episod 15

170 5 0
                                    

Setelah menghantar pemergian adik-adiknya bersama Hayyan. Dia masuk ke dalam villa. Bahunya dicuit oleh Puan Tania. Terkejut kecil dia.

"mummy?" terkejut Fareq. Dia memandang wajah jelita Mummynya.

"kamu ni garang sangatlah dengan adik kamu" ujar Puan Tania. Fareq hanya menayangkan wajah bekunya. 

"mestilah mummy, dia tu satu-satunya adik perempuan Fareq tahu? Paling manja tau masa kecil. Mana boleh bagi keluar macam tu je. Kalau dia dah kahwin tak adalah nak bagi. Ni belum lagi. Lepastu mengada-ngada nak keluar. Biarkan, sekurang-kurangnya ada Farhan" ujar Fareq. Puan Tania pula terkelu dengan kata-kata anaknya. Benar juga.

"Fareq, kamu pergi cari barang haatarankan tadi? Ha, mana barang hantarannya? Tak nampak pun? Kata dah beli?" soal Puan Tania. Tidak pula dia melihat anaknya membawa mana-mana dulang hantaran masuk ke dalam rumah.

"dah beli dah mummy. Haah la. Ada dalam bonet. Tapi Fareq nak cari buah. Ha suruh Farah lah belikan buah" ujar Fareq. Dia berjalan menuju ke sofa utama. Langkahnya diikuti oleh Puan Tania.

"oh. Oklah tu. Kenapa letak kat dalam bonet je? Tak di keluarkan?" tanya Puan Tania. Dia melabuhkan punggung disebelah Fareq.

"jap. Bagi Fareq call Farah kejap. Suruh beli buah" iphone 14 nya dicapai. Nombor telefon Farah didail.

>>>

Selesai mengeluarkan barang hantaran dari bonet kereta. Fareq mendekati Puan Tania.

"mummy. Fareq nak pergi ambik kembar kejap. Nanti Fareq balik" Fareq menyalami kedua tangan Puan Tania.

"ok. Elok-elok bawak kereta tu" puan Tania menyambut tangan anaknya. Kakinya berjalan ke arah pintu menghantar pemergian anaknya. Daun pintu ditutup.

"uncle Fareq!" jerit dua kembar itu memanggil uncle kesayangannya.

"eh Dikas" sapa Fareq. Dia jalan mendekatkan seorang guru taska permata. Kenapa Dikas? sebab dua orang.

" assalamualaikum? Saya datang nak ambik Dika Athar dan Dika Ayran" Fareq mendukung Ayran. Manakala Athar memeluk kakinya.

"Encik ni Tuan Fareq ye? Abang kepada Tuan Fitri?" soal Guru itu. Takut juga kalau salah orang. Dia tersenyum manis kearah Fareq.

"betul" Fareq mengangguk kecil, dia turut menyambut senyuman manis itu.

"oh ye. Kejap ye. Saya ambik barang mereka" pamit guru tersebut.

Selesai mengambil beg galas milik kembar. Dia menyerahkan beg galas itu kepada Fareq.

"selamat jalan" Guru itu menghantar pemergian Tuan Fareq dengan senyuman manis. Sempat Aryan dan Athar melambaikan tangan ke arah guru mereka.

Semasa di dalam kereta Athar dan Ayran duduk di baby carseat. 

"uncle uncle? Kita nak balik umah nenek ke?" tanya Ayran.

"nope. Kita pergi jumpa aunty Haura dulu. Lepas tu uncle hantar Dikas balik rumah ayah? Okeh?" Fareq melihat kedua kembar itu menggunakan cermin pandang belakang.

"okeh. Tapi Athar laparlah Uncle. Kita pergi makan jom?" ajak Athar. Kalau tak makan tak sah. Lapar je memanjang si Athar ni. Boleh tahan bulat juga dua ketul ni. Tahulah Ayra masak sedap. Tapi bapak kau macam tu je. Tak gemok tak kurus.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now