episod 34

128 4 0
                                    

"anak papa!" Hafiz menyapa anaknya yang baru pandai berjalan. Budak kecil itu berjalan terkedek-kedek menghampirinya. Hafiz tersenyum kecil melihat wajah comel anaknya.

"sayang papa? Mana mama?" tanya Hafiz. Walaupun dia tahu anaknya itu masih belum fasih bercakap. Dia mendukung anaknya dam berjalan masuk ke dalam rumah. Dia terhidu bau hanyir, seperti bau darah.

Memperlihatkan darah yang membanjiri kawasan dapur, darah itu kemudiannya terlihat disepanjang ruang ke ruang tamu. Hafiz kaget melihat darah tersebut. Dia berlari ke arah ruang tamu.

Apa yang lebih mengejutkan ialah isterinya Izzah sudah lagi tidak bernyawa. Tubuh itu terlentang di atas marmar berwarna putih. Darah memenuhi seluruh anggota badannya. Terlihat kesan tikaman di leher isterinya. Hafiz jatuh terkulai dihadapan mayat isterinya.

"sayang!" jatuh air matanya melihat keadaan yang mengerikan itu. Anaknya dipeluk erat.

>>>

Haura berlari ke arah bilik mayat yang menempatkan isteri Hafiz. Dia terlihat seseorang sedang bercakap dengan doktor. Dia menghampiri lelaki itu. Tidak lupa juga dengan Fareq. Haura ditemani oleh Fareq, Tariq dan Jay ke hospital itu.

" Assalamualaikum abang?" sapa Haura. Hafiz terus memalingkan badannya menghadap gerangan itu.

"waalaikumussalam?" Hafiz melihat gerangan yang bertudung itu, wajahnya nampak sedikit sembam, mungkin menangis? Tetapi siapa ni?

"Haura?" duganya. Haura mengangguk perlahan. Kemudian tak semena-mena jatuh sekali lagi air matanya apabila melihat perut Haura yang sedikit membulat itu.

"apa dah jadi abang?" tanya Haura. Mereka sekarang sedang duduk di kafeteria yang berada di hospital itu.

Melihat Hafiz yang sedikit sebak untuk menceritakan kejadian semalam yang telah meragut nyawa orang yang paling dia cintai. Dia mengesat sedikit air matanya. Di tarik nafas dalam-dalam kemudian dihembus perlahan.

"semalam.. waktu abang balik rumah, macam biasa Fiqah dengan Izzah akan sambut abang, tapi semalam hanya Fiqah je. Bila abang masuk dalam rumah. Abang nampak darah dah penuh sepanjang ruang ke ruang tamu. Abang dah mula pelik. Lepas tu.. abang nampak.. isteri abang berlumuran dengan darah. Ada-ada kesan tikaman pada leher dia, Haura..." Hafiz menangis. Terkelu Haura mendengar cerita itu, dia menekup mulutnya, sah dia tidak percaya apa yang sudah berlaku.

"abang tahu! Ni semua kerja Caden!" wajahnya bertukar bengis. Caden ialah dalang disebalik semua yang berlaku. Syarikat Lopakz, hancur terbakar adalah angkaranya, Dato' Zainal dan Datin Noor ibu bapa kepada Haura juga menjadi mangsa kerananya. Dan sekarang orang yang tiada kaitan dengannya juga telah menjadi mangsa kekejamannya.

"masa Caden kena pecat dulu. Dia.. dia ada datang jumpa abang.. abang cakap yang abang dah hack CCTV dalam bangunan Lopakz. Tapi dia tak percaya. Dia ugut abang.. dia ugut anak dan isteri abang... and now bila dia tahu Haura dah pregnant 5 bulan dan abang tak bagi tahu dia.. dia am-ambik isteri abang! Ya Allah! Kenapa Caden! Isteri aku tak salah" katanya dalam nada lemah.

"Astagfirullahaladzim" Fareq dan Haura mengucap panjang. Caden.

" sekarang polis tengah siasat kes ni. Abang tak boleh nak buat apa. Kena tunggu juga post mortem selesai, baru boleh kebumikan" katanya lagi. Dia tersenyum nipis melihat perut boyot Haura.

"dah berapa bulan dah Haura?" tanya Hafiz. Haura melihat perutnya, diusap perlahan. Dia memandang wajah Hafiz.

"dah nak masuk 6 bulan dah abang" Haura tersenyum nipis.

"Haura... abang Cuma nak mintak maaf pada Haura atas apa yang pernah terjadi dulu. Abang harap Haura tak berdendam dengan abang" dia menekur malu dengan tindakan setahun lepas.

"apa abang cakap ni? Haura dah lama maafkan abang!" ikhlas dari hati paling dalam. Ya dia sudah lama memaafkan kesalahan bekas tunangnya dahulu. Lagi pun itu memang rancangan.

"sepatutnya Haura yang kena mintak maaf dengan abang. Haura yang salah. Haura yang perangkap abang dengan arwah dulu. Sebab Haura tak nak kahwin dengan abang? Haura mintak maaf pada abang. Haura ni keji. Hina dan tersempurna!" turut mencaci maki dirinya. Hafiz agak terkejut dengan bicara Haura tadi.

"Haura? Tak perlu salah kan diri Haura. Abang pun salah sebab tak boleh lawan nafsu abang masa tu. Semua dah jadi dah pun. Abang pun maafkan Haura juga" dia tersenyum nipis. Haura dan Fareq turut tersenyum nipis.

"terima kasih abang" ujar Haura.

>>>

Semasa dalam perjalanan pulang ke Villa keluarganya. Dia teringat pesan yang diturunkan kepadanya

"Fareq? Abang Cuma nak cakap yang selagi kita ni masih ada kekuatan untuk melawan. Kita lawan Fareq. Abang tak minta banyak pun pada Fareq? Tolong lindungi Haura, Fareq? Tolong jaga dia... bahagiakan dia.. elakkan daripada anxiety dia keluar Fareq. Tolong bawak dia pergi jauh dari sini! Bawak dia jauh dari Caden" pesan Hafiz. Fareq cuba menghadap kata kata itu.

"abang?" panggil Haura.

Fareq terus tersedar dari dunia realiti. Dia memandang wajah bertudung cantik jelita itu. Lalu terus memalingkan pandangan pada jalan raya semula.

"abang ok? Kenapa Haura panggil abang tak jawab?" tanya Haura. Dia memandang sisi wajah tampan lagi kacak yang sedang fokus memandu.

"ye sayang? Abang dengar. Kenapa?" tanya Fareq pula. Sempat dia mengerling isterinya sekilas.

"abang rasa Tariq dengan Jay dapat tak tangkap mamat tak guna tu?" soal Haura.

"mestilah. Tariq dan Jay kan anggota polis. Percaya kan mereka Haura. Pasti mamat tak guna tu kena tangkap punya" kata Fareq. Fareq cuba menenangkan hati Haura. Dia mengusap perut boyot Haura.

"Haura sabar ye sayang?" Kini kepala Haura turut dikucup sekilas. Seraya Haura menggengam erat tangan besar itu. Haura tersenyum nipis, senyuman itu dibalas Fareq.

"abang dah plan? Kita balik rumah tok ma nak?" pelawa Fareq.

Wait what balik rumah tok ma? Rumah nenek Fareq? Ingat lagi dia semasa majlis perkahwinannya beberapa bulan lepas. Tok manya itu nampak garang. Banyak berceloteh. Sesekali kepala Fareq diketuknya. Pasal apa? Haura pun tak tahu. Tapi kalau dengannya dan Ayra, tok ma Fareq layan seperti permaisuri. Walaupun hanya pernah bertemu sekali tapi rasa segan tu besar sangat.

"abang pun plan nak bawak sekali Fitri dengan Ayra. Biar Dikas tinggal rumah mummy? Kita duduk kat kampung seminggu. Tenang kan fikiran. Healing healing. Lagi pun sepanjang kita kahwin. Abang tak pernah bawak Haura pergi honeymoon?" kata Fareq. Sempat dia kerling Haura sekilas.

"hm.." ragu-ragu dia ingin bersetuju dengan cadangan itu. Tapi ada Ayra, tidaklah dia keseorangan di situ kalau kalau Fareq disuruh berkebun ke apa?

"sayang janganlah riasu. Tok ma ok? Atau nak angkut Tariq dengan Jay sekali?" tanya Fareq.

Jay dan Tariq? Mereka pasti ada kerja yang perlu diselesaikan, tak perlu kot. Mahu terbakar pula rumah tok ma nanti. Haritu dah terbakar dah syarikat Lopakz tu.

"hm tak perlulah bawak dia orang. Kata nak honeymoon? Bolehlah tu Haura tak pernah tengok sawah padi. Pasti dia tengok pantai nak tak abang? Haura nak tengok penyulah. Sek sek kito. Sek sek mo" betul. Buat apa bawak dua ketul masalah itu? Menyusahkan je nanti. Bukan honeymoon lah kalau bawak diorang.

"bagus. Tak sesakkan kepala abang nak fikir. Mana nak campak diorang. Hehe" kata Fareq. Matanya terus fokus kepada pemanduannya.

Kepala dah ligat memikirkan suasana kampung. Sepanjang Haura hidup atas muka bumi ni. Kampung pun dia tak pernah jejak. Selalunya dia akan bercuti di bandar, tak pun di luar negara. Dalam negara jangan cakaplah, Perak yang sebelah Selangor pun dia tak pernah pergi. Inikan pula Terengganu. Manalah tahu boleh jumpa sek penyu dok situ? Malam-malam asyik live je penyu seekor tu.

TBC

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now