"abang. abang. abang. abang?" panggil Haura perlahan. Tubuh Fareq yang masih terbaring dihadapan televisyen sambil memeluk bantal panjang itu digoncang perlahan.
"hmm" Fareq mengeliat kecil. Tetapi mata masih lagi tertutup.
"bangunlah abang? Kan Sweetheart dah cakap jangan tidur lepas subuh?" kata Haura lagi. Digoncang lagi tubuh itu perlahan.
"5 more minutes?" kata Fareq. Sempat dia memeluk pinggang Haura. Perut buncit itu diusap perlahan.
"woi bangunlah orang tua woi! Malu kat orang je. Kejap lagi ada orang nak datang tu!" tempik Farhan. Berapi saja dia melihat kura-kura tua bercinta.
Panas sahaja dia melihat adegan pasangan itu diruang tamu. Masalahnya sekarang ni? Kenapa dia berada disitu?
Terus Fareq tegak kan tubuhnya. Melihat ke arah Farhan. Dia terus melipat toto dan selimut yang digunakan serta terus meletakkannya di dalam bilik. Lega Haura. Nasib baik ada Farhan.
"Thanks, Farhan" Haura tersenyum nipis. Sempat Farhan membalas senyuman itu dengan senyuman manis.
"akak? Mai lah kita duduk kat pangkin tu. Biar abang jealous pulak. Hehe" muncul idea gila Farhan. Terus Haura tersenyum misteri. Boleh juga tu. Semalam bukan main lagi kau kan?
"jom" setuju. Mereka berdua pun berjalan ke pangkin belakang rumah.
Sambil melihat permandangan indah dengan angin yang sepoi-sepoi bahasa. Fuh! release tension betul. Hilang segala kekusutan di kepala.
>>>
"Sweetheart?!" jerit Fareq dari dalam rumah. Mencari sang isteri yang hilang entah ke mana. Hilang isteri kejap macam bapak hilang anak saja gayanya.
"Sweetheart?!" panggil lagi. Dia berjalan ke arah dapur. Tangga kayu itu dipijaknya. Melihat beberapa manusia yang sedang duduk di dapur. Masak sarapan pagi.
"apa benda kau ni bang? Bisinglah" marah Farah. Matanya sudahlah pedih dok kupas bawang ni. Si abang sibuk terjerit-jerit memanggil si isteri.
"Haura mana Haura? Bini aku mana?" tanya Fareq. Gelisah.
"bini kau kat belakang tulah. Dengan Farhan!" ujar Farah. Dia menyambung mengupas kulit bawang itu. Tidak di hairankan abangnya.
Laju kaki keluar dari dapur. Dia melihat dua figura lelaki dan perempuan duduk di pangkin itu. Kelihatan dari jauh seperti pasangan bahagia. Kaki melangkah laju ke arah pasangan itu. Dia terus menyambar kaki si perempuan.
"sweetheart jangan macam ni please?" rayu Fareq.
Ni apa pasal orang tua ni. Kaget dia melihat Fareq yang sudah duduk di atas tanah sambil memeluk kakinya. Farhan sama juga kaget. Orang tua ni apa pasal?
"abang? Apa ni?" pelik melihat perangai manja Fareq.
Tiba-tiba keluar air mata dari celah kelopaknya. Fareq menangis. Ok ni pelik. Laju Farhan melangkah menjauhi pasangan itu.
Ni bukan pelik bin ajaib. Ni namanya pelik bin mustahil. Kenapa Fareq tiba-tiba menangis? Period ke mamat ni? Tahulah Haura sudah 6 bulan tak datang bulan. Takkan berganti pula pada Fareq.
Tangan Fareq ditariknya agar duduk disebelah. Dia memandang mata yang sudah memerah itu. Walaupun esakannya kecil, dapat dia rasakan bahawa suaminya mempunyai masalah. Masalah cemburu.
"hey abang? Why are you crying?" soal Haura. Dia mengusap lembut rahang Fareq.
Mata mereka saling bertetapan. Lama. Kemudian mata Fareq semakin kuyu. Dia rebahkan kepalanya di bahu Haura. Apa drama china tu? Put you head on my shoulder? Begitulah kira-kira.
"abang okay?" Fareq masih lagi diam. Esakan sudah pun berhenti. Kepalanya masih lagi dibahu Haura. Tangan kanan memeluk pinggang Haura, manakala tangan kiri mengusap perut Haura.
"kenapa abang tiba-tiba manja ni?" soalan lagi. Soalan itu berlalu ditelinganya, seperti lalat lalu sahaja. Dia masih lagi diam. Menglap sisa air mata dan hingus yang meleleh tadi.
"abang nak Haura nyanyi untuk abang?" pujuk Haura lagi. Fareq hanya mengangguk. Haura tersenyum kecil.
Matamu
Ditarik dagu Fareq untuk memandangnya. Mata hazel itu dipandang sayu.Bersinar bagai pelangi
Kebetulan pula dihujung sana telihat pelangi yang sudah sedikit pudar. Macam kena timing pula.Ingin ku lukis wajahmu
Buat peneman mimpi
Di tarik lagi dayu Fareq untuk menatap matanya. Sungguh dia jatuh cinta berkali-kali dengan mata hazel itu.Izinkan aku
Pinjam hatimu.. agar dapat ku rasa.. bagaimanakah cinta
Sambung Fareq. Fareq dan Haura saling membalas senyuman.Rela
Kuserahkan seluruh hatiku
Dia mengusap lembut rahang itu. Rambut yang ditiup angin itu diselitkan dibelakang telinga.Selama mana yang termampu
Cinta ini hanya untuk mu
Dia turut menguncup dahi putih Haura. Mereka terus membalas pelukan."abang rindu sweetheart" kata Fareq. Mata hitam Haura ditatapnya penuh minat.
"alah. Baru satu hari tak tidur sama-sama. Dah rindu?" soal Haura. Jari telunjuknya diletakkan didagu.
"mestilah" jawab Fareq manjah. Manja kali dia wokwokwokwok.
Bah!
"opocut mak kau!" terkejut Farah.
Dia kusyuk melihat dan mendengar sweet talk dari love bird di pangkin itu. Sungguh kelihatan bahagia.
"kau kenapa Farhan!" marah Farah. Buat terkejut dia saja.
"ohh. Kau usya abang dengan akak eh?" duga Farhan.
Memerah muka Farah. Alamak kantoi pula.
"hahaha. Dahlah kau kak. Haih. Untung akak. Dapat suami caring macam tu. Manja. Penyayang. Cemburu pulak aku" ujar Farah. Jelas diwajahnya. Cap cemburu cap ayam didahinya.
"betullah tu. Aku pun suka tengok dia orang. Comel je" Farhan mengaku.
Kalau nak dibandingkan dengan Fitri dan Ayra. Tak pernah pula tengok abang yang satu itu bersweet sweet. Paling-paling pun suap-suap je. Lepastu muka beku dia? Lagi tak boleh tahan. Rasa macam nak sepak je. Itu pasal anak dia pun ikut sama macam bapak dia. Beku memanjang. Ayra pun kadang-kadang membeku juga. Susah berdepan dengan keluarga kutub utara tu.
"hah! Tengok apa tu?"
Mereka berdua turut diserjah oleh Puan Zaiton. Kaget kedua-dua cucunya. Tangan kanan naik mengusap dada.
"tok ma! Terkejutlah kami" Farah memegang bahu Puan Zaiton.
"kamu buat apa kat sini?" soal Puan Zaiton. Dia turut melihat Haura dan Fareq sedang berpelukan di pangkin. Amboi sweet betul.
"tak ada apalah tok ma. Tengah kira daun tadi" bohong Farhan. Daun tengkorak dia.
"eleh. Tak payah nak menipu. Kamu berdua tengok abang kamu kan?" duga Puan Zaiton.
Bagaikan ditembak mengena tetap di kepala sendiri. Headshot. Alamak betullah pulak. Farhan dan Farah mengaru belakang leher masing-masing. Awkward je memang macam tu. Dah dapat baca dah."hehe" serentak.
"dahlah tu. Mari bantu tok ma. Kita pergi simpan barang-barang yang pinjam semalam kat surau" ajak Puan Zaiton.
Memandang semua sepupu-sepapatnya sudah pun pulang pagi tadi. Maka hanya tinggal mereka sekeluarga dan Epul. Itu pun Epul sudah hilang ke mana.
"ok"
>>>
Mereka pun memilih barang-barang yang dipinjam semalam dan memuulangkannya ke tempat asalnya.
"kami balik dulu ye tok ma! Epul!" jerit Puan Tania dari dalam kereta.
"Epul! Jaga tok ma elok-elok!" jerit Fareq pula. Akhirnya tiga buah kereta itu keluar dari perkarangan rumah kayu Puan Zaiton. Mereka turut melambaikan tangan ke arah Puan Zaiton.
TBC
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...