episod 22

159 4 0
                                    

Haura membuka matanya apabila merasakan badannya dihempap oleh seseorang. Ya Allah beratnya. Fareq yang sedang memeluknya terus menatap mata hitam Haura. Lalu mata mereka bertembung.

"morning sweetheart?" Fareq mencium ubun-ubun Haura. Haura tersenyum nipis.

"morning abang" dia mengusap lembut rambut hitam perang paras kening itu. Dia turut perasan yang Fareq tu tidak berbaju.

"abang bangunlah. Nak patah pinggang Haura abang tindih Haura" ujarnya lagi. Fareq terus bangun dan duduk disebelahnya. Haura cuba menegakkan badannya. Jatuh selimut yang menutupi badannya. Laju tangan Fareq menyambar selimut itu. Menutup bahagian dada Haura yang terdedah.

Haura pun hendak turun dari katil itu. Tetapi dia merasakan perit di bahagian pinggang langsingnya.

"aduh aduh aduh..." Haura mengaduh sakit. Fareq terus sahaja turun dari katil dan menghadap Haura.

"sweetheart ok tak ni?" risau Fareq. Dia melihat Haura seperti susah untuk bangun. Lalu dia mencempung tubuh itu. "sorry about last night sayang?" katanya. Haura hanya mengangguk mengiyakan kata-kata itu. Tidak apa dia perlu biasakan diri. Al maklum lah dah kahwin. Kaki terus melangkah memasuki tandas yang berada di tingkat dua itu.

Selesai mandi Haura dan Fareq menjamah makanan yang disediakan oleh Fareq. Roti bakar mentega gula. Uuu sedap tu. Dan Air kopi o panas. Sekeping roti itu masuk ke mulutnya. Dia kelihatan bahagia. Habis sekeping, dia mengambil lagi sekeping lalu disuakan ke dalam mulut.

"abang.. Hari ni ada pergi mana-mana tak?" soal Haura. Dia menghirup air kopi o panas itu. Fareq terus memandangnya.

"tak ada. Kenapa Haura nak jalan-jalan ke sayang?" tanya Fareq.

"Tengahari mungkin tak.. tapi Haura nak ajak abang pergi karaoke dekat tempat kita orang. Nak ajak Jay dengan Tariq please?" ujar Haura sedikit merayu. Lama Fareq menatap mata cantik itu.

"ok. So abang tak masaklah malam ni?" Fareq berkata sambil menongkat dagunya memandang tepat ke wajah Haura. Haura mengangguk perlahan.

"oh ye apa kata kita pergi tengok wayang nak sekarang abang?" tawar Haura. Mungkin boleh luangkan masa bersama suaminya. Esok lusa suaminya itu sudah sibuk dengan urusan syarikat. Biasalah businessman.

"ala. Malas la. Nanti banyak wartawan datang. Dia sibuk nak tahu pasal pasu. Abang tak sukalah. Nanti dia orang goda abang. Nanti Haura marah abang pula" katanya jari telunjuknya di mainkan.

"hah? Tengok movie dekat sini jelah abang. Bawak laptop tak? Rumah ni mana ada tv pun" kata Haura. Dia melihat bahagian ruang tamu yang kosong, hanya ada sofa dan meja kopi sahaja disitu.

"ada.. dekat atas sebelah katil" kata Fareq. Lalu tangan Haura mencapai tangan Fareq menariknya menaiki tangga.

Setibanya di atas, Fareq meletakkan laptop itu di atas katil lalu Fareq meniarap. Laptop itu dibuka oleh Fareq.

"sayang nak tengok cerita apa?" dia melihat Haura yang sedang menarik langsir agar lebih gelap. Baru macam tengok wayang.

"hmm hantu" kata Haura. Dia turut meniarap disebelah Fareq.

"berani ke?" tanya Fareq sedikit curiga dengan Haura.

"abang ingat Haura penakut ke?" kata Haura berani.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now