Natrah mengerling jam di tangannya, lambatnya Grab ni. Hari ini dia kena berjumpa dengan Dr Atikah.
“Natrah pasti ingin meneruskan kandungan ini?,” soal Dr Atikah. Aku hanya menganggukkan kepala. Aku mengeluh perlahan.
“Saya sanggup kehilangan nyawa saya asalkan saya tidak kehilangan anak-anak saya, doktor,” luah Natrah.
“ Okay kalau macam itu keputusan Natrah, saya terima. Tapi Natrah kena menjalani rawatan yang sepatutnya supaya barah itu dapat dikawal,” ujar Dr Atikah.
“Saya rasa tak perlu doktor, saya tak ingin membazirkan duit suami saya. Saya sudah cukup menyusahkan dia. Saya tak membebankan dia lagi,” luah Natrah perlahan.
“Natrah, kenapa awak cakap begitu. Syed terlalu sayangkan awak. Dia takkan biarkan awak kesakitan begini. Alisha tu masih kecil untuk kehilangan seorang ibu,” pujuk Dr Atikah.
Natrah hanya mendiamkan diri. Dia tidak tahu apa yang dia lakukan ini yang terbaik ataupun tidak.
Sesudah mengambil ubat di farmasi,, aku terus meunggu diluar klinik menunggu Grab. Namun, pinggang aku merasakan ada sesuatu yang menusuk. Aku cuba mengalihkan pandangan aku ke belakang namun aku tersentak mendengar suara lelaki itu.
“Assalamualaikkum, bidadari ku. Ingat boleh terlepas daripada aku? Kau silap. kalau kau nak selamat, baik kau diam. Ikut langkah aku,” ujar lelaki itu.
Aku sangat mengenali suara itu. Danial? Apa lagi yang kamu inginkan daripada aku. Setelah sekian lama, kau kembali. Badan aku sudah mula terketar-ketar, ketakutan. Memang dia tahu dia akan mati, tapi bukan dengan cara ini.
“ Danial, lepaskan aku. Aku tahu kau masih sayangkan aku. Tolonglah belas kasihan anak aku ni, Danial,” rayu Natrah. Aku cuba berunding dengan dia.
Namun dia lagi mendekatkan pistol di kepala aku apabila melihat Syed sudah di berada di hadapan aku. Bagaimana Syed boleh berada di sini? Dr Atikah ke yang beritahu.
“Kalau kau dekat dengan aku, aku bunuh kau Syed,” ujar Danial. Danial sudah tidak teragak-agak untuk melepaskan tembakan.
“Awak, janganlah dekat diri. Tolonglah pergi daripada sini,” Natrah sudah merayu Syed untuk meninggalkan dia bersendirian.
“Sayangkan tidak sayang abang, kalau abang mati pun bukan sayang kisah pun,” Syed berkata sambil dia semakin berani untuk mendekatkan diri ke arah Danial.
“ Sayang gila kau dekat isteri kau, kau ingat aku takut nak lepaskan tembakan ke? Nah, rasakan,” Satu tembakan mengenai tangan Syed.
“ Abang!!” Natrah sudah menjerit. Syed masih mengagahkan diri untuk mendapatkan isterinya.
“ Danial, tolonglah. Dia tak ada kaitan dengan masalah kita. Kau nakkan aku sahaja kan. Tolonglah, lepaskan dia. Dia tak ada kaitan,” rayu Natrah kepada Danial.
“Jangan menangis, sayang. Aku tak suka perempuan yang aku sayang menangis. Kau bidadari aku,” Danial mengelap airmata Natrah.
“ Kalau kau sayang aku tolonglah lepaskan aku, Danial. Biarkan aku bahagia, Danial. Tolonglah Danial,” rayu Natrah. Danial sudah merengangkan pelukan dia.
Di kesempatan itu, Natrah menendang kaki Danial. Namun, ada satu tembakan tepat mengena badannya. Tersungkur dia di tanah.
Kedengaran suara Syed memanggil dia. Mungkinkah itu kali terakhir dia mendengar suara suaminya. Darah merah mengalir perlahan membasahi koridor itu. Mungkin ini kali terakhir dia hidup di muka bumi ini.
Syed sungguh risau keadaan isterinya. Kenapa masih tiada perkembangan lagi. Sudah hampir 5 jam isterinya berada dalam bilik pembedahan.
“ Syed, Syed kena berehat. Syed kan hilang banyak darah tadi, nak,” ujar Puan Sri Nirmala cuba menenangkan anak lelakinya.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...