episod 13

153 2 0
                                    

Flashback

"woi! Bagi baliklah pansel box aku Fareq!" marah Haura. Dia melompat-lompat anak untuk mencapai bekas panselnya dalam genggaman Fareq. Tangannya di angkat ke atas. Dek kerana kekecilan Haura yang hanya berketinggian 155cm pada masa itu. Kebetulan pula semua orang sedang rehat. Hanya tinggal mereka berdua sahaja.

"hahaha pendek" ejek Fareq. Tingginya pada ketika itu telah mencecah 170cm jauh beza tak?. Umur mereka pula baru 15 tahun. Tingkatan 3.

"bagilah bodoh" marah Haura. Geram dengan perangai tak semengah Fareq yang suka cari gaduh dengannya.

"aku pandailah. Aku nombor satu kut dalam kelas. Kau yang bodoh. Sebab dapat nombor dua je" ujar Fareq dengan lagaknya. Iya memang Fareq lebih cerdik daripada Haura. Fareq dan Haura sering bersaing mata pelajaran matematik di dalam kelas.

Apabila Fareq mendapat markah yang lebih tinggi daripada Haura. Dia akan mengejek Haura sehingga Haura menangis. Kuat sakat si Fareq ni.

"tak nak bagi" ujarnya. Dengan tak semena-mena belakang Haura ditolak oleh pintu dek kerana angin yang agak kuat.

Kebebuk! Haura jatuh di atas Fareq. Nafas mereka berlaga. Berbahang wajah Fareq dan Haura. Mata mereka saling bertatapan. Lama mereka dalam kedudukan seprti itu. Kebetulan pula adanya pelajar tingkatan 5 sedang berjalan melintasi kelas mereka.

Dan kejadian itu telahpun menjadi fenomena di sekolah mereka. Haura dan Fareq pernah dipanggil oleh cikgu disiplin atas kejadian tersebut.

Wajah Fareq hanya tenang sahaja menjawab semua soalan yang di tanya cikgu.

"betul ke apa yang kamu cakap ni Fareq?" ujar cikgu Suraya. Ragu-ragu dia mendengar jawapan Fareq.

"lah. Kalau cikgu tak percaya, cikgu tanyalah Haura" dia turut menjeling sekilas Haura yang menundukkan wajahnya. Kini empat pasang mata itu memandangkan Haura.

Kaku Haura untuk menjawab soalan daripada cikgu Suraya. Dia hanya mengangguk sahaja.

"dahlah cikgu. Apa yang saya cakap tu betul. Kalau saya ni jahat. Dah lama saya tarik si Haura tu pergi belakang blok. Pastu buat je benda tu. Senang" polos Fareq menjawab. Terbeliak mata Haura mendengar bicara Fareq.

"eh kesitu pula kamu" Cikgu Suraya. Dia menegakkan tubuhnya.

"dah tu cikgu tu tak percaya. Saya tak kan buat benda bukan-bukan dekat si Haura ni. Melainkanlah kalau dia isteri saya" ujar Fareq selamba. Lagi melopong Haura di buatnya. Gila.

"baiklah. Saya rasa sampai sini saja. Kamu berdua boleh masuk kelas. Dan janji dengan saya, perkara seprti ini takkan berlaku lagi boleh?"  ujar Cikgu Suraya.

"baik cikgu" ujar Fareq dan Haura serentak.

Cikgu Suraya membenarkan mereka pulang ke kelas mereka. Lama-kelamaan mereka berada disini macam-macamlah si Fareq ni merepek. Diapun bukannya betul sangat. Cikgu Suraya kenal sangat dengan perangai Fareq. Dan Fareq tak kan buat benda terkutuk macam itu.

"kenapa kau cakap macam tu hah?!" tanya Haura. Mereka berada di luar bilik disiplin. Sedang berjalan memasuki kelas.

"betullah apa aku cakap tu" ujar Fareq. Dia memberhentikan langkahnya dan melihat tepat ke dalam mata milik Haura. Rambut cantik dan peluh yang menitik dileher jinjang Haura ditatapnya sebentar.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now