Di dalam kereta, Intan menjerit kegirangan, misi dia sudah berjaya. Kau bodoh Syed, kau terlalu bodoh. Disebabkan kebodohan kau lah anak kau mati, dan paling sadis kau ingat anak kandung kau sendiri anak orang lain.
Intan mengelengkan kepala, wujud lagi lelaki macam Syed ni. Betullah kata Natrah, suaminya mempercayai orang lain berbanding dengan diri dia. Senang kerja aku Syed.
Akhirnya, penderitaan milik mutlak kau, Natrah. Sumpah aku puas nampak kau derita dan sengsara. Inilah balasan apabila kau bermain api dengan Intan.
Natrah tersedar dari lenanya.Astaghfirullahalazim. Dada Natrah sudah berombak-ombak menahan lelah. Mimpi dia tadi sungguh menakutkan Dia bingkas bangun menuju ke, dia selalu bermimpi buruk.
Dia membasuhi mukanya. Dia memandang ke arah cermin di hadapannya. Petanda apakah ini. Mengapa kebelakangan ini, dia selalu bermimpi buruk? Tulah derhaka kepada suami sendiri lagi.
Aku duduk semula di atas katil menenangkan fikiran yang kusut, mentafsir maksud mimpi dia sebentar. Aku mengerling jam di dinding. Lah, baru pukul 3 pagi rupanya. Mungkin Allah kejutkan aku tadi untuk mendekatkan diri kepada dia.
Aku terus bangun semula dari katil berlalu ke tandas. Perlahan-lahan aku mengambil wuduk. Aku mendirikan solat dua rakaat.
Seusai habis solat, aku berteleku di tikar sejadah. Sungguh aku tenang pada ketika ini. Aku sedekahkan al- fatihah kepada kepada ibu da anak aku. Tiba-tiba aku teringat kepada sang puteri yang sudah lama dijemput Illahi. Alia, ibu terlalu rindukan Alia
.
“Ayah, sudah balik sayang. Ibu tak mahu ayah sedih disebabkan kehilangan kamu.Cukuplah ibu sahaja yang menderita atas kehilangan kamu, nak.,” air mataku menitis.“Sejujurnya ibu takut, ibu takut untuk kembali bersama semula dengan ayah. Ibu takut hati ibu terluka semula buat kali kedua, sayang,” ucap Natrah sambil menatap foto anaknya itu.
Apabila air mata mengalir tidak keruan, Natrah bingkas bangun mengambil al-quran terletak rapi di meja. Dia alunkan bacaan ayat-ayat al-quran, mengusir perasaan sedih ini jauh-jauh.
Sungguh dia rasa tenang pada masa sekarang. Waktu beginilah, waktu yang terbaik untuk mendekatkan diri kepada Sang Pencipta .
Natrah tidak sedar pukul berapa dia terlelap. Kebelakangan dia terasa badan dia sengal-sengal dan cepat sangat letih. Haid dia pun sudah lewat beberapa hari. Takkan dia mengandung pula.
Dulu doktor pernah kata peluang untuk dia hamil amatlah tipis disebabkan kemalangan setahun yang lalu. Lagipun, takkan dia mengandung pulakan sebab dia kan masih susukan Alisha. Orang kata kalau menyusukan anak peluang untuk mengandung tipis.
Mungkin disebabkan tertekan kot, itu menyebabkan haid dia tidak teratur. Natrah mencuba menyedapkan hati. Kalau dia mengandung, maknanya dia kena menerima Syed kembali.
Aish, apa yang kau merepek ni Natrah. Kau boleh hidup tanpa Syed kan. Apa susah, aku boleh sahaja berpindah ke tempat lain tanpa pengetahuan Syed.
Natrah berlalu ke ruang tamu. Dia meletakkan Alisha di buaian. Kelihatan Intan sedang bersiulan. Kawan aku seorang ni dah kenapa, gembira semacam sahaja. Menang loteri ke apa.
Tapi Natrah hanya mendiamkan diri sahaja. Dia malas nak kacau Intan, Intan sudah tidak seperti dulu. Aku rindu kau yang dulu Intan, sampai bila kau nak buat aku begini Intan.
Dia memerhati Alisha yang sedang lena tidur. Sedapnya, dia tidur. Bom meletup pun belum tentu anak dia ni bangun. Senang betul tidurnya.
Puan Sri Nirmala merenung ke arah anaknya Syed. Anak dia sudah kenapa, nak pergi pejabat tapi rambut kusut masai, tak senonoh. Macam tak mandi pun ada.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...