Kaki laju melangkah bunyi pertolongan itu. Bam! Pintu kayu itu disepaknya. Terpampang Haura yang sedang meronta dalam dakapan Caden.
Wajahnya jelas marah. Api kemarahannya sudah tidak dapat dikawal. Dia terus menarik Caden. Ditumbuk muka Caden sekali. Berdarah bibirnya.
"hahahah! Hero dah sampai?" kata Caden. Dia turut mengesat bibirnya. Ada cecair merah disitu. Dia tersenyum sinis.
"berani kau sentuh bini aku!" sekali lagi Fareq menghayunkan penumbuknya. Malang sekali Caden dapat mengelaknya.
Sesi tumbuk menumbuk semakin berlarutan. Fareq menyepak kaki kiri Caden. Caden menumbuk perut Fareq. Fareq dan Caden bergelut antara satu sama lain di dalam ruangan itu.
Haura menggunakan seberapa banyak kekuatan yang ada untuk melangkah ke arah Tariq dan Jay. Setibanya dia pada Tariq. Dia terus membuka ikatan tali itu.
Tariq memegang kedua belah kepala Haura. "kau tak apa apa kan?" tanya Tariq wajahnya risau. Tangan Tariq juga mengigil hebat. Haura mengeleng laju.
Nasib baik Fareq datang cepat. Kalau tak, tak tahulah nasib Haura seterusnya. Terus ditarik Haura dalam dakapannya.
"aku mintak maaf Haura" kata Tariq. Haura membalas pelukan itu. Tariq dah anggapnya seperti seorang adik. Dia sangat sayangkan Haura.
"jom bantu Jay" ajak Haura.
Mereka terus mendapatkan Jay. Jay masih lagi belum sedar dari pengsan.
"shuu" isyarat itu ditujukan pada Tariq dan Haura.
Beberapa anggota polis sudah tiba disitu.
Bam! Bam!
Tubuh Caden jatuh terkulai apabila dua das tembakan mengena tepat pada dadanya. Fareq cepat menjauhkan diri dari Caden.
Sebelum mata Caden tertutup rapat. Sempat dia tinggalkan satu pesanan pada Fareq. "kau tak kan kecapi bahagia tu Fareq" dan Caden pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia disahkan meninggal dunia ditempat kejadian.
Apa maksud Caden?
"Jay!" jerit Haura.
Laju kaki Fareq mencari sang isteri. Memperlihatkan Jay diatas riba Haura. Tariq dan Haura menangis teresak-esak.
Tariq turut memeluk Haura. Terhenjut bahunya dek akibat menangis. Fareq menghampiri Haura. Haura terus memeluk Fareq.
"abang!"
>>>
Jay ditempatkan di red zone akibat pendarahan yang banyak dibahagian kepala. Masih didalam wad ICU. Tariq yang patah pergelangan tangan sahaja. Manakala Haura masih lagi di wad biasa. Belum sedarkan diri.
Fareq berjalan menghampiri Haura. Dia duduk dibangku itu. Teringat kata kata doktor tadi.
"maafkan kami Tuan Dani, kami dapat mengesan satu sel Angiosarcoma hati di dalam darah Puan Haura. Sub jenis kanser ini merupakan barah yang berlaku pada saluran darah organ hati. Berbeza dengan jenis kanser hati primer yang lain, proses patologi kanser ini berlaku pada kadar yang sangat cepat. Kami sarankan untuk keluar kan bayi secepat mungkin. Ini akan mendorong pada kecacatan bayi dan keselamatan Puan Haura." kata doktor tu.
YOU ARE READING
Dani Fareq! Stupid!! | C
Romancesecond story... kesinambungan daripada cerita MR'S DAIYAN FITRI.. kisah cinta Dani Fareq dan Inayah Haura Pertemuan secara tidak sengaja itu membawa Dani Fareq kepada cinta pertamanya Inayah Haura. Hal ini telah mendorong Dani Fareq untuk membantu I...