Natrah menangis sepuas-puasnya di dalam bilik. Kenapa dia begitu mudah menyerahkan tubuhnya kepada Syed dengan relanya. Kau bodoh Natrah, kau sudah lupa ke apa yang dia lakukan kepada kau.
Kau begitu bodoh, Natrah. Syed terjaga apabila mendengar derapan kaki keluar daripada tandas.
“ Awalnya sayang mandi, baru pukul 3 pagi,” Syed menggosokkan matanya.
Natrah terus membisu, dia menyarungkan pakaian ke badannya.
“ Sayang kenapa senyap ni, sayang marah ke pasal tadi,” tanya Syed. Aku hanya mendiamkan diri namun air mata aku kembali mengalir.
“Sayang,” Syed cuba memujuk Natrah, dia ingin mengelap air mata isterinya namun ditepis.
“ Awak nak tahu tak, saya rasa saya begitu bodoh. Kenapa saya biarkan awak pijak maruah saya tadi. Awak nak bagi saya berapa kali ni, 100k ?200k? ,” tempelak Natrah
“ Sayang, abang tahu abang salah. Tapi itu dulu. Abang ikhlas mencintai sayang, tak pernah sedikitnya pun hati abang untuk memijak maruah sayang,” Syed menenangkan Natrah.
“ Apa guna kalau awak cintai saya tetapi mama awak tak pernah restui hubungan kita. Kenapa keluarga awak terima saya sebagai menantu sedangkan mereka bencikan saya. Adakah sebab saya perempuan miskin yang boleh keluarga awak beli dan tindas ikut suka hati mereka. Apa salah saya, Syed. Ada saya minta saya dilahirkan begini? Tak ada,” Natrah meluahkan segalanya apa terbuku di hatinya.
“Sayang, semua ini boleh dibawa berbincang. Kita sama-sama lembutkan hati, mama,” pujuk Syed. Dia tahu dia takkan boleh melenyapkan kesengsaraan isterinya sekarang ini.
“Awak kahwin dengan saya sebab inginkan zuriatkan. Saya sudah berikan, Alia
Amani nama dia. Itu sahaja yang mampu saya berikan kepada awak, Syed. Saya tak mampu berikan Alisha. Hanya dia jantung dan nyawa saya yang saya ada sekarang ini. Walaupun awak beri saya sejuta sekalipun saya takkan berikan kepada awak. Tolonglah ceraikan saya dengan cara baik. Baliklah awak kepada tunang awak,” tutur Natrah panjang sambil ingin berlalu pergi.“ Sayang siapa Alia?” tanya Syed sambil menarik tangan isterinya.
“ Kembar Alisha yang sudah mati, setahun yang lepas,” air mata Natrah mengalir deras.
Syed terduduk mendengarnya. Aku punya anak lain? Banyak derita yang terpaksa isterinya tempuh selama ini tanpa dia di sisi.
Alia, maafkan ayah kerana tidak mampu menjaga ibumu. Syed menangis sepi di atas katil.
Natrah meneruskan kerja dia seperti biasa. Segala panggilan daripada Syed dia abaikan. Dia hanya ingin menjalankan kehidupan dia seperti biasa. Omer pun macam mengalah, dia tak ganggu aku lagi melainkan yang melibatkan urusan kerja.
Namun, Danial macam orang gila talak. Hampir setiap hari menghantar jambangan bunga. Aku tak tahu apa masalah dia sebenarnya.
Jam sudah menunjukkan pukul 6, masa untuk aku balik ke rumah. Aku memandang timbunan kertas di atas meja. Aish, baik aku balik, kerja sampai bila-bila pun takkan pernah nak habis.
Aku mencapai kunciku di atas meja. Aku bertembung dengan Omer di dalam lif, aku hanya melemparkan senyuman. Omer pun selamba sahaja, mungkin dia sudah move on kot. Lelaki kan senang berubah hati, macam suami aku.
Aku berjalan menuju ke tempat letak kereta aku, kenapa macam rasa tidak sedap hati ni. Aku dapat rasakan ada orang mengekori aku daripad belakang. Aku mempercepatkan langkah ku menuju ke tempat kereta aku, namun tiba-tiba tanganku direntap kasar.
Aku memandang ke belakang, siapa gerangan yang biadap tu. Syed? Tapi apbila aku memandang ke belakang, bukan suami aku. Tapi dia yang sedang memegang tagankua
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...