Bab 30

124 7 4
                                        

"Bakar dia! Pastikan semua gadis tiada yang terlepas! Dan ingat, 7 hari! 7 hari baru kau berikan aku gadis yang baru saja dikenakan racun. Jikalau aku dapat tahu kalian tidak ikut arahan beta. Nasib kalian sama atau lebih teruk dari dia."

"Baik Tuanku." Semua perajurit mengangguk ketakutan.


Helahan nafas dilepaskan. Hari ini sudah masuk hari ke-3 Puteri Syarifah Seroja terperangkap dipenjara ini. Disebabkan dipenjara begitu gelap gelita, dia hanya meramal waktu berdasarkan suhu dan kelembapan penjara itu. Walaupun begitu sejuk disitu, namun tuanku bijak membaca setiap perubahan suhu. Namun, amat sulit untuk tuanku mahu mengerjakan kewajipannya kerna racunnya membuatkan dirinya amat lemah. Tiada kudrat namun tuanku tetap berusaha selama hayat dikandung badan.

Sementara tuanku berupaya melakukan solat fardu sama ada secara duduk mahupun baring. Tuanku bertayammum mengunakan debu tanah yang suci lagi kan bersih. Amatlah besar kesyukuran kehadrat ilahi kerna tiadalah segala tanah itu lembap belaka. Selesai saja solat fardunya, dia pun menyandar badannya yang lemah itu di dinding tanah. Perihnya masih bersarang ditubuhnya kerana masih kuat terasa. Terutama kesan dari anak panah hari kelmarin. Dia tidak merawatnya hanya ditekap dengan kain saja.

Barangkali juga asbab Tuanku tidak mengambil satu pun makanan yang disediakan, keadaan tubuhnya makin tiada khudrat. Tuanku khawatir jua, andai segala perkakas itu telah tersentuh akan makanan yang haram.

Tuanku yang merenung saja makanan itu di tegur oleh seorang perajurit. "Mengapa kau tidak menyantap makanan ku berikan?! Dasar tiada erti syukur! Jikalau kau tidak menyantap makanan ini, tuanku bakal murka!"

Puteri Syarifah Seroja berasa hairan. "Mengapa jikalau aku tidak makan, apakah sampai ke sudah Raja kamu itu tidak dapat menyantapku?" Senyuman sinis dipamerkan. Tuanku hanya menceloteh. Tidak sangka riak perajurit itu seolah-olah menjawap 'Ya.'

Tuanku Puteri memikir panjang. Sama ada dia santap saja untuk membekalkan tenaga atau dia biarkan tubuhnya yang sudah tiada kudrat ini mati reput dipenjara ini. Runsing.

"Tch! Segera makan sebelum tuanku Yang Mulia kemari." Perajurit itu pun berlalu pergi.

"Jikalau kau tidak mahu mati, makanlah." Gadis disebelah kanan itu bersuara. Lalu matanya diketup kembali.

Keluh berat dilepaskan. Lalu tuanku menggapai talam santapan itu, lalu dengan lafaz Bismillah tuanku pun makan makanan itu dengan hati terpaksa jua. Dia hanya mampu berdoa semoga dengan santapan yang boleh dikatakan sedikit ini mampu memberikan dia kekuatan untuk keluar dari tempat murka ini dengan selamat. Namun, dilubuk hati baginda yang dalam, terselit harapan agar semua perempuan yang turut menjadi mangsa juga dapat diselamatkan kelak.





Sementara itu

"Bagaimana Hamza..." Cempaka menunduk. Tiada daya mahu kukuhkan kakinya untuk berpacak dibumi. Anakanda yang berada didakapannya didakap erat.

Wajahnya yang selalu dihiasi lesung pipit itu amat muram. Bagai dunia ini sudah berada dipengakhiran kerna tiada pemaisuri hatinya disisi. Segala gundah-gulana dihatinya tidak dapat dibuang. Otaknya kusut ibarat sedang berperang antara hati dan fikiran. Mahu saja dia hancurkan kerajaan ini demi menyelamatkan pemaisuri hatinya.

"Haruskah aku menghancurkan setiap orang yang menculik Serojaku?" gementar suaranya.

"Hamza... buat mengucap. Kamu tidak boleh ambil keputusan terburu-buru. Lakukanlah solat sunat, mintalah petunjuk. Cara yang terbaik. Namun, pastikan rancanganmu tidak mengambil 7 hari untuk selamatkan dia. Kerna aku tahu, sukar untuk dia bertahan di sangkar musuh."

Nafas berat dilepaskan.

Keputusan manakah yang terbaik?  Pergi ke Kerajaan Puspawangi? Menceritakan soal keselamatan ananda mereka? Ataupun, pergi ke Kerajaanku lalu mengerahkan semua perajurit ke sini?




Anda telah sampai ke penghujung bahagian yang diterbitkan.

⏰ Kemaskini terakhir: Jan 23 ⏰

Tambah cerita ini ke Pustaka anda untuk dapatkan notifikasi tentang bahagian baharu!

Hikayat Insan NayanikaCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang