"Apa yang kalian mahukan?" sengaja mahu soal bicara. Mahu tahu niat mereka yang sebenar. Sama ada mereka tahu atau tidak siapakah dia.
"Perempuan Dara." Suara itu berbisik pada telinga tuanku. Meremang satu badannya.
'Apakah... mereka semua jauh dari ku. Astaghfirullahalazim. Tidak mengapa, jangan sesekali gentar akan makhluk selemah mereka.'
Puteri Syarifah Seroja menyedapkan hati sendiri. Cukup saja dia membazirkan sedikit masa sementara Cempaka membawa bantuan.
'Jangan-jangan... ini kerja Raja Jamrun! Raja Jamrun dikatakan sering menjamu darah. Terutama gadis yang masih dara!'
Segala doa diulang dihatinya. Meminta Allah melindunginya agar tidak menjadi jamuan raja durja itu!
Suasana mahrib itu makin membuatkan Puteri Syarifah Seroja risau akan dirinya.
Cempaka mengetuk kuat pintu ayahandanya. "Assalamualaikum! Abah! Buka pintu segera!" Dengan nafas tercungap-cungap, Cempaka masih menguatkan diri. Kuntum yang masih menangis itu diusap perlahan kepala anakandanya.
Akhirnya pintu yang hampir roboh itu dibuka.
"Mengapa Cempaka? Ada apa kemari malam-malam begini?" soal Pak Li kerana kehairanan melihat anandanya begitu.
"Seroja! Dia diserang!"
"Apa!" Tok Li yang tidak berapa sihat itu berkerut seribu. Matanya terus tertacap pada Hamza yang baru sahaja pulang dari solat jemaah. Jelas riak wajah Hamza begitu pucat bak darah yang sudah tidak lagi berjalan lancar di mukanya yang tampan itu.
Tuanku Puteri mengenggam erat kerambitnya. Segala serangan ditepis dengan mudah. Satu per satu lelaki itu tumbang. Namun, tidak lama dari itu mereka bangkit semula bagai ada yang memaksa dan mengawal mereka. Kekuatan mereka juga lebih kuat dari lelaki biasa.
Tuanku berdecit apabila ada anak panah yang terkena tepat pada lengan kirinya. Kerambit ditangannya itu terlepas kerana dia sudah tiada daya. Tangan kanannya masih kuat memegang erat kerambit itu.
Tuanku masih berdiri tegak. Namun badannya perlahan-lahan makin lemah bagai ada racun yang memasuki dalamnya. Anak panah itu langsung dicabut.
"Erghh!" Tuanku tercungap-cungap dia makin lemah. Racun itu laju meneyerang. Dia mengerang kesakitan.
'Ya Allah... tolonglah hambamu ini yang tiada daya ya Allah.' Tuanku rebah. Matanya perlahan-lahan terkatup.
Hamza berlari begitu laju. Segala ranting pohon dia langgar sahaja tanpa mengendahkan sakitnya ketajaman ranting dan duri yang ada. Dia melalui jalan yang lebih dekat untuk ke sana. Manakala Cempaka, Kuntum dan Tok Li hanya melewati jalan biasa.
Hamza tercungap-cungap dan dia jatuh melutut ketanah.
'Seroja... A--aku lambat.'
Lututnya menjadi lemah setelah sahaja dia menyaksikan tempat itu penuh dengan darah. Kerambit milik kekasih hatinya juga ada di situ namun tuannya tiada. Tangisan terlepas dari mulut Hamza.
"Ya Allah... kau selamatkanlah dia... Selamatkanlah Puteri Syarifah Seroja."
Puteri Syarifah Seroja mengerang kesakitan selepas badan lemahnya itu dicampak masuk ke dalam penjara. Sekelilingnya semua dipenuhi perwara, iaitu perempuan muda yang cantik. Ada juga bagai tidak lama bakal dijemput ilahi. Tubuhnya yang lemah dibiarkan terbaring di tanah lembap itu. Tiada daya untuk selamatkan diri, namun hatinya tidak berhenti menyebut kalimat-kalimat Allah.
Dengan suasana yang malap yang hanya ditemani beberapa obor api itu, dia melihat ada seseorang datang masuk ke kawasan itu. Kesemuanya berteriak ketakutan sama gigilnya. Puteri Syarifah Seroja memandang satu persatu wajah gadis-gadis itu, ada yang katup matanya, ada yang sudah pucat mukanya dan juga muka dan mulut yang terbuka luas.
Tuanku memberanikan diri melihat siapakah gerangan yang memasuki kawasan itu. Suara garau itu mula bergema dikawasan itu. "Aku mahukan gadis yang lain daripada biasa pada malam ini." Matanya tertumpu pada perajurit di situ.
"A- apa kata jikalau tuanku memilih dia..." lelaki itu menunjuk ke arah Puteri Syarifah Seroja.
Puteri Syarifah Seroja mengeluh perlahan. Kepalanya masih terbaring ditanah lembap itu namun matanya masih kuat untuk melihat Raja Jamrun. Jelas kelihatan lelaki itu kelihatan semakin muda. Sewaktu kali terakhir dia melihat Raja Jamrun, dia kelihatan ibarat 40 an walhal umurnya dikatakan sudah cecah seratus tahun. Namun, dari bentuk tubuh badan dan wajahnya bagai 30 an. Tidak dinafikan dia kelihatan kacak dan tegap namun menggerunkan kerna auranya yang begitu kuat.
PANG!
"Bukankah dia baru saja ditangkap tadi!"
"Be- benar... tuanku..." Perajurit itu memegang mukanya yang terasa sakit itu akibat panah dari tamparan yang diberikan dari raja durja itu.
Mukanya yang berkerut dan dipenuhi urat akibat amarah itu merapatkan lagi mukanya ke arah perajurit itu dengan merendahkan sedikit tubuhnya yang tinggi lampai. "LALU KAU MAHU AKU MATI SEWAKTU MEMINUM DARAHNYA YANG PENUH RACUN?!"
"Tidak tuanku! Ampun-- Ampun tuanku! Patik mohon ampun!" Perajurit itu menggosok-gosok tangannya dengan laju sambil melutut seraya badannya menggigil kencang. Dia merendahkan lagi posisinya dengan kepalanya ditanah. Pabila raja durja itu diam, dia cuba untuk kerling melihat rajanya. Namun...
SPLASH!
Lelaki itu mengerang kesakitan. Bilah keris itu ibarat mengusapnya dengan sekilas namun tidak dalam tapi sudah cukup membuat semuanya merasa gerun. Perlahan-lahan perajurit itu menghembuskan nafasnya terakhir akibat terkena tepat pada titik mautnya.
"CELAKA!" Raja durja itu menikam pula perajurit yang sudah mati itu berkali-kali. Sambil mulutkan tersenyum lebar. Gelaknya bergema kuat sehingga semua gadis di situ makin ketakutan dan ada juga yang menangis.
"Bakar dia! Pastikan semua gadis tiada yang terlepas! Dan ingat, 7 hari! 7 hari baru kau berikan aku gadis yang baru saja dikenakan racun. Jikalau aku dapat tahu kalian tidak ikut arahan beta. Nasib kalian sama atau lebih teruk dari dia."
"Baik Tuanku." Semua perajurit mengangguk ketakutan.
Puteri Syarifah Seroja laju mengkatup matanya sebelum raya durja melihat kedua matanya. Dia khawatir jikalau rahsianya terbongkar.
...
Segmen Ilmu
Terdapat beberapa kalimat dan doa yang boleh diucapkan untuk meminta pertolongan Allah dalam bahasa Arab. Salah satunya adalah "Hasbunallah wani'mal wakil" yang artinya "Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami, dan Dia adalah sebaik-baik pelindung".
ANDA SEDANG MEMBACA
Hikayat Insan Nayanika
أدب تاريخيSungguh benar malang tidak berbau. Apabila Allah telah mentakdirkan Puteri Syarifah Seroja terperangkap di kerajaan musuh iaitu Kerajaan Grindacara. Dia sebagai puteri sulung Kerajaan Puspawangi mula runsing. Apakah cara yang dia boleh lakukan supay...
