episod 36

107 5 0
                                    

Haura tersedar dari lenanya. Dia sekarang berada di dalam bilik di rumah kayu itu. Nafasnya cuba dikawal. Fuh fuh.. di raba dikawasan sebelah. Fareq masih tidur. Dia duduk melunjur, mendekati suaminya, diusap lembut rambut Fareq. Sesekali dicium sekilas.

Hal itu mengejutkan Fareq dari tidurnya.

" sweetheart ?" Fareq duduk mengharap isterinya. Di usap kepala Haura. Sempat dia melihat jam didinding bilik itu. Menunjukkan pukul 3 pagi.

" sweetheart okay?" tanya Fareq lagi. Haura mengangguk kecil. Fareq terus menariknya ke dalam dakapannya.

"lapar ke?" tanya Fareq lagi. Namun pertanyaan itu tidak dibalas Haura. Haura mengeleng perlahan. Di lihat mata hazel Fareq. Ditenungnya dalam dalam. Rambut panjang itu diselit dibelakang telinga.

"hey sayang? Kenapa ni? Sayang okaykan?" lembut dia bertanya. Haura hanya mengangguk. Bermakna dia baik baik saja.

"Haura tidur ye?" ajak Fareq. Haura pun berbaring disebelahnya. Dipeluk Fareq. Fareq turut menepuk-nepuk punggung Haura. Gaya-gaya menidurkan bayi kecil. Setelah beberapa minit Haura tertidur jua. Sekucup dahi isterinya sekilas. Fareq pun tertidur akhirnya.

>>>

Selesai sarapan pagi, Haura sibuk menikmati pemandangan sawah padi yang menghijau itu. Dihirup kopi sekilas. Epul datang menyapa.

"akak?" tegurnya mesra.

"eh Epul! Terkejut akak?" Haura turut mengusap dadanya gara gara terkejut.

"sorry kak! Eh laki akak mana? Tak nampak pun" tanya Epul. Tidak pula dia melihat abang sepupunya itu selepas sarapan tadi.

"ada kat depan. Tolong tok ma kot" balas Haura. Dihirupnya lagi kopi panas itu. Tiba-tiba terasa perutnya ditendang. Detis Haura.

"Aww!"

"eh akak! Kenapa?" tanya Epul. Cemas dia melihat Haura tiba tiba berdetis.

"baby sepak" dia mengusap perut itu.

"wowow baby. Behave. Sian mummy awak!" ingin dia mengusap perut boyot itu.

Entah dari mana datangnya. Tiba-tiba tangan Epul ditepis Fareq. Bagi lagu rizz satu.

Fareq memandang tetap ke arah mata Epul. Semestinya pandangan tajam.

"so.. sorry bang. Tak pegang lagi" tergagap dia ingin meminta maaf. Dan terus angkat kaki dan beredar dari itu. Fareq menjeleng sehingga susuk itu sehingga hilang dari pandangannya.

"abang?" tegur Haura. Dia menyentuh lengan Fareq.

Berani dia nak usap-usap perut bini aku? Nak mati? Eyyy besar kecik besar kecik je aku tengok kau ni Epul. Nasib baik la kau tak sentuh lagi. Kalau tak kudung tangan huduh kau tu!

"abang?" panggil Haura sekali lagi. Lengan Fareq digoncang perlahan.

"Jom sayang? Tok ma suruh pergi pasar pagi. Cari ikan?" ajak Fareq. Ditarik lengan Haura menuju ke bilik mereka.

>>>

"abang nak cari ikan apa?" tanya Haura. Dia sedari tadi hanya membuntuti Fareq dari kedai sayur hinggalah kedai ikan.

Fareq pula hanya menarik tangannya agar Haura tidak hilang dari pandangannya. Bahaya bini dia lawa. Nanti kena sodok dengan buaya air masin? Macam mana?

"Haura nak ikan apa?" tanya Fareq pula. Mereka melihat ada beberapa ekor ikan disitu. Buntu mahu pilih yang mana? Perawan atau janda?

"hmm patin nak? Boleh buat patin tempoyak. Haura makan?" tanya Fareq lagi. Haura mengeleng laju.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now