BAB 3

540 10 0
                                    

Ketika aku sedang leka menonton televisyen, tiba-tiba muncul suami aku yang datang dari mana menuju ke arah aku.

“Awak nak pergi mana ni?” Natrah memandang suaminya atas bawah.

“Saya tahulah saya kacak lagi bergaya. Tak perlulah nak pandang sampai begitu sekali. Saya nak pergi ke hospital ni, esok pagi baru saya balik. Nanti jangan lupa kunci pintu. Jangan tidur lewat sangat tau, tak baik untuk mata awak tu.”

Dia ni kalau dapat membebel, sejam pun belum tentu habis. Aku baru sahaja nak membuka mulut, dia sudah menghulurkan tangan. Aku pun menyalami tangan dia. 

Tiba-tiba aku terkaku, apabila dia mencium dahi aku. “Hati-hati. Jangan risau ada peneman malam ni,” dia ketawa sambil berlalu pergi.

Aish, dia ni sweet semacam, ada apa-apa ke? Kejap. Peneman? Siapa? Terus meremang bulu roma aku, dia ni kalau tak sakat aku tak boleh ke.  

Tapi aku peduli apa, bukan tak biasa seorang diri. Mata aku terus tertumpu dengan drama Korea di depan mata. Heavennya tak ada orang. Boleh aku layan tengok drama Korea ni sampai ke pagi. 

Tertiba terdengar bunyi serigala menyalak. Aikk. Bulu roma aku memang sudah menegak. Aku mengambil remote control dan menutup terus televisyen. Aku memecut berlari masuk ke dalam bilik.

Aku terus menutup mata sambil mulut aku tidak habis berkumat-kamit membaca doa. Mulut masin betullah suami aku ni. Tidurlah wahai mata, nanti tak pasal-pasal ternampak benda lain. Suami aku pun satu, tinggal aku seorang. Siaplah dia nanti.

“Nyenyaknya dia tidur.” Syed sudah tersenyum nakal. Dia menuju ke arah langsir bilik isterinya. Dia menarik langsir itu sepenuhnya.

Aku dapat merasakan silau matahari menusuk tepat ke mataku. Ni mesti ada orang  yang gatal menarik langsir bilik aku ni. Geramnya. Aku terus mencapai telefon bimbitku di sebelah mejaku.

“Alah, awak ni . Kan baru pukul 8 ni, saya mengantuk lagilah. Dahlah semalamsaya tak dapat tidur lena semua sebab awak,” aku berkata sambil menarik selimutku kembali  menutupi seluruh badan aku. Yelah, semalam pukul 5 baru aku mampu melelapkan mata.

Syed memandang kehairanan, kenapa salah aku pula. Aku  mana ada buat apa-apa dekat dia kot. Semalam aku dekat hospital kot. Ligat Syed memikirkannya. Oh, sebab itu ke?

Dia memegang dahi isterinya, tak panas. Okaylah tu tak demam.“ Kenapa awak pegang dahi saya tiba-tiba pula ni,” ujar Natrah. Dahlah kacau aku tidur pastu main pegang-pegang pula, dahlah tak minta izin!!!

“Mana tahu isteri saya ni demam sebab nampak hantu semalam,” sakat Syed. Tidak semena-mena satu bantal hinggap di muka Syed.

Geramnya Natrah dengan Syed. Suami aku ni kan, sahaja nak cari pasal dengan aku.

 “Sayang, awak sudah kahwin tau. Jadi tabiat-tabiat buruk macam ni kena buang. Jadi, bangunlah,” tutur Syed. Dia menarik selimut aku sambil tersengih-sengih menyuruh aku bangun dari pembaringan. Cis, mamat ni.

Dia ni kejap sayang kejap awak. Entah pape. “Jom, ikut saya pergi pasar. Saya nak juga rasa masakan isteri yang mas kahwin dia 10k ni,” Syed merenung wajah isterinya. Comellah dia ni, geram je aku tengok.

Ayat dia tu. Panasnya hati bila dia kata begitu, bukan aku yang letak harga tu Pak cik ooi. Padahal duit tu satu sen pun aku tak dapat. Tak tahu benda jangan main tuduh-tuduh. Hempuk kang.

“ Kalau macam tu, kita pergi Mydin jelah, ataupun Tesco. Erk, kedai runcit jelah, beli telur je pun. Saya tahu masak telur sahaja. Tu pun tak tahu  hangus ke tak nanti bila saya goreng,” aku memerli suami aku. 

Suami aku sudah gelak berdekah-dekah. Dia ingat kelakar. “Awak boleh keluar tak? Saya nak tukar baju ni, takkan tu pun nak kena bagitahu,” aku bingkas bangun dari pembaringan.

 “ Salah ke, seorang suami melihat isterinya, halal kot. Jangan lupa gosok gigi, dahlah tak mandi,” sakat Syed. Aku membaling bantal ke arahnya. Kan dah sudah kena dengan aku. Dia beredar keluar dengan sisa-sisa ketawanya.

“Awak tak penat ke, awak kan baru balik dari kerja?” tanya Natrah.  Kalau dia, sudah tentu, katil tempat yang dia akan tuju. Tak ada maknanya nak pergi ke pasar bagai.

 “ Saya tak penat sebab ada awak,” dia tersengih macam kerang busuk apabila aku sudah menarik muka. Kereta Audi dia memasuki ke pasar pagi Chow kit. 

“Bukan ke, saya suruh pergi kedai runcit je tadi, saya mana tahu masaklah awak,” perli Natrah.

“ Tak apalah kalau awak tak pandai masak, biar saya yang masak. Tak tahulah kenapa malang sangat hidup saya ni.”  Dia bercakap sambil mengenggam erat tangan isterinya masuk ke dalam pasar. 

Sabar Natrah, sabar. Nanti tak pasal-pasal esok keluar suratkhabar seorang doktor mati kena tembak dengan isterinya. Natrah menjeling suaminya, memang malang pun dapat aku. 

“Ikan cencaru ni berapa sekilo pak cik? Kalau buat gulai taucu sedap gak. Awak makan tak?” Aku hanya menganggukkan kepala. 

Dia ni tidak penat ke pegang tangan aku. Aku ralit tengok persekitaran pasar ni. “Okay, sayang. Semua abang dah belikan. Nanti abang masak gulai taucu, sayur tom yam dan telur dadar. Tapi telur dadar tu sayang buatlah.” Dia sengih ke arah aku. Aku hanya mencebikkan muka.

Aku mengangkat barang-barang yang suami aku beli tadi. Dia kata nak pergi jumpa kawan, urgent katanya. Siap pesan awal-awal jangan memasak tunjuk hebat nanti terbakar umah karang. Cis. 

Bila difikirkan nak sahaja kenakan suami dia untuk memasak, tetapi kasihan pula dia memasak. Dahlah baru balik dari kerja.

Aku menyiang ikan cencaru tu. Alah, takat gulai taucu, aku pro lah. Yelah, dari umur 12 tahun kot aku sudah memasak untuk keluarga Mak Ngah. Ini semua kacang. Aish, berlagaknya kau Natrah, nanti meletup satu rumah baru kau tahu.

“ Assalamualaikum, sayang. Di manakah dikau.” syed mencari kelibat isterinya di ruang tamu. Takkan tidur balik kot, nak kena syarahan dengan aku ke apa.

“Sayang apa yang sayang buat ni. Nanti terbakar rumah kita karang macam mana”. Aku sudah menjeling dia, pisau ada dekat tangan aku ni. Istighfar, Natrah.

“ Awak ni kan, saya hempuk kang. Pergi naik atas mandi  ke tidur ke. Nanti sudah siap saya panggil.” Aku sudah mengarahkan dia pergi. “Tak nak, saya sayang dapur saya ni,” ujar Syed. 

“ Syed Arshad Mikael!!!!!!”  Aku menjerit kegeraman, dia berlalu dengan ketawanya menuju ke tingkat atas rumah.

Takdir yang TerindahWhere stories live. Discover now