Hari ini diadakan majlis doa selamat dan kenduri kesyukuran untuk anak Fareq dan Fitri. Majlis yang dihadiri oleh ahli keluarga dan jiran-jiran itu boleh dikatakan agak meriah.
Sempat jugalah Haura bersembang dengan Tok ma dan yang lain, sebelum dia naik ke tingkat atas.
Semua orang sibuk meraikan cucu baru. Nayra pula sudah berusia 2 bulan setengah. Cukup besar baginya. Surat yang ditulis beberapa hari lepas diletakkan didalam laci nightstand.
Cukuplah kalau Fareq jumpa nanti. Dia berjalan turun ke tingkat bawah dengan perlahan-lahan. Katanya mahu memotong kek. Semua orang sedang menantinya di bawah. Semua mata memandang wajah cantiknya. Fareq sedang mendukung Nayra. Dia tersenyum nipis. Haura membalas senyuman itu.
Selangkah dia berjalan kehadapan tiba-tiba kepalanya rasa berpusing. Badannya menjadi berat. Matanya tidak mampu dibuka. Suara terakhir yang dia dengar adalah "Haura!" iya itu jeritan Fareq. Dan seterusnya dunia dia gelap.
>>>
Siling putih menjadi pandangan pertama dia apabila dia membuka mata. Ini hospital. Dia melihat tangannya sudah dipegang erat oleh Fareq.
Tetapi lelaki itu tertidur. Penat menjaganya mungkin. Dia tegakkan dirinya. Duduk disamping Fareq. Mengusap rambut hitam Fareq.
Matamu
Bersinar bagai pelangi
Ingin ku lukis wajahmuFareq sedar dari lenanya. Memandang tepat ke wajah cantik Haura.
"sayang dah bangun?" tanya Fareq. Haura mengangguk sekali.
"sayang nak makan?" tanya Fareq.
"tak naklah. Nak tengok muka abang je" kata Haura. Senyuman manis terukir dibibirnya.
"abang?" panggil Haura. Fareq terus merapatkan tubuhnya.
" Sweetheart nak abang jaga anak kita boleh? Besarkan dia. Ajar dia bercakap. Pastikan ayat pertama keluar dari mulut dia 'mummy' tau abang" kata Haura teruja. Fareq mengangkat tangan berjanji.
"baik puan" katanya. Pecah tawa Haura.
"lepas tu. Jangan bagi Nayra bawak motor macam Haura. Bahaya. Kalau dia degil cubit dia" Haura berkata dalam riak wajah geram.
"Haura nak dia tubuh besar. Sihat macam daddy dia ni. Comel macam daddy dia ni"
"cantik macam mummy dia" potong Fareq. Mereka ketawa dihujung ayat.
"Haura sayang abang. Sayaaang sangat!" Haura memeluk tubuh Fareq.
"Abang sayang Haura jugak! Sayang sangat-sangat!" katanya Fareq. Dia membalas pelukan itu.
"abang? Haura teringinlah nak makan apple merah? Macam sedap je" kata Haura. Tekak tiba-tiba mengidam pulak. haish.
"nak apple merah?" pelik Fareq dibuatnya.
"really?" tanyanya lagi. Haura mengangguk laju.
"ok abang pergi beli kejap. Sayang tidur ye?" kata Fareq. Dia turut menguncup dahi dan kedua belah pipi Haura. Sebelum dia meninggalkan wad itu.
"sayang? tunggu abang balik tau?" pesan Fareq. dia tersenyum manis dihadapan pintu.
"abang?" panggil Haura
"i love you my cinta hatiku!" Haura tersenyum manis. Fareq membalas senyuman itu.
"i love you too sweetheart!" Fareq menutup pintu wad itu. Dia berjalan ke arah lift.
Haura terus baring pada katilnya. Dia berpusing ke sebelah kanan. Tak selasa. Kemudian dia berpaling ke sebelah kiri. Pun sama.
Terasa sakit yang melampau pada bahagian abdomennya. Oowww kenapa ni Ya Allah? sudah tiba ke masanya?
"abang? Doktor" dia cuba mencapai ayat kecemasan itu. Malangnya kudratnya tidak mampu. Nafasnya sudah tidak teratur. Dia cuba bertenang. Malangnya apabila merasakan sakitnya di bahagian abdomen yang tidak terkata.
Rasa seperti tersusuk dibahagian hatinya. Sakit ya amat.
"abang?! Ya Allah!"
>>>
Fareq berjalan menuju ke Kafeteria itu, apple merah diambilnya. Dia membayar. Lalu dia berjalan semula ke wad yang menempatkan isteri.
Dia membuka pintu bilik. Melihat keadaan Haura yang berbaring membelakanginya.
Disentuh tubuh itu. Perlahan. " Haura? Jom makan epal?" katanya. Digoncang tubuh itu perlahan. Masih lagi tiada pergerakan daripada Haura.
Tubuh itu dipusingkan. Haura tidak bergerak seinci pun. Fareq semakin cemas. apa dah jadi?
" ss.. s-sweetheart?" masih lagi kaku. Jatuh buah epal tadi ke lantai wad itu. Fareq berlari keluar dari wad dan mendapatkan doktor.
>>>
Fareq menyiram kubur itu dengan air mawar merah. Sesekali dipengang batu nisan itu. Tak sangka, sekejap ini Haura tinggalkan Abang?
" Assalamualaikum sayang? abang ada bawak Nayra hari ni. Dia kata dia rindu mummy dia?" Kata Fareq. Dia memandang batu nisan dihadapannya.
"sayang tahu? Dia suka sangat lagu sayang. Hari-hari abang nyanyi dengan Nayra. Dia pun sikit-sikit dah boleh bercakap"
"sayang tahu first word dia? Dia cakap mummy! Comel je masa tu. Abang ada juga rakam masa Nayra panggil sayang. Masa tu abanglah orang paling bahagia. Sekurang-kurangnya Hajat Haura tercapai"
"Nayra sekarang dah mula belajar berjalan. Pening abang bila dia naik baby chair tu. Laju je kaki dia nak masuk kolam Mummy kat belakang tu. Nasib baiklah ada Farhan. Kalau tak? Dah terjun dah dia"
"perangai dia sama macam Sweetheart!. suka merajuk! Kalau abang marah dia sikit. Mesti dia merajuk. Lepas tu ugut tak nak tidur dengan abanglah. Nak tidur dengan neneklah. Sengaja je dia ni" turut mencium ubun-ubun anaknya.
"oklah mummy. Nayra balik dulu ye?" kata Fareq. Mengajakk anaknya yang masih belum Fasih bercakap.
"say bye bye mummy?" kata Fareq. Tangan kecil itu dilambaikan kerarah kubur itu.
"bye bye mummy" jawab Nayra.
"sweetheart abang balik dulu ye? Nanti abang datang tengok sayang lagi?" Fareq mencium batu nisan itu sebelum dia berdiri.
Dia berjalan ke arah kereta Mercedes benznya. Dan terus beredar dari situ.
Al Fatihah
Inayah Haura binti Dato' Zainal.-THE END-
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...