episod 6

202 4 0
                                    

Fareq tiba di rumahnya tepat jam 6:00 petang. Dia membuka pintu Villa itu dan melihat seorang gadis sedang mengikat rambutnya yang panjang mengurai. Yaa kenapa nampak sexy sangat ni? Haura.

Haura terkejut dengan kehadiran lelaki itu di depan pintu. Lalu Haura menegurnya.

"Fareq?" tegur Haura. Lama Fareq melihat tubuh gadis itu. Kelihatan anggun dan cantik di matanya. Malah di tergamam melihat kecantikan Haura.

Fareq tersentak. Dia terus mengelengkan kepalanya beberapa kali dan terus masuk ke rumah. Hairan. Kenapa sunyi sangat rumah ni?. Selalu si kembar tu akan jerit terlolong macam kena sampuk.

"mana yang lain?" tanya Fareq. Sekeliling rumah turut diperhatikan.

"mmm... Farah, mummy dengan papa pergi pasar borong. Ayra, Fitri dengan anak dorang pergi main taman hujung tu" jawab Haura, dia masih lagi berdiri statik disitu.

"eh. Farhan tak balik lagi?" tanya Fareq. Kaki melangkah mendekati tangga. Memandangkan Haura sedang berdiri dihadapan tangga.

"ada. Dia pergi jumpa kawan dia. Nanti kejap lagi dia balik" kata Haura.

Fareq menilik setiap inci baju yang di pakai Haura. Bajunya agak terdedah dibahagian leher. Leher baju tu londeh ke?

"haihh.. kenapa si Farah bagi kau pakai baju macam ni?" keluhan berat dilepaskan.

Haura melihat baju yang dipakainya. Dia sedar. Baju itu agak terdedah. Tapi baju tu sahaja muat dengannya. Dia terus mengalirkan pandangannya ke arah Fareq.

Kini mata bertentang mata. Fareq telan air liur kasar. Awek ni kenapa lawa sangat. Dia terus mengalirkan pandangannya dan menaiki tangga. 

Sempat dihalang oleh Haura. "Fareq kejap".

Fareq menoleh. Dia melihat wajah Haura yang mula memerah.

"kenapa?" tanya Fareq.

"bo.. boleh tak..nak pinjam fon?" tanya Haura takut_takut. Tengok mata mamat ni sumpah mengancam.

Tanpa basa-basi Fareq mencapai iPhone 14 keluar dari poket dan membuka kata laluan. Serta diserahkan kepada Haura.

"nah. aku nak naik dulu" Fareq. Lalu dia terus melangkah menaiki tangga.

"terima kasih" Haura mencapai telefon itu. Lalu dia menelefon Jay dan Tariq memberitahu keberadaannya. Dia turut memesan agar Tariq dan Jay memberitahu papanya dia berada bersama kawan sekolahnya untuk minggu ni. Iya la tak kan nak bagitau dekat papanya dia berada di rumah Tuan Dani. Mati kena gayang macam tu je.

>>>

"Fareq?" tegur Haura. Dia menyerahkan kembali telefon milik Fareq. Kini telefon bertukar tangan. Mereka sekarang berada di dapur.

"kau ada nak makan apa-apa ke? Biar aku sedia kan?" pelawa Haura.

"boleh?" tanya Fareq. Dia melabuhkan punggung di kerusi kitchen island.

"hmmm" tanda berfikir. Lalu matanya tajam melihat wajah cantik Haura. Segan Haura dibuatnya. Janganlah pandang aku macam tu Fareq!

"nak. Nak makan kau" Fareq jawab selamba. Dia turut tersenyum miang. Gila la.

"hah?" Haura tak faham. Sebab perkataan terakhir itu perlahan saja diucapkan Fareq.

"nak kau kahwin dengan aku. boleh?" sambil tersenyum manis kearah Haura. Terus berubah rona warna pipi Haura dek kerana ayat itu. Ada ke ajak kahwin begitu?

"haha. Janganlah cuak. Kau akan jadi milik aku jugak nanti" ujar Fareq yakin. Dia terus menuang air ke dalam cawan yang berada di meja itu.

"kau tolong ambilkan nasi je la, lauk pun ada atas meja ni ha" ujar Fareq setelah melihat wajah merah Haura. Comel. Nak usik Haura lagilah!

Haura terus menuang nasi ke dalam pinggan dan diserahkan kepada Fareq.

Haura duduk di hadapan Fareq. "weh? aku nak tanya ni" Fareq memandang Haura sekilas.

"apa dia?" Haura memandang wajah kacak itu dengan penuh fokus.

"boleh tak aku nak tahu. Apa jadi malam tu?" tanya Fareq lagi. Nasi turut disuap ke dalam mulut.

Haura mengeluh kecil. Dia menceritakan segalanya yang terjadi malam tu.

>>>

"oh patut la kau tiba-tiba goda aku. Nasib baik iman aku kuat. Kalau tak.. aku..." terbantut bicara Fareq apabila Haura menekup mulutnya tanda senyap. Malulah dia.

"mmm tapi tak pe. Aku suka. Tapi aku lagi suka kalau kita dah kahwin?" memang sewel la budak ni. Dia punya ajak orang kahwin dari episod 1 lagi.

"aku rasa... lelaki gila tu mesti tengah cari aku. Aku takut la nak balik rumah papa" Haura risau. kerana orang 'gila' itu ialah orang kuat Dato' Zainal.

"tapi papa kau tahu ke kau ada dekat sini?" Fareq polos.

"tadi aku call Jay dengan Tariq je. Aku tak call papa. Tapi aku pesan dekat dorang yang aku ada dekat rumah kau. Tapi aku pesan kat dorang suruh cakap kat papa yang aku kat rumah kawan aku" terang Haura.

"oh... eh tapi an. Kau tak nak ke balik rumah papa kau? Macam kesian je aku tengok dia. Pagi tadi, aku ada singgah Lopak.. sebab adalah urusan perniagaan kejap. Lepas tu aku tegur Dato'. dia nampak macam bapak hilang anak. Ha.. tapi betul la tu.. kau tak nak balik ke?" tanya Fareq. Nasi terus suap ke dalam mulut.

"kau halau aku ke?" tanya Haura pula. Kepalanya turut terteling.

"bukan halau. Iya la. Macam kita ni. Ha mana ada apa-apa ikatan. Kalau aku dengan adik aku tu tak apa. Adik beradik. Kau tu. Kau dengan aku bukan mahram. Bukan menantu pun dalam rumah ni. Kau orang luar. Nanti karang pejabat agama Islam datang. Kang tak pasal-pasal kita kahwin free? Tak gitu?" Fareq menghirup air sirap yang disediakan oleh Haura.

Haura memandang wajah Fareq yang nampak sedikit merah di bawah mata. Amboi. Bongok bongok pun pandai blushing eh si Fareq ni?

"betul" sepatah perkataan keluar dari mulut Haura. Kalau nak difikirkan benar kata-kata Fareq. Tapi dia perlu mengelak daripada orang 'gila' yang mengejarnya semalam. Apabila dia melihat wajah dihadapannya, dia teringat semua kisah silamnya disekolah menengah. Terutamanya, semasa Fareq pindah ke London. Dia sering kali dibuli, dibenci malahan turut dicaci. Akhirnya dia berpindah sekolah.

TBC



Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now