Haura membuka kelopak matanya. Terasa ada tangan yang menggenggam erat tangan kecilnya. Dia melihat si gerangan itu. Fareq yang sedang terlena di kerusi.
Apabila mengingatkan kejadian hari ini. Haura menangis lagi. Automatik matanya terbuka luas. Dia berdiri dan mendapatkan isterinya.
"sweetheart?" Fareq terus menarik tubuh itu ke dalam dakapannya.
"sayang sabar sayang? Abang ada kat sini. Sama-sama dengan sayang?" Fareq mengusap lembut rambut blonde Haura.
Sedikit sebanyak tangisan itu berhenti. Mata mereka bertentangan.
"esok kita pergi ziarah kubur mama papa ye?" Fareq berkata dalam nada lembut. Haura mengangguk perlahan. Pelukan masih belum terlerai. Fareq mengesat sisa air mata Haura menggunakan jarinya.
"sayang nak makan? Abang suap ye?" pelawa Fareq. Haura hanya mengangguk. Pelukan terus dileraikan. Bekas Bubur nasi itu dibukanya. Sudu menceduk bubur tersebut. Ditiup perlahan sebelum disuakan kepada Haura.
"sedap?" sempat Fareq bertanya. Haura tersenyum nipis. Kepala dijatuhkan beberapa kali. Rambut panjang itu diselit dibelakang telinga.
"panas lagi. Ni Ayra yang masak. Sentiasa sedap" ujar Fareq. Dicium ubun-ubun Haura sekilas. Haura hanya tersenyum nipis.
"doktor kata. Haura tak boleh stress stress. Kesian baby dalam perut tu nanti" Fareq menceduk lagi bubur nasi itu. Seraya itu tangan Haura melekat di perut kempisnya. Mengusap perlahan.
"abang?" panggil Haura perlahan. Fareq memandang wajah sembam itu. Dia tersenyum manis.
"yes. Sweetheart?" Haura memegang rahang Fareq.
"sweetheart pregnant 11 minggu" kata Haura perlahan. Walaupun dia tahu hakikatnya Fareq sudah mengetahuinya daripada doktor. Tapi dia sendiri ingin mengucapkannya.
" alhamdulillah. Terima kasih sayang" Fareq menggengam erat tangan kecil itu dan dibawa ke perut kempis Haura.
"anak kita pun tak nak tengok mummy dia sedih. Haura kuat kan sayang?" Haura mengangguk perlahan lalu dia memeluk tubuh Fareq. Fareq hanya membalas pelukan itu seraya mencium ubun-ubun Haura sekilas.>>>
Selesai membacakan yasin. Haura memegang batu nisan milik Dato' Zainal sambil berkata "papa dengan mama dah boleh rehat dekat sana. Papa dengan mama akan dapat cucu tak lama lagi. Nanti Haura bawak jumpa papa dengan mama ye?" sempat haura menurunkan pesan.
Haura terus bangun dari duduknya. Melipat tikarnya digunakannya tadi.
"nanti Haura datang melawat lagi ye?" dan dia berjalan beriringan dengan Fareq menuju ke kereta Mercedes benz milik Fareq.
Setibanya di rumah agam milik Dato' Zainal. Haura terkenang semula memorinya sewaktu dia memperkenalkan Tariq dan Jay kepada kedua ibu bapanya. Dan bergitu senang sekali mereka menerima kehadiran Tariq dan Jay telah. Terbit satu senyuman manis dibibirnya.>>>
Hampir dua hari mereka tinggal di rumah agam milik Dato' Zainal sebelum akhirnya mereka menjual rumah agam tersebut atas sebab ingin membayar hutang syarikat Lopakz. Tariq dan Jay sudah mempunyai rumah mereka sendiri di area rumah Haura dan Fareq.
Kucing peliharaan yang tinggal di rumah itu juga telah disumbangkan kepada beberapa kedai kafe kucing di sekitar Kuala Lumpur.
Haura melihat kali terakhir rumah agam itu sebelum dia memasuki kereta Mercedes benz milik Fareq. Tingkap dibuka untuk melihat dari dalam kereta pula.
"sweetheart? Jom?" cermin tingkap ditutup dan kereta terus bergerak meluncur di jalan.
"Sweetheart? Apa kata. Kita pergi healing nak? Tenang kan fikiran?" tanya Fareq yang masih tekun memandu kereta. Haura memandang sisi wajah Fareq.
"Healing? Healing dekat mana?" soal Haura. Fareq hanya senyum manis memandang sekilas wajah cantik isterinya.
"adalah. Tapi janji dengan abang. Tak nak sedih-sedih dah" Fareq menghulurkan jari kelingkingnya kepada Haura. Haura menyambut mesra seraya memaut jari kelingkingnya juga.
"ok" kata Haura.
"tapi bukan minggu nilah. Minggu depan? Sebab abang kena tolong urusan hutang syarikat Lopakz dulu dan barulah kita pergi healing? Minggu ni kita tinggal rumah mummy ye? Ayra ada berita gembira nak bagitahu?" kata Fareq. Tangannya terus dikucup lalu diletakkan diribanya.>>>
Tariq berlari anak bersembunyi dibalik kereta apabila kakinya ditusuk dengan sebutir peluru. Dia berlari ke arah Jay yang sudah terkulai itu. Dia mencapai telefon pintar Jay untuk menelefon polis. Malangnya apabila dia tertekan nombor Haura.
"hello? Jay?" sapa Haura.
"eh Haura? Aku ingat polis nok!" Tariq terdengar suara Tariq sedikit berbisik.
"kenapa kau berbisik?" tanya Haura dalam nada berbisik juga.
"kenapa kau pun berbisik?" tanya Tariq.
"takk.. kita orang kena serang Haura. Jay. Jay pengsan" kata Tariq. Cemas.
"apa? Kau kau orang dekat mana?" tanya Haura.
"kami dekat Lopakz. Lopakz kena serang Haura. Habis semua anak buah papa kena bunuh!" kata Tariq.
"apa?" terus talian terputus.
Secepat mungkin Haura mencapai kunci kereta Myvi yang ada di Villa keluarga Fareq dan terus memandunya menuju ke Lopakz.>>>
Pov Tariq.
Tariq mencempung Jay dibelakang badannya. Dia berjalan sedikit perlahan apabila merasakan kakinya berasa pedih. Dia membawa tubuh Jay ke arah basement Lopakz. Terdengar bunyi tembakan kuat dari arah belakangnya.
Semakin laju pelarian mereka. Tiba-tiba satu kereta Myvi berhenti betul betul dihadapan mereka. Pintu penumpang dihadapan dibuka.
"Tariq masuk!" jerit Haura.
"Haura!" tanpa basa-basi. Dia dan Haura menarik tubuh Jay untuk masuk ke dalam perut kereta tersebut. Haura terus memusingkan stereng dan minyak ditekan.
Voom!
Bom bom!
Usai keluar dari bangunan itu. Kuat bunyi letupan yang telah membakar gedung besar itu.
"makk!" terkejut mereka berdua.
"terbakar mat!" Tariq.
Voom Voom! Kereta mereka dikejar oleh tiga buah kereta Ford ranger berwarna hitam. Beberapa das tembakan mengena kereta yang dipandu Haura.
Haura terus memijak pedal minyak itu. Dia cuba mengelak dari berlanggar dengan kereta yang berada di Highway tersebut.
"Haura! Hati-hati gila!" Tariq cemas apabila Haura memusingkan stereng gaya-gaya seorang pemandu drift profesional.
"eh Kau diamlah!" Marah Haura. Tumpuannya terhadap jalan raya cuba diimbangi.
"aku harap baby dalam perut kau tu tak macam mak dia yang gila ni!" ujar Tariq.
"kepala kau!" marah Haura.
Pushh! Tingkap belakang pecah akibat tembakan rambang. Sempat Tariq dan Haura menundukkan kepalanya.
"weh Haura! Aku tahu salah aku sebab ajar kau cara drift dulu. Tapi janganlah sampai nak bunuh kita orang!" Tariq cemas dengan cara pemanduan Haura.
"Habis tu kau nak mati katak je ke hah?" Haura terus menekan pedal minyak itu. Stereng dikawal sebaik mungkin.
"Ya Allah yang tuhan ku. Selamat kan la kami daripada perempuan gila yang bawak myvi ni Ya Allah!" sempat Fareq berdoa. Jay akhirnya tersedar dalam pangkuan Tariq.
"apa.. apa dah jadi ni" Jay sedar dari pengsan.
"weh Jay. Alhamdulillah kau dah sedar. Haura nak bunuh kita wehh!" kata Tariq.
Bam bam bunyi tembakan dikeluarkan.
Telefon terus dicampakkan kepada Tariq dan Jay.
"Daripada kau memekak! Baik kau call Fareq sekarang. Aku nak bawak dorang pergi tempat tak ada orang! Cepat call Fareq!" arah Haura. Cepat-cepat Tariq mencapai telefon itu dan mendail nombor Fareq.
Tut tut
"hello! Tuan! Bini tuan nak bunuh kitaorang!" Tariq menjerit apabila terdengar geseran tayar dan bunyi tembakan yang kuat.
"eh korang dekat mana? bunyi apa tu!" ujar Fareq. Dia seperti mendengar bunyi tembakan.
"tu tak penting. Sekarang ni tuan call polis cakap ada penjenayah gila tengah kejar kitaorang ni. Kami akan menuju di dataran KL. Cepat! Bawak polis!" arah Tariq.
"kenapa kau cakap nak pergi dataran kl bodoh! Kau gila ke?" marah Haura.
"tu je paling dekat dari sini" sambung Tariq.
"benak ubi jugak kau kan? Bodoh!" marah Haura.TBC
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...