana menjawab terlebih dahulu.
Setelah tamat panggilan itu. Laju Haura mencapai kunci kereta Myvi yang terdapat dirumah itu. Dia keluar dari rumah dan menuju ke destinasi yang diberitahu dari dalam panggilan tadi.
Setibanya dia di sana, Haura menutup pintu kereta. Kepalanya naik mendongak melihat gedung besar lama yang sudah hangus dijilat api. Gedung syarikat Lopakz yang terbakar kira kira 4 bulan lepas.
Air liur ditelan kesat. Kenapa aku datang sini ye? Apabila teringat panggilan tadi. Sekali lagi telefon pintarnya berbunyi. Dia menjawab panggilan itu.
"cepatlah masuk! Kau nak kawan kau mati ke hah?" marah seseorang di dalam panggilan itu.
Terus panggilan itu mati. Haura memandang ke arah tingkat 7 gedung itu. Ada seseorang sedang melihatnya. Dia terus mendail nombor Fareq.
>>>
Dia berjalan menuju ke tingkat 7. Memperlihatkan Jay yang sudah terkulai. Manakala Tariq yang sudah diselubungi dengan darah. Mata mereka terpejam rapat.
"aku kat sini Caden?! Mana kau!" jerit Haura.
Suara itu menyentakkan Tariq. Dia perlahan-lahan membuka matanya. Memandang ke arah punca suara itu. Haura?
"well well well? Tengok kat sini? Kita ada seorang princess yang datang untuk menyelamatkan knight nya. Sangat berani! Im so proud of you Darling!" puji Caden. Dia keluar dari celah lorong di situ.
"aku kat sini sekarang? Lepaskan diorang!" kata Haura. Dia memegang perutnya yang tiba-tiba berasa senak. Aduh baby jangan buat hal?
"hahaha. Comellah korang ni. Selamat menyelamatkan kawan. Sahabat sejati betullah" kata Caden. Dia duduk disebuah bangku, kakinya disilangkan. Memandang tepat ke arah Haura.
"macam nilah Haura. Kesian pula aku tengok mak buyung ni berdiri lama-lama. Mai datang sini? Duduk sini?" pelawanya. Pehanya ditepuk perlahan. Dia terus tersenyum manis.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...