Aku memerhati titisan air hujan yang mula turun membasahi bumi Allah ini. Alhamdulillah, rahmat daripada Sang Pencipta selepas hampir sebulan kemarau melanda. Aku memerhatikan pemandangan sekeliling. Alangkah indahnya, kalau ada pelangi ketika ini, detik hati Natrah.
Natrah mengeluh perlahan. Mesti ada sesuatu yang Mak Ngah inginkan. Kalau tak, takkan Mak Ngah tergesa-gesa menyuruh aku pulang hari ni juga kalau tiada sebab munasabah.
Padahal, Mak Ngah sedia maklum kot yang aku tidak dapat balik cuti seminggu ni. Lagipun, selama ini aku balik ke tak, dia bukan kisah pun. Dia lagi suka kalau aku tidak berada di rumah, tak adalah aku menyusahkan dia kan.
Tapi, kalau aku tidak mengikuti arahan Mak Ngah, habis semua segala mak nenek makian dan carutan akan keluar dari mulutnya. Hmm, kalau ikut kan hati aku ni, memang taklah aku nak balik hari ini juga, sebab dah rancang baik punya nak ikut Intan pergi majlis perkahwinan abang dia sabtu ini.
Mana tahu dekat sana boleh terjumpa jodoh tersesat ke. Hahaha. Natrah. Bilalah perangai gatal kau nak menghilang. Danial tu kau nak campak mana. Danial? Lupa pula aku nak mesej Danial yang aku pulang Ipoh hari ini, nanti dia merajuk pula.
“Saya balik Ipoh hari ini tau,”- Natrah. Itu sahaja mesej yang aku hantar.
“Okay, jaga diri elok-elok. Nanti dah sampai beritahu abang,”-Danial. Habis sahaja aku baca mesej daripada Danial, aku terus memasukkan telefon bimbit aku ke dalam kocek seluar.
Natrah mengenang nasib dia. Apalah yang akan berlaku nanti dekat rumah Mak Ngah. Dia tertanya-tanya apa yang Mak Ngah inginkan dari dia kali ini.
Namun, bila difikirkan semula aku tidak ada hak pun untuk melawan arahan Mak Ngah . Mak Ngah kan sudah menyara aku sejak aku berumur 10 tahun lagi.
Sejak kematian kedua-dua orang tuaku, Mak Ngahlah yang menjadi tempat untuk aku berlindung walaupun boleh dikatakan “Rumah itu Nerakaku”.
Tapi aku bersyukur kerana Mak Ngah ingin mengambil aku sebagai anak angkatnya, kalau tak mesti aku membesar di rumah anak yatim.
Perkara biasalah kalau kena pukul. Rotan dan tali pinggang kalau tak kena badan aku walaupun sehari memang bukan Mak Ngah namanya. Aku memegang berkas parut di lengan tangan aku. Hadiah yang paling terindah yang pernah aku dapat selama ini.
Peristiwa itu masih segar di ruang ingatan aku. Aku ingat lagi, ketika itu usia aku baru berumur 15 tahun.
Sungguh aku penat haritu, sudahlah ada hari merentas desa, balik-balik Mak Ngah suruh aku membasuh tangan baju yang dia baru beli.
Aku dalam hati, basuh guna mesin basuh tak boleh ke. Sahaja je tak boleh lihat aku senang sikit. Tapi dalam merungut itu, aku tetap melakukan suruhan Mak Ngah. Gila kau, tak buat. Nak mampus ke.
“ Ini balasan sebab tidak mendengar kata-kata aku tadi,” Sakinah berkata sambil menuangkan air kopi ke dalam besen baju milik maknya.
“ Sakinah, kau gila ke apa. Habis kotor baju mak kau. Kau ingat senang ke nak cuci balik,” marah Natrah.
“ Padan muka kau, aku dah kata kan jangan rapat dengan Hanif. Kau masih tergedik-gedik rapat dengan dia dah kenapa,” marah Sakinah. Natrah menahan kemarahan, kalau ikutkan hati dia, ingin sahaja tampar muka Sakinah sekarang.
“Mak tengok Natrah, dia kotorkan baju mak yang baru beli tu,” Sakinah menjerit memanggil nama maknya.
Apabila melihat baju yang dibelinya sudah menjadi kotor, kemarahannya tidak dapat dibendung lagi. Langkah Puan Mariam terus laju menghampiri Natrah.
“Dasar budak pungut yang tak kenang diuntung, kau ingat baju ni murah ke apa,” tengking Mak Ngah sudah naik hantu, habis rambut Natrah ditariknya.
“ Mak Ngah, sakitlah. Ampun, Mak Ngah. Natrah janji tak buat lagi,” Natrah merayu kepada Mak Ngah, sungguh dia tidak tertanggung kesakitan ini. Badannya penat.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...