Selesai sahaja majlis doa selamat, para tetamu sudah pulang ke kediaman masing-masing, hanya berbaki seluruh keluarga Puan Zaiton dan Leha.
Eh apa pasal orang tua ni tak nak balik ek?
Haura, Ayra, Farah, Huda, Yanti dan Sarah duduk di satu meja bulat di bawah khemah. Mata mereka sibuk memerhati tindak-tanduk Leha yang sibuk berkepit dengan Fareq.
"orang tua tu gila eh?" tanya Farah. Huda, Sarah dan Yanti hanya mengangguk setuju.
Panas sahaja hati Haura melihat suaminya bakal disondol oleh seketul kain buruk itu. Dari Fareq mula melayan tetamu sehinggalah Fareq mula mengangkat barang, pasti si Leha sibuk mengikutnya.
Dulu Fitri dah kena dengan si siti tu. Nasib siti dah kahwin. Ni Fareq pula yang kena.
Haura dapat melihat wajah Fareq yang mula tak suka dengan tindakan di luar nalar Leha. Dia cuba menjauh.
Fitri, Farhan, Epul dan Azhar juga panas melihat Leha yang sibuk menempal disitu. Nasib semua orang tua tua sibuk di dapur.
Dapat dilihat dari mereka kegeraman yang melanda. Fitri dapat merasakan bakal ada ribut taufan yang melanda nanti.
"kalau aku ni Kak Haura. Dah lama sampai kaki aku kat kepala si Leha tu Epul" kata Farhan. Bengang. Epul dan Azhar turut ketawa dengan celoteh sepupunya.
Tiba-tiba naik pula tangan Leha menyentuh tangan Fareq. Sempat Fareq menepis.
"wow wow! Ini dah melampau" sempat dihulurkan sirap ais oleh Ayra kepada kakak iparnya.
Haura berjalan menuju ke arah Leha dan Fareq.
Splash!
Basah kepala bertudung Leha, gara-gara air itu. Terkejut semua yang melihat itu. Lebih-lebih lagi Fareq di hadapan Haura.
"HEY WIDOW! YOU LISTEN HERE EH! THIS IS MY MAN! YOU CAN'T SEE THAT HIS FINGER HAS A RING! THAT'S MEANS HE IS MINE! ONLY MINE. AND NO ONE CAN TAKE HE WITH ME! GET THAT BITCH! LE PERSONE SONO INUTILI! STRETTA!" marah Haura. Dia terus menarik tangan Fareq naik ke rumah kayu itu.
"slay girl!" jerit geng-geng perempuan. Terpaling excited lah.
Leha jelas terkejut dengan tindakan itu. Dia terus memandang geng-geng perempuan yang seronok mengetawakannya. Giginya diterap geram.
"Hahaha! Padan muka kau orang tua! Gatai lagi!" jerit Farah. Maka keempat empat sepupu itu bantai gelak sambil bertepuk tampar sesama sendiri.
Tanpa berfikir panjang, Leha terus berjalan keluar dari perkarangan rumah itu. Malu? Pasti gais.
"ap.. apa maksud ayat akhir tu abang Fitri?" tanya Epul. Semestinya dia tak tahu.
"orang tua tak guna! Perampas! Dalam bahasa Itali" kata Fitri, nadanya mendatar.
Farhan dan Azhar pun apa lagi? Bantai gelak jugak la! Akhirnya mula juga orang tua tak sedar diri tu. Ada hati nak rampas Fareq dari Haura. Tempah maut je lah.
>>>
Setibanya dibilik mereka, Fareq terus memeluk tubuh Haura.
"thank you sayang, sayang dah selamat kan abang" Haura terus membalas pelukan itu.
"abang? dia ada pegang mana-mana lagi ke?" sempat dia memeriksa tangan Fareq. Risaulah. Laki dia hensum kot.
"tak ada sayang. Jomlah kita tidur. Dorang semua pun dah nak masuk tidur tu?" kata Fareq.
Betullah tu, semua dah siap dah tinggal masuk tidur je. Tadi pun lauk-lauk semua sudah disimpan dan ada juga yang dibungkus dan diagih-agihkan kepada jiran-jiran.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...