“Aku nikahkan engkau dengan Natrah Sofea binti Hamidi dengan mas kahwin 10 ribu ringgit tunai.”
Dengan sekali lafaz sahaja, aku sah menjadi isteri kepada Dr Syed Arshad Mikael bin Tan Sri Hakimi. Dengar nama sahaja je aku tahu lelaki ini orang kaya dan berkerjaya, tapi kenapa dia pilih aku. Tak ada perempuan lain ke? Ke dia ni gay?
Aku melihat orang sekeliling membisik memandang ke arah aku. Aku tahulah, aku ibarat menjual harga diri aku dengan 10 ribu ringgit itu. Tapi, tiada siapa tahu kebenarannya. Air mata aku mengalir, bakal bahagia ke aku dengan perkahwinan ini.
Aku hanya mampu menundukkan wajah. Allah, tabahkan hati hambamu ini menerima suratan takdir ini. Aku kena ikhlaskan hati aku walaupun aku takkan pernah tahu apa yang akan berlaku nanti.
Sesi membatalkan air sembahyang, membuat aku jadi gabra semacam. Tidak pernah aku berhadapan dengan lelaki sedekat ini jaraknya. Aku memandang ke arah mukanya. Erk. Dia?
Syed juga tergamam apabila melihat wajah isterinya. Kecilnya dunia, aku berjumpa kembali dengan gadis itu. Gadis yang mampu semikan rasa cinta kepada dia yang kehilangan cinta pertamanya.
Syed menghampiri ke arah isterinya. Ada air mata yang mengalir daripada di pipi isterinya. Dia mengelap lembut air mata isterinya yang mengalir perlaham.
Dia mengucup lembut dahi isterinya sambil berkata, “ Saya tahu saya bukan lelaki pilihan awak, tapi saya akan cuba membahagiakan awak. Saya harap saya dapat jadi suami yang baik untuk awak dan begitu juga awak. Saya harap awak boleh bahagia di samping saya.”
Aku mengangkat wajah ke atas, mata kami bertentangan. Dia melemparkan senyuman kepadaku. Bila aku memandang suami aku, boleh tahan wajahnya, kerjaya pun bagus. Tetapi kenapa mesti memilih aku? Dan kenapa dia tersenyum melihat aku. Takkan dia masih teringat kejadian dekat bas tempoh hari, getus hati Natrah.
“ Sabar sayang, jangan tenung saya begitu, saya tahulah saya kacak. Nanti ada adegan tak sepatutnya pula di sini, ” gurau suami dia.
Aish mamat ni, aku hempuk karang baru tahu. Perasan tak bertempat. Aikk, bukan kau baru puji dia ke tadi, Natrah. Yalah aku puji dia, tapi janganlah puji diri sendiri. Angkat bakul namanya kalau begitu.
Syed ketawa melihat wajah cemberut isterinya. Kenapa awak kahwin dengan saya, Natrah Sofea. Bukankah awak sudah berpunya, getus hati Syed.
“Pengantin perempuan boleh senyum sikit tak, hari ini hari bahagia awak kan. Nampak macam orang yang kena kawin paksa pula buat muka macam tu.”
Memang pun, aku menjeling ke arah fotographer tu. “Ya, betul tu sayang. senyum sikit, today is our day kan,” dia berkata mencuit hidungku.
Terus merona merah muka aku. Dia ni yang tiba-tiba sentuh aku dah kenapa. Tahulah halal tapi kekok kot.Dia hanya gelak sahaja.
Aku memandang mak mentua aku, masamnya muka. Nampak sangat tidak suka aku menjadi menantu. Maklumlah aku ni siapa, anak yatim piatu, kerja pun tak lagi manalah setanding dengan anaknya doktor dan bakal Ceo untuk syarikat ayahnya.
Tapi aku kisah apa, bukan aku dapat sesen pun duit daripada keluarga mereka. Kalau ada pun, akan jatuh ke tangan Mak Ngah. Aku mana ada hak duit tu. Lagipun, aku tak tahu sampai bila aku dengan lelaki ni. Kalau dia tinggalkan aku, bukan aku dapat pun harta dia.
Aku bersiap-siap nak keluar pergi ke Mydin sejurus habis sesi bergambar tadi. Fuh, penatnya. Nak buat apa tangkap gambar banyak-banyak pun aku tak tahu, nanti album tu berhabuk juga dekat stor.
Tiba-tiba pula aku datang period dan tiba-tiba pula pad aku habis. Alhamdulillah, selamat aku malam ni. Aku sudah gelak jahat. Natrah jaga perangai sikit, nanti tiba-tiba suami kamu masuk baru kau tahu.
YOU ARE READING
Takdir yang Terindah
RomanceMengisahkan Natrah Sofea yang terpaksa meninggalkan kekasih nya Danial disebabkan dijodohkan dengan Dr syed Arshad Mikael oleh Mak Ngahnya. Adakah perkahwinan mereka akan mengapai bahagia? Badai apakah yang akan mereka tempuhi? ♥️Warning Alert♥️ -K...