episod 41

129 4 0
                                    

Hari ini sudah masuk bulan ke 7 untuk usia kandungan Haura dan juga Ayra.

Seperti kebiasaannya mereka akan duduk melunjur dihadapan kolam renang sambil menikmati kopi panas. Puan Tania turut serta dalam kumpulan itu. Tenang sahaja.

Haura melibas rambutnya kebelakangan, air kopi o panas itu dicicipnya perlahan. Walaupun hanya dibelakang rumah. Tapi terasa aman seperti di kampung. Sekurang-kurangnya dia tak perlu berjumpa dengan si tua tu lagi. Janda gedik.

"Ayra? Akak rasa macam nak makan masakan Ayralah malam ni. Mesti sedapkan?" Haura berkata sambil dagunya diketuk-ketuk dengan jarinya.

"lah. Kita pun rasa macam nak kak Haura yang masak hari ni. Mesti sedapkan?" ujar Ayra pula. Mengidam suruh orang masak walhal rasa dia sama saja.

"apa kata? Kita masak sama-sama nak?" serentak mereka berkata. Mereka tergelak kecil.

"mummy nak tolong juga boleh?" sampuk Puan Tania yang duduk di kerusi malas itu.

"boleh mummy. Tapi mummy ke potong bawang je. Biar kami masak" ujar Ayra. Dia terus bersila. 

Pintu Villa itu dibuka dari luar. Empat pasang kaki kecil itu berlari ke arah Haura. Kaki Haura dipeluk.

"aunty Haura!" serentak Athar dan Ayran.

"ye sayang" dia turut menguncup kedua pipi anak buahnya. Comel sangat.

"aunty aunty? Boleh tak Athar nak letak nama baby?" tanya Athar. Wajah comel itu tersenyum manis. Haura tersenyum nipis.

"boleh. Apa dia?" soal Haura.

"hmm. Sebab nak bagi nama baby sama sikit dengan aunty kita letak Nayra Nur Kaisara? Ok tak Aunty?" tanya Athar.

Uuu sedap nama tu. Macam mana budak kecik ni boleh letak nama sesedap itu? Maknanya juga baik.

"Ayran pun ada cadangan jugak. Untuk adik baru Ayran" ujar Ayran. Dia turut memegang tangan ibunya.

"Ayran nak letak nama apa sayang?" tanya Ayra kepada anaknya. Rambut ala-ala korea itu diusapnya.

"Ayran nak cadangkan letak nama Daliqa Nur Airis? Sedap tak ibu?" tanya Ayran. Kecik-kecik dah pandai ni.

"amboi? Nak juga yang seakan-akan Dikanya? Kata Ayra.

"mestilah nak!" serentak Athar dan Ayran.

"eh ni Dikas? Nenek nak tanya? Ayah kamu mana? Kenapa tak muncul-muncul?" tanya Puan Tania. Anaknya yang dua ketul itu tidak pula muncul. Sedangkan pergi ke pejabat tadi menaiki satu biji kereta sahaja.

"ohh. Ayah, uncle Fareq, dan uncle Farhan tengah buli uncle Hayyan" ujar Ayran jujur.

Betullah tu. Dari dalam kereta lagi si Hayyan di marahi oleh Fitri dan Fareq. Entah apa yang mereka bincang pun Dikas tak tahu. Sekejap bahasa melayu. Sekejap English. Pening dibuatnya. Al maklumlah. Umur baru masuk 5 tahun.

"apa yang mereka buat apa uncle Hayyan? Tanya Haura pula.

"entahlah. Katanya nak buat ujian kelayakanlah. Apalah. Dikas pun tak faham" kata Ayran pula.
Ayra dan Haura berpandangan sesama sendiri. Puan Tania yang baru pulang dari tandas pelik melihat wajah menantunya. Lain benar.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now