-Surat cinta untuk abang!-

239 7 0
                                    

Nayra dan Airis seronok berlari-lari di dalam bilik Fareq. Perang!! Jatuh satu pasu bunga kecil diatas nightstand ditepi katil. Bertaburan kaca.

"Nayra!" jerit Fareq. Fareq mengeluh kecil.

Nayra dan Airis terus hilang entah ke mana. Masih terdengar sisa ketawa anak perempuannya itu. Degil macam mak dia.

Fareq mendekati pasu bunga yang pecah itu. Laci nightstand itu turut terbuka. Dia mengintai didalam laci tersebut. Matanya tertangkap satu surat didalam laci itu.

Surat itu dicapai. Di baca perlahan..


-surat cinta untuk abang-

By Sweetheart

Assalamualaikum cinta hati Haura? Mesti sekarang ni Nayra tengah main dengan Airis kan? Anak Fitri. Sweetheart Cuma nak cakap. Terima kasih sebab sudi pinjamkan hati abang untuk Haura. Walaupun untuk sekejap sahaja. Tapi Sweetheart hargai sangat abang. Sweetheart tak mampu nak bagi abang anak yang ramai macam mana Ayra bagi pada Fitri. Cukup la cinta hati Haura yang sorang tu. Nayra Nur Kaisara. Boleh tak abang janji dengan Haura? Jaga dia? Besarkan dia. Kalau Haura nak ajak pergi salon sama sama dengan dia dah tak boleh. Abang je la bawak eh? Hehe. Btw sweetheart nak cakap sweetheart sayang sangat kat abang. Abang adalah cinta hidup dan mati Sweetheart. Jangan nakal-nakal ye Nayra. Dengar cakap daddy. Kalau abang nak kahwin lagi. Haura izinkan. Pastu jangan lupa bawak isteri baru jumpa Haura. Tahu abang? Kirim salam Haura pada semua ye abang? Sweetheart sayang Abang! Sayang anak kita. Dan satu lagi. Sweetheart nak mintak maaf pada abang atas apa yang Sweetheart pernah buat. Maaf sebab tak dapat teman abang sampai hari tua. Apa-apa pun. Sweetheart bahagia sangat dengan abang. Love you my cinta hatiku.

Your love

Sweetheart.


Fareq mengesat sisa air matanya. Teringat suara merdu Haura yang suka menyanyi lagu itu. Pinjamkan hatiku.

Bam!

Pintu ditolak dari luar. Muncul Farhan.

"abang! Kau tengok anak kau bang! Ya Allah. Penatlah aku gini" dia berlari ke arah Fareq.

Apabila melihat kaca yang bertaburan diatas lantai dia datang mendekat.

"apa hal ni bang?" tanya Farhan. Risau jugalah dia kalau-kalau abangnya buat perangai # tahun lepas.

Fareq masih lagi memegang surat itu. Dia duduk di birai katil. Keluhan kecil dilepaskan.

"tak ada apalah. Ni ha. Nayra dengan Airis yang pecahkan. Mana budak berdua tu. Nak kena ni" terus dia mencari kelibat anak daranya itu.

"Nayra?" panggil Fareq.

"Nayra? Sini sayang?!" panggil Fareq.

Maka terkedek-kedek Nayra berjalan ke arah daddynya.

"ye daddy kenapa?" terus Fareq memeluk anaknya.

"still remember mummy song?" tanya Fareq. Nayra membalas pelukan Daddynya.

"ingat!" katanya.

" can you sing with me?" tanya Fareq lagi.

"yes!" balas Nayra.


Walaupun kita berbeza alam sekarang ni sweetheart. Hati abang masih terpahat nama sayang. Cinta abang pada Haura tak pernah pudar. You are my first love and my favorite one. Terima masih hadir dalam hidup abang walaupun hanya sekejap.

Maafkan abang tak dapat berikan kasih sayang sepenuhnya pada Haura. Lagu favorite sayang abang selalu nyanyi dengan Nayra. Dia hafal lagu tu. Suka sangat dia nyanyi. Pagi-pagi sebelum abang hantar dia pergi taska. Dan bila abang bawak dia balik. Mesti nyanyi lagu sayang.

Sayang adalah pinjaman terindah yang pernah Allah hadirkan dalam hidup abang. Abang tak pernah sia-siakan memori yang pernah kita cipta bersama, sayang. Bahkan abang merindui setiap bibit kata cinta yang keluar dari mulut sayang. Semuanya manis-manis belaka. Abang janji akan besarkan anak kita! Dan abang tak kan benarkan dia naik motor. Bahaya. Sweetheart? tunggu kami di syurga ye sayang? I love you so much my cinta hatiku!

Kau pinjaman terindah Sweetheart?

Tamat...

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now