episod 5

227 5 0
                                    

Beberapa hari kemudian...

Fareq berjalan ke kereta Mercedesnya di tempat parkir basement sebuah mall. Masa menunjukkan pukul 11 malam. Dia menghadiri satu majlis pelancaran melibatkan syarikat Adri'nia.

Sedang dia berjalan menuju ke keretanya, dia mendengar satu suara jejak kaki yang sedang berlari ke arahnya. Dia melihat kepada 'benda' tersebut. Dia melihat seorang gadis memakai seluar Jean, berjaket kulit, dan rambut yang kusut masai berlari ke arahnya.

Perempuan itu terus meminta bantuan. Fareq kenal akan gadis ini. Haura

"Fareqq! Tolong aku Fareq!" pinta Inayah cemas. 

"apa hal ni Haura?" tanya Fareq. Dia melihat wajah cemas Inayah

"cepat Fareq bawak aku pergi dari sini! Cepatt!" Inayah semakin cemas. Terus saja Fareq membuka pintu kereta sebelah pemandu untuk Inayah. Lekas Inayah masuk ke dalam. Fareq serta merta menghidupkan enjin kereta dan keluar dari parkir basement.

Dalam 10 minit perjalanan Fareq membuka bicara setelah melihat wajah Inayah sedikit tenang.

"weh! Kau ok tak ni?" Tanya Fareq prihatin.

"ada.. ada orang nak rogol aku, Fareq.." air mata sudah turun ke pipi putihnya. Inayah turut menekup mukanya pada lututnya.

"apa!??" Fareq turut menghentikan keretanya di bahu jalan. Terkejut dengan apa yang dikatakan Haura.

Inayah mengelengkan kepalanya. Inayah mula cemas. Kuajar sape berani sentuh bakal bini aku? Lalu dia melihat sisi wajah Inayah yang menekup mukanya.

"dia... dia sentuh kat mana?!" tanya Fareq serius. Terlebih serius? Yes!

"takk.. dia tak sempat buat apa apa... aku sempat sepak dia tadi" kata Inayah yang sedang teresak-esak.

"fuh. Alhamdulillah. Biar aku hantar kau balik rumah Dato' ok?" Fareq berura-ura untuk memandu semula.

Inayah terus memandang ke arah Fareq yang sedang memandangnya. Sambil menggelengkan kepalanya.

" no.. no.. noo! Bawak la aku pergi mana mana. Asalkan bukan rumah papa..tolong lah!" rayu Inayah.

"ok.. aku hantar kau pergi hotel berdekatan. Eh mana boleh.. nanti orang tu dapat cari kau. Bodoh nya aku ni" Fareq berkata sambil menepuk dahinya.

"habis tu nak pergi mana pulak ni?? waduh. weh ada idea tak?" dia melihat Inayah disebelahnya.

Secara tiba-tiba Inayah membuka baju jaketnya. Terkejut bukan kepalang si Fareq. "eh eh. kau buat apa ni?" tanya Fareq. Cemas. 

"Fareq.. kenapa?.. kenapa badan aku panas Fareq.." dengan suara yang penuh mengoda. Pergh tercabar iman Fareq. Tetapi dia tahu, mesti ada sesuatu yang berlaku. Secara tiba-tiba Inayah menarik kedua pipi Fareq dan bibir mereka berpaut. Lama.

Membulat mata Fareq dengan tindakkan gila Inayah. Ha sudah. Yang bawah 18 tu skip part ni. Rosak iman.

Fareq tersentak dan menolak tubuh Inayah. Dia keluar dari perut kereta yang membuka pintu penumpang hadapan. Dia mencempung tubuh Inayah masuk ke tempat penumpang belakang. Dia turut mengikat tangan Inayah menggunakan jaket Inayah tadi. Dan kebetulan ada kain di belakang seat. Dia turut menyumbat kain tersebut ke dalam mulut Inayah, supaya Inayah tidak mengeluarkan sebarang kata yang dapat mengoda imannya. Sudah la imannya tipis sejak dia lihat Inayah tempoh hari di majlis nikah tak jadi itu. Jaket yang berada pada tubuh Fareq dibuka dan menutup badan Inayah yang sedikit terdedah. Lalu dia membawa keretanya meluncur di jalan raya. Gila.

>>>

Setibanya di Villa milik keluarga Fareq. Dia mencempung gadis itu dan mengetuk pintu sekuat- kuatnya.

Farhan yang sedang bermain permainan video di dihadapan television terkejut dengan ketukan itu. Dia berlari ke pintu dan membukanya. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat abangnya sedang mencempung tubuh seorang gadis.

"weh. Abang apa ni? Asal tangan dia berikat?" tanya Farhan. Pelik dia melihat tubuh seorang gadis itu terikat. Siapo poluk si sewel ni culik ni?

"cepat la tolong aku bawak dia masuk!" marah Fareq. Banyak borak la budak ni!

Cepat-cepat Farhan membantu mereka masuk ke dalam rumah. Tubuh itu diletakkan di atas sofa. Kebetulan seisi keluarga masih belum tidur dek kerana sibuk membuat kuih. Tinggal si kembar tu je yang sedang tidur di tingkat atas.

Semua yang berada didapur terus datang ke ruang tamu apabila mendengar bunyi bising yang datang dari ruang tamu. Mereka terkejut melihat sekujur tubuh yang sedang terbaring.

"Ya Allah siapa ni Fareq? Kamu buat apa ni?" tanya Puan Tania apabila melihat gadis itu diikat dan disumbat dengan kain dimulutnya.

"my.. mummy jangan salah sangka my. Ini. Ini anak Dato' Zainal. Dia datang kat Fareq. Dia kata ada orang nak rogol dia. Lepastu Req tolong la dia. Pastu dia macam tiba-tiba mabuk. Pastu dia cium Req, my" Terang Fareq.

"kau gila? anak Dato' Zainal? Kau seriuslah bang?!" Terkejut Fitri disebelah Ayra.

"hah? Tapi kenapa berikat?" tanya Farah. Ayra dan Farah mendekati tubuh itu dan membuka ikatan jaket itu dan kain yang tersumbat di dalam mulutnya. Tiba tiba Haura memeluk tubuh Ayra yang berada di sampingnya.

"Sebab aku takut la. Karang dia cakap macam macam. Risau aku nanti dia rogol aku macam mana? aku ni masih teruna tahu tak? pegang perempuan pun tak pernah. Tu yang aku ikat tu" Fareq turut menjauhi Haura.

Terdengar suara halus milik Haura. " tolong aku Fareq... selamatkan aku Fareq. ada.. ada orang nak rogol aku....." sambil memeluk erat tubuh Ayra. Kaku Ayra seketika.

"sekarang macam mana ni mummy?" tanya Farah

"hmm" Puan Tania

"sudah. Farah, Ayra bawak dia naik atas kat bilik Farah. Buat apa yang patut. Esok pagi bila dia sedar kita terangkan pada dia." kata Encik Adrian menyampuk.

Lekas, mereka berdua mencempung tubuh gadis itu dan membawanya ke bilik Farah. Mujurlah biliknya terletak dekat dengan anak tangga.

 Mujurlah biliknya terletak dekat dengan anak tangga

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now