episod 21

170 5 0
                                    

"Haura! Cepat makan ubat ni" ujar Tariq. Ubat disuakan kepada Haura. Laju dia mengambilnya dan menelan ubat tersebut. Air mineral di capai lalu dia meneguk rakus.

Haura cuba mencari nafas. 1 minit... kemudian dia lena di tempat duduk belakang.

Kereta Mercedes itu laju dipandu oleh Jay. Tariq menjeling sekilas tubuh Haura dalam dakapan Fareq.

"dia berpeluh ke Tuan?" tanya Tariq? Fareq memgemgam tangan Haura.

"haah" katanya tisu disuakan kepada Fareq. Fareq terus mencapai tisu tersebut dan menglap dahi Haura yang sedikit berpeluh.

"kuatkan air con!" ujar Fareq lagi. Terus tangan Jay menekan button air conditioner.
Wajah Haura kelihatan tenang semula. Rambut panjang itu diikat agar kelihatan rapi terdedah sedikit kesan-kesan merah dileher jinjang itu. Kereta itu menuju ke rumah kondor milik Fareq. Fareq mempunyai rumah sewa, tetapi dia jarang tinggal disitu, kerana dia lebih suka menyusahkan mummynya.

Fareq mencempung Haura masuk ke dalam lift diikuti Tariq dan Jay, tingkat 5 tekan.

Tibanya ditingkat 5, mereka berjalan ke arah rumah dihujung bangunan. Kad kunci dicapai Tariq, lalu pintu besi itu terbuka.

Klash

Mereka berempat masuk ke dalam kondor dua tingkat itu. Kaki Fareq laju menaiki anak tangga dan menuju ke katil bersaiz king. Perlahan-lahan dia meletakkan tubuh Haura di atas katil.

Dia turun semula ke tingkat bawah dan mencari dua gerangan itu.

"korang baliklah dulu. Nanti apa-apa aku call?" ujar Fareq. Jay memegang bahunya. Sebotol ubat diletakkan diatas meja.

"nah. Apa apa jadi terus suap ubat ni" pesan Jay. Dia dan Tariq berjalan ke arah pintu.

"terima kasih tau"

"sama-sama" serentak Jay dan Tariq menjawab. Dia menghantar permergian kedua rakan isterinya itu ke dalam lift. Pintu rumah ditutupnya.

Dia melangkah masuk dan menaiki tangga. Wajah cantik isterinya dipandang sayu. Kemudian dia turun semula ke tingkat bawah, dia mengangkat semua barang dan naik semula ke tingkat atas.

>>>

Fareq menyediakan makan malam mereka. Hidangannya ialah sup ayam dan bubur nasi. Dari mana Fareq belajar semua ni? Semestinya dia belajar semua ni dari Ayra. Semasa Ayra sedang mengandungkan si kembar 4 bulan. Ayra sering memasak di dapur, katanya dia kepunan nak masak... jadi dengan kesempatan itu Fareq pun suka menyibuk di dapur. Katanya mahu bantu Ayra. Fitri pula hanya memerhati di kitchen island.

Sedang dia kusyuk membasuh periuk yang digunakan ketika memasak tadi. Sepasang tangan memeluk tubuhnya dari belakang. Kenal akan tangan putih kecil molek itu? Dia memusingkan badannya menghadap sang isteri.

"sweetheart?" Tiada sahutan daripada Haura. Haura msih lagi memeluk tubuh tegap Fareq.

Fareq melepaskan pelukan Haura. Dia memegang sisi kepala Haura dan mata mereka bertembung. Tiba-tiba keluar cairan jernih dari celahan mata itu. Gelabah Fareq dibuatnya.

"heii Sweetheart kenapa ni?" Fareq cuba menenangkan Haura. Haura terus memeluk tubuh tegap Fareq. Tanpa basah-basi dia menyambut pelukan itu. Diusap rambut itu perlahan.

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now