episod 3

240 7 0
                                    

Inayah melangkah memasuki gedung besar milik bapanya, Dato' Zainal. CEO Lopak Sdn Bhd. Dia mengetuk pintu bilik Dato.

"masuk" ujar Dato' Zainal. Inayah melangkah masuk ke dalam pejabat peribadi papanya.

"ada apa papa nak jumpa Haura?" tanpa dia sedari ada seorang lelaki berpakaian suite sedang duduk di hadapan meja kerja Dato' Zainal.

Fareq memusingkan kerusi itu menghadap suara tadi. Jeng jeng jeng.

"engkau!" membulat mata Inayah melihat seorang lelaki yang dikenalinya. Mamat sewel ni?

"ouh Haura kenal dengan Tuan Dani?" tanya Dato' Zainal.

"mana mungkin dia tak kenal saya Dato. Saya terserempak dengan anak Dato semalam. Mungkin dia masih terkejut? Right Sweetheart?" kening sebelah turut dijonketkan sambil memandang Inayah, senyuman penuh mengoda dilemparkan kepada Inayah.

Bagaikan ditampar dengan senyuman itu. Inayah menundukkan kepalanya menahan malu. Ceh mamat sewel ni. Kenapa mesti dia? Ehh geramnya akuuuuuu... setelah 10 tahun kot. Kenapa aku mesti jumpa orang gila ni lagi. Why? Dunia?. Fuhhh tenang Inayah Haura. Kawal ayu. Depan papa ni. Fuh semangat..

"kenapa papa suruh Haura masuk ofis hari ni?" tanya Inayah selepas meredakan malunya.

"papa dapat cadangan dari Tuan Dani. Kami dah bersetuju untuk berkerjasama" ujar Dato' Zainal bersama senyuman manis.

"bagus la kalau macam tu" Inayah berkata sambil tersenyum manis kearah Fareq dan Dato' Zainal. 

Bagaikan dipanah kilat. Fareq terpegun melihat senyuman itu. Walaupun dia tahu senyuman paksa. Tapi tidak mengapa imannya masih boleh dikawal. Sabar-sabar.

Telefon ofis di meja kerja Dato' Zainal berbunyi. dia mengangkat telefon itu.

"ye?. Ok baik la" selesai mengangkat telefon Dato' Zainal memakai suite nya sambil berkata "papa ada urusan sekejap. Kamu tolong hantar Tuan Dani ke bawah boleh?"

"baik pa" Inayah. matanya merenung tajam ke arah Fareq. Fareq pula hanya menayangkan wajah tampan yang selamba saja.

>>>

"macam mana kau tahu hah? Company bapak aku?" Inayah menyoal semasa mereka dalam perjalanan turun ke tingkat hobi.

"laahh? Kan kau yang bagi kad tu dekat aku? Aku baca la. Aku dapat tahu yang Lopak Sdn Bhd ni milik bapak kau, terus aku bincang dengan bapak aku. Alhamdulilah dia berkenan, lepastu aku datang la sini" Jawab Fareq panjang lebar.

"tak perlu pun" balas Inayah. Bodohnya aku. Kenapa lah pergi bagi kad company. ish

"tak perlu pun? Okay.. tapi aku berminat nak tolong kau balas dendam dekat bakal suami kau yang tak jadi tu" Fareq memuncungkan bibirnya. Haura jeling sekilas. Dia terus menjungkit matanya.

"buang masa. Pandai-pandai lah aku setel dengan si sial tu. Kau boleh buat apa je pun" Inayah menjeling Fareq sekilas.

"senang. Just marry me?" jawab Fareq selamba. Pelik tak watak Fareq yang berbeza dengan dalam cerita Fitri? Pelik pelik.

"Gila!" tempik Inayah

"hmm okay. Memang aku gila pun. Aku tergila-gilakan kau dari sekolah menengah. Cuma kita dipisahkan sebab aku keluar negara je. Tak pe. Suatu hari nanti kau pasti akan cari aku semula. And I will wait" kata Fareq. Dia keluar dari lift dan berjalan menuju ke kereta Mercedesnya.

"gila" gumam Inayah perlahan. Rambut panjangnya diselitkan di belakang telinga. Dia mencapai telefon dan menelefon Jay.

'helo? Jay?'

Dani Fareq! Stupid!! | CWhere stories live. Discover now