episod 26

134 3 0
                                    

"jom sweetheart.. abang dah jumpa kunci" panggil Fareq. Dia perasan akan isterinya yang kusyuk mengira wang. Dari mana dapat duit tu?

"hah!" terjah Fareq. Habis bertaburan duit rm50 itu. Haura terus menepuk lengan kekar Fareq.

"abang ni! Tak nampak sweetheart tengah buat apa?" ujar Haura. Dia kembali mengutip duit yang bertaburan itu. Kira-kira dalam 10 keping.

"banyaknya! Siapa bagi ni?" terkejut Fareq dengan wang yang dipegang Haura itu.

"hehe. Mummy dengan papa lah... eh!" terus Haura menekup mulutnya. Alamak kantoi! Haura cuba lari dari Fareq. Malangnya nasibnya. Fareq terus mengepung dirinya di almari. Kedua tangan kekar suaminya menghalang kiri dan kanan.

"bagi tahu abang.. kenapa mummy dengan papa bagi ni?" mulutnya di muncung kan ke arah wang yang berada di tangan Haura. Terkebil-kebil Haura dibuatnya. Air liur ditelan kesat.

Apa aku nak jawab ni? Dia turut melihat halkum Fareq bergerak-gerak. Aduhh. Mulut jahat. Kenapa kau cakap macam tu Haura.

"hehe.. adalah.. mana boleh bagitahu" ujar Haura, dia cuba mengelak. Dia cuba merendahkan badannya dan melarikan dirinya. Sedikit sebanyak dia cuba mencangkung terus sahaja Fareq mengikuti gerak gerinya. Tangan tak lepas dari sisi Haura.

"pandai dah sorokkan sesuatu dari abang ye?" Fareq. Memandang mata hitam Haura. Telinganya turut merah dengan pandangan tajam Fareq.

"mana adalah" Haura mula berdalih. Lalu tangan kekar itu terus mengeletek pingang langsing milik Haura.

"hahahaha abang!! Gelii!! Jangan!!! Hahahaha" bergelutlah mereka berdua itu situ.

Boom! Pintu bilik Fareq diterjah.

"aghh buta mata aku!" Farhan menjerit. Terkejut dia melihat adegan mesra suami isteri itu. "woi nak buat anak. Janganlah matahari dah naik! Aduhhh!" matanya ditutup oleh tangan.

"kau buat apa kat sini? Aduh kacaulah" tempik Fareq. Macam mana boleh pintu tak kunci ni.

"mummy dengan papa suruh panggil kaulah. Dahlah turun. Jangan nak melepak sangat kat atas ni" sinis Farhan berkata. Dia terus lari turun ke tingkat bawah.

"Kacaulah Farhan ni" Fareq terus melihat mata cantik Haura. Laju kaki kecil itu meninggalkannya yang masih terkebil-kebil. "oh dah pandai sekarang. Siap kau kat rumah nanti Haura" gumam Fareq perlahan.

Beg bagasi itu disorong ke tingkat bawah. Memperlihatkan Haura, Encik Adrian dan Puan Tania sedang duduk di ruang tamu.

"dah ambik dah semua barangnya? Kunci rumah?" soal Puan Tania. Fareq mengangguk beberapa kali.

"Fareq duduk. Papa ada nak cakap sesuatu ni" pelawa Encik Adrian. Fareq terus melabuhkan punggungnya bersebelahan Haura.

"apa dia papa?" tanya Fareq pula. Perhatiannya tertumpu pada papanya.

"papa dah setelkan hal semalam. Balik ofis esok papa tak nak tengok wartawan keliling company ye" ujar Encik Adrian. Lebih kepada arahan.

"baik pa" 

"kamu ni nak terus balik rumah sewa kamu ke Fareq?" soal Puan Tania pula. Kaki di silangkan.

"tak. Kami nak singgah rumah mama dulu. Ambik barang Haura. Esok kut baru balik rumah sewa. Kenapa?" tanya Fareq.

"tak ada apalah. Saja je. Ni mummy nak tanya. Kamu berdua ni dah merancang belum?" Puan Tania. Tersedak Haura yang sedang minum air kopi panas itu.

"eh rancang apa pula ni mummy?" tanya Haura. Rancang? Tak Faham ma.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now