Hatchum! Hatchum! Kuat bunyi bersin Fareq. Satu rumah dengar akan bersinan itu. Haura datang mendekat dan menepuk-nepuk belakang badan Fareq agak lebih mudah suaminya bersin.
"haih. Manalah sweetheart tahu abang alah dengan kucing" kata Haura. Dia sedikit menyesal akan perbuatannya yang lalai semalam.
"haih... Hatchum!.... sokey Haura... abang yang tak bagi tahu yang abang ada alahan dengan kucing" Fareq mengosok perlahan puncak hidungnya. Terasa gatal dibahagian itu.
"abang? Esokkan dah new year. Tapi abang demam macam ni. Macam mana Haura nak ajak pergi tengok bunga api?" Haura berfikir sambil mengetuk-ngetuk dagunya.
"oh Haahla. Esok new year? Sokay sayang. Dari rumah abang akan nampak bunga api tu. Lagi pun sini lebih selamat berbanding dengan tempat tu" ujar Fareq. Dia memandang wajah cantik Haura di sebelahnya. Mereka sedang menikmati panorama malam di kondor itu. Biasalah rumah tak ada televisyen. Maka rumah akan kelihatan sunyi sahaja.
"oh really? Bestnya. So esok kita tengok dari rumah jelah ek?" kata Haura. Teruja dia mendengar bicara Fareq sebentar tadi. Maka tidak perlulah dia memikirkan baju apa yang perlu dia pakai esok.
"iya sayang" Fareq mencium ubun-ubun Haura.
>>>
Keesokkan harinya...
"wahhhh tak sabar nak tunggu" dia dan Fareq sudah duduk di hadapan tingkap besar itu. Menunggu munculnya bunga api yang dikhabarkan oleh rakan-rakannya.
"3...2...1.." mereka mengira. Kemudian lama mereka menunggu munculnya bunga api besar yang bakal diadakan pada malam ini.
"aik? Kenapa dengar je tapi tak nampak?" tanya Fareq. Dia pun hairan dengan suara bunga api yang agak kuat tetapi satu percikan bunga api tidak kelihatan.
Fareq berjalan keluar dari rumahnya diikuti Haura. Dia berjalan ke balkoni berhadapan dengan lift kondor itu. Dan barulah dia melihat percikan bunga apa itu. Lah salah tempat rupanya?
"oh sinilah Haura" ujar Fareq. Lalu pasangan itu menikmati keindahan bunga api di luar rumah mereka.
"cantiklah yang tu abang" ujar Haura. Mereka berpelukan sambil memandang percikan bunga api itu tadi.
Bagaikan terkena renjatan elektrik. Tegak Fareq secara tiba-tiba.
"sayang? Pintu tadi tertutup?" tanya Fareq. Mukanya jelas cuak. Haura hanya mengangguk mengiyakan kata-kata itu. Pelik dia melihat wajah kacak suaminya.
"ya Allah sayang. Abang tak bawak kunci. Pintu tu auto lock sayang!" Fareq menerangkan kepada Haura. Haura turut terkejut mendengar Hal itu.
"habis tu macam mana ni abang? Takkan nak tidur dekat luar?" tanya Haura. Wajahnya sedikit cemas. Bagai ada mentol muncul dikepalanya. Ting!
"phone? Phone!" katanya. Dia meraba-raba poketnya dan jelas. Telefon pintar itu sedang di cas di dalam rumah.
"aduhh! Abang cas phone abang" Haura dan Fareq mengtuk dahi mereka serentak. Haih cuainya. Sudahlah tidak berselipar diluar ni.
"so macam mana ni abang?" tanya Haura. Dia bercekak pinggang.
"macam mana? Aduh jiran semua tak ada new year ni semua keluar. Nak call Farhan pun tak boleh. Nak turun bawah ambik kunci dalam kereta pun tak boleh kunci kereta dekat dalam. Haih macam mana ni? Eh kejap!" baru dia teringat sesuatu.
Dia pernah meletakkan kunci kereta tambahan di dalam kasut diluar rumahnya. Laju kakinya melangkah mendekati kasut yang dimaksudkan tadi.
Jumpa!
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romansasecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...