Pemandangan pertama Haura adalah siling putih bilik Farah. Dia bangun dari baringannya dan duduk melunjur.
"apa dah jadi semalam? Kenapa? Kenapa kepala aku sakit?" dia melihat tubuhnya. Bajunya sudah berganti.
"hah?!" apabila dia mengingat semula akan peristiwa semalam. Dia terus menekup mulutnya. Dia berpaling ke arah sisi. Tiada orang?. Kedengaran bunyi pintu bilik air dibuka. Dia melihat seorang wanita sedang mengelap rambutnya.
"eh. Akak dah bangun?" tanya Farah. Laju kaki menghampiri susuk tubuh diatas katil.
"awak sapa?" soalan di balas soalan.
>>>
Mereka melangkah menuruni anak tangga ke tingkat bawah. Semua ahli keluarga sedang menikmati sarapan pagi. Dia melihat Fareq yang segak memakai baju kerja. Mamat ni hensum betul. Dan disebelahnya Fitri yang sedang menyuap nasi ke dalam mulut budak kecil. Ayra sedang menurunkan lauk. Dan Puan Tania serta Encik Adrian sedang duduk dimeja makan.
"eh duduk la Haura. Kenapa tercegat lagi tu?" tersentak dengan soalan Puan Tania dia melabuhkan punggungnya di kerusi berhadapan Fareq.
"aku dekat mana ni Fareq?" tanya Haura setelah lama berdiam. Dia melihat sekeliling kawasan yang tidak dikenalinya dia turut melihat Farah sedang mengisi nasi goreng ke dalam pinggan dihadapannya.
"rumah mummy Fareq" kata Farhan yang baru saja muncul.
" makan la dulu, Haura" jemput Puan Tania bersama senyuman manis.
"terima kasih.. puan" balas Haura. Kita panggil Haura je la. Inayah macam susah je kan? hehe
"tak apa.. panggil mummy sahaja" ujar Puan Tania. Haura mengangguk dan tersenyum ke arah wanita dan lelaki berumur itu. Dia turut menangkap jelingan mata Fareq dihadapannya. Haura terus menyuap nasi ke dalam mulutnya.
"Fareq pergi kerja dulu my?" Fareq berkata apabila dia selesai makan. Dia turut menyalam kedua orang tuanya dan menyalam adik-adiknya serta mencium pipi kembar itu.
"Baik Fareq. Hati hati" pesan Puan Tania.
"tunggu aku bang. Nanti aku lambat nak masuk kelas" laju Si Farhan mengejar langkah Fareq.
>>>
Selesai makan. Banyak persoalan yang mereka bertiga ingin tahu daripada Haura. Iaitu apa dah jadi. Bagaimana? Berapa? Untuk siapa? Ceh terkeluar pulak masalah asas ekonomi Form 4. author dah habis sekolah eh. Ha jangan salah sangka pulak.
"abang bawak budak budak ni pergi taman tau Flower?" ujar Fitri, bersama dua orang anak kembar dalam pimpinannya.
"eh abang tak kerja ke?" tanya Ayra.
"tak.. malas la masuk" ujar Fitri. Haura hanya menjadi penonton dalam drama anak beranak itu.
"ok la. Hati hati. Sayang ibu" kata Ayra. Dia turut mencium kedua pipi anak kembarnya itu.
Tiga ketul itu pun keluar dari rumah. Ayra, Farah dan puan Tania mendekati Haura. Mereka memulakan sesi 1001 persoalan.
"Haura ingat tak apa jadi malam tadi?" tanya Puan Tania.
"Haura.. Haura tak berapa ingat la mummy. Yang Haura ingat. Haura... Haura" air mata Haura mengalir keluar.
"shuu it's okay. Kami ada" Ayra dan puan Tania memeluk erat tubuh itu.
"sebelum Haura jumpa Fareq malam tu..."
Flashback
"hah? Kenapa abang nak jumpa Haura ni?" tanya Haura. Mereka berada di sebuah restoran pada malam itu.
"abang.. abang nak mintak maaf atas sebab dah rosakkan majlis kita. Abang mintak maaf sebab dah buat benda yang tak sepatutnya.." kata Hafiz, kepala ditundukkan. Malu untuk melihat pandangan mata helang milik Haura.
"hah? Abang sedar tak apa yang abang buat tu salah? Tak apalah, lagipun Izzah tu isteri abang" kata Haura. Air dihadapannya di teguk rakus. Haus.
"Haura... abang tahu abang salah. Abang terlalu cintakan Izzah sampai abang...?" Hafiz dengan muka yang sedikit merayu
"sudahlah abang, Haura tak nak dengar lagi. Sekarang ni, Abang perlu bertanggungjawab atas apa yang abang buat! Lagi pun Izzah tu mengandung tau. Anak yang dia kandungan kan tu. Anak abang!" marah Haura. Banyak mata sedang memandangnya mereka.
"iya. Abang tahu abang salah. Abang dah terlanjur. Tapi abang tak sedar semua tu Haura? Macam semua benda ni berlaku sebab rancangan seseorang. Abang tak tahu siapa orang tu, Haura" terang Hafiz.
"Haura tetap tak percaya. Apa-apa pun abang tetap kena bertanggungjawab atas apa yang abang buat. Jaga bini abang dan pasal semua ni biar Haura setel" dia mengambil semua barangnya dan berjalan keluar dari restoran itu
Haura berjalan laju menuju ke tingkat basement. Dia melihat seorang lelaki berbadan tegap sedang mengejarnya. Langkah kakinya mula tidak stabil akibat minum air tadi. Haura tetap gagahkan diri untuk lari dari situ.
Lelaki itu tersenyum sinis. Ia dia yang merancang pertemuan antara Haura dan Hafiz. Malangnya apabila lelaki itu dapat mencapai lengan Haura. Waktu itu mereka berada di tangga.
"kalau aku tak dapat kau. Orang lain pun tak kan dapat kau. Sebelum kau kahwin dengan orang lain. Baik aku rasmi kau dulu" lelaki bermask gelak jahat. Dia menarik baju Haura. Belum sempat dia meremtap baju itu. Haura menggunakan seluruh kekuatan yang ada untuk menyepak kelangkangnya. Lelaki itu jatuh terkulai. Makan tu orang tua gila.
Haura berlari mengikuti seorang lelaki. Dia kenal lelaki itu. Fareq!
"Fareq tolong aku Fareq!" Haura
"apa hal ni Haura?" tanya Fareq
"tolong bawak aku pergi dari sini! Cepat!" pinta Haura.
Setelah 10 minit dia cuba melawan kesan ubat yang bercampur air tadi. Kuat gila. Walaupun dia minum sedikit. Kepalanya rasa berdenyut kuat.
Setelah menjawab semua persoalan Fareq. Dia tidak dapat mengawal dirinya. Kenapa panas?
"Fareq.. aku.. panas?" Haura berkata dengan suara yang cukup mengoda para lelaki.Cupp
End flashback
"itu je yang saya ingat mummy" Haura memeluk tubuh Puan Tania. Kesal dia mengingati peristiwa pahit itu.
"ya Allah. Ni papa Haura tahu tak Haura di sini?" tanya Puan Tania.
"tak. Phone Haura. Rasanya terjatuh masa dekat tangga waktu bergelut dengan lelaki tu" Haura menerangkan. Betul tu, papa lagsung tidak mengetahui hal ini.
"Hafiz tu siapa kak Haura?" Ayra memberanikan diri untuk bertanya manakala Farah hanya membuka telinga.
"dia.. dia bakal suami tak jadi Haura. Dia curang sebulan sebelum majlis nikah kami. Haura batalkan perkahwinan tu bersebab. Jadi Haura rancang dengan kawan-kawan Haura untuk jatuhkan dia masa hari nikah kami. Haura tahu dia pernah terlanjur dengan perempuan yang bergelar isteri dia sekarang. Lepastu kami buat satu video untuk jatuhkan dia. Haura tahu Haura jahat... Bukan itu menjadikan masalahnya sekarang ni. Haura tahu ada orang lain disebalik semua yang berlaku ni. Nasib baik Fareq ada" ujar Haura.
"ya Allah... sabar Haura " pujuk puan Tania dan Ayra. Farah hanya mampu mendengar cerita Haura. Kenapalah nasib Haura harus begini?
"Haura tak nak blik rumah papa. Dia.. dia ada dekat rumah papa. Dia selalu ada dekat situ. Dia perhati kan Haura mummy. Haura takut" Haura.
Di sisi lain... Hafiz pulang kerumahnya.
"abang? Abang dah balik?" tanya Izzah. Dia terkejut melihat suaminya dalam keadaan lemah dia cuba memimpin tangan lelaki itu.
"Izzah?" Hafiz berjalan mendekati Izzah.
"abang nak mandi dulu. Izzah siapkan makan malam boleh?" ujar Hafiz bersama senyuman manis.
Izzah tersenyum manis. Dia berjalan ke arah dapur dan menyiapkan makan malam mereka. Dia turut mengusap perutnya yang masih leper.
TBC
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...